Selamat menyambut tahun baru 2009 dan maal Hijrah 1430... Alhamdullillah dengan izin Allah, kita diizinkan untuk sampai ke Tahun baru dan insyaalah kita akan menyambut Tahun Baru Cina pulak diakhir Januri nie...
Nampaknya mungkin terdapat ramai juga manusia yang tidak sabar-sabar untuk menyambut Tahun Baru ini dengan penuh debaran. US bakal mendapat Presiden baru Barack Obama yang akan mengganti Presiden "kena baling kasut" Bush, dan Malaysia juga dijangkakan akan mendapat Perdana Menteri yang baru. Kenapa saya kata "dijangkakan" sahaja? Almaklumlah, politik diMalaysia nie memang sukar diduga, lebih-lebih lagi dengan kehangatan pemilihan UMNO ini yang pastinya akan menimbulkan kemeriahan di Tahun 2009. apa pun, dengan keadaan ekonomi yang agak membimbangkan, suasana iklim yang juga kadangkala tidak menentu serta serangan terbaru Israel terhadap Gaza, nampaknya tahun baru ni pasti menjanjikan lebih banyak cabaran kepada kita.
Tetapi, soalan yang menjadi pilihan di Tahun Baru ini pastinya "APA AZAM TAHUN BARU?"
Soalan nie memang setiap tahun akan ditanya setiap munculnya tahun baru... Saya pun tertanya, apakah kita harus menunggu Tahun Baru, barulah kita akan membina azam baru? atau kita akan menjadi manusia yang lebih proaktif, dan membina azam baru sebaik sahaja kita merasakan terdapat pelbagai perkara yang perlu diperbaiki didalam diri kita. Bagi seorang individu yang proaktif, saya rasa mereka pastinya tidak suka menunggu-nunggu tarikh tertentu untuk melaksanakan sesuatu azam. mereka pastinya mempunyai corak pemikiran positif tersendiri yang bertindak sepantas mungkin dan memberikan reaksi tindakbals positif yang pantas kepada sebarang persoalan serta sebarang peluang perubahan yang ada. Satu jam mungkin sudah terlalu lama untuk menunggu untuk memulakan suatu azam serta satu langkah baru didalam memperbaiki diri dan kehidupan kita. Menunggu terlalu lama, kadangkala menyebabkan "mood" azam baru itu sendiri akan hilang... Saya kekdang biasa mendengar omputih kata "strike while the iron is still hot" ... apa makna sebenarnya tak lah berapa saya faham, tetapi lebih kurang buat sesuatu sementara keujaannya masih ada.. ketika masih teruja-uja dengan semangat yang meluap-luap......
Apa pun, Tahun 2008 telah pun meninggalkan kita dan banyak juga peristiwa suka dan duka yang berlaku... Saya juga kehilangan "
embah buyut" saya yang telah pulang kerahmatullulah pada 27 Ogos yang lepas .. Selepas itu pula berdepan dengan cabaran baru apabila isteri saya terpaksa bersalin pra-matang akibat "abrupt placenta" ... Alhamdullilah segalanya berjalan lancar dan setelah berada dalam NICU selama lebih kurang 80 hari dan SCN lebih kurang seminggu, bayi comel yang diberi nama Siti Aishah ini telah dibenarkan dibawa pulang... Mungkin hujung bulan nie saya bercadang nak buat akekah, apabila keadaan baby sudah semakin sihat...
Cabaran bayi pramatang atau preemie ini merupakan suatu pengalaman baru yang sangat berharga. Sebelum ini, ketiga-tiga anak saya dilahirkan normal dan saya telah berpeluang untuk menyambut ketiga-tiga anak saya tersebut, tetapi bagi kelahiran ini, isteri saya terpaksa menjalani "ceaserean" kerana komplikasi yang dihadapi... Mungkin saya akan menulis lebih panjang lagi mengenai bayi pramatang apabila saya mempunyai kelapangan nanti. Mungkin pengalaman-pengalaman yang saya lalui dapat dikongsi bersama oleh ibubapa-ibubapa bayi pra-matang ini... Apa pun, suatu pengajaran yang sangat-sangat penting didalam menghadapi cabaran ini ialah, seperti yang biasa saya dengar omputih sembang "never take for granted anything in life" .... maksudnya tak lah saya faham sangat tetapi lebih kurang, jangan ambik lewa atau pandang remeh perkara-perkara kehidupan nie... terutamanya apabila ibu mengandung... kena beri sepenuh perhatian dan jagaan rapi... dan kena bertindak dengan proaktif..
Video utube: Balada Buat Siti AishahTetapi, 2008 juga menyaksikan beberapa perkembangan menarik, apabila harga minyak mentah melonjak ke paras USD147 dan kerajaan kita menjadi "proaktif" dengan menaikkan harga minyak petrol sehingga RM2.70 seliter... Manchester United (kelab bolasepak pilihan saya semenjak 1970an) juga berjaya menawan Englan, Eropah dan Dunia apabila menjuarai EPL, Champion League dan Fifa Club Worl Cup. Bila bercakap tentang Manchester United, saya rasa kunci kejayaan kelab ini banyak dipengaruhi oleh kualiti kepimpinan Sir Alex Ferguson. Didalam keadaan dunia bolasepak yang telah banyak berubah, Sir Alex masih mampu untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan selepas 20+ tahun dan 20+ piala-piala yang dimenanginya, keunggulan beliau memang sukar digugat. Selama 20 tahun di Manchester United, beliau sememangnya membuktikan bahawa beliau bukan sahaja mampu meraih kejayaan, tetapi beliau mampu mencipta kejayaan.
Semoga 2009 akan menjanjikan suasana yang lebih cemerlang dan lebih dinamik. Apakah saya ada azam baru ditahun baru ini? Hmm.. kalau tanya saya, setiap hari saya akan ada azam baru, iaitu memastikan hari ini menjadi lebih ceria, dinamik, produktif dan berjaya daripada hari semalam...