Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)
Pening-pening-pening...
Apa pun haraplah agar kerajaan mempunyai suatu mekanisme yang meyakinkan untuk mengatasi kemelut kegawatan ekonomi ini....
Kegawatan ekonomi disulami dengan kegawatan politik menyebabkan keadaan semakin gawat.. sudahlah ekonomi gawat, kestabilan politik juga gawat... semua mahu berebut, bila mahu menumpukan kearah pembangunan? Bila mahu menumpukan usaha kearah mengatasi masalah rakyat yang kehilangan pekerjaan? Bila mahu membantu rakyat yang sudah semaikn terhimpit dan dengan keadaa semasa, nilai jualan dan nilai eksport ke luar negara sudah menjunam dan ade yang menjunam sehingga 40%, 60%... 90% pun ade!!!! kalau tak de sale, mana ade income.. kalau tak de income, mana ade gaji??? kalau tak de gaji macamana mahu kerja? Adakah mahu kerja tanpa gaji????
Apakah inisiatif kerajaan sebenarnya didalam menempuh cabaran kemelestan ekonomi ini? Saya masih lagi terkial-kial untuk mecari jawapannya... Cuma yang saya tahu, kerajaan sudah pun melancarkan beberapa dana suntikan modal berjumlah beberapa billion untuk mengatasi kemelut ekonomi ini... Cuma yang saya tak tahu, bagaimanakah duit berbillion-billion tersebut dapat membantu rakyat Malaysia. Ramai juga rakyat yang dengarnya sudah hilang pekerjaan, tetapi bagaimanakah kita dapat menolong orang-orang ini? Adakah kita masih lagi mahu megadakan lagi skim latihan semula? Apakah kerajaan tidak mepunyai sebarang inisiatif lain yang akan memberi impak yang lebih berkesan kepada rakyat?
Saya sememangnya berharap didalam zaman kegawatan ekonomi ini, kerajaan mungkin dapat memberikan inisiatif-inisiatif yang menarik kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana supaya impak kesan kegawatan ekonomi ini tidak terlalu membebankan rakyat. Mungkin kerajaan boleh memberikan insentif-insentif seperti perlepasan cukai dan sebagainya terhadap rakyat, sekurang-kurangnya meringankan beban yang ditanggung.
Saya sebenarnya bukanlah seorang "teorist" ekonomi, tetapi sebagai rakyat biasa yang duduk dinegara ini, apabila berbincang mengenai ekonomi, saya merasakan bahawa kadangkala terdapat perkara-perkara yang saya sukar fahami.....
Kita sedia maklum bahwa pendapatan purata rakyat Malaysia adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain. Nilai matawang Malaysia juga adalah lebih murah jika dibandingkan dengan negara maju yang lain. Berdasarkan data wikipedia, negara Malaysia adalah dalam lingkungan no 40-60 sebagai negara yang berpendapatan paling tinggi perkapita dengan pendapatan sekitarRM50k-RM60k setahun. Hmm... ini bermakna purata pendapatan rakyat Malaysia ialah sekitar RM4k - RM5k sebulan? Betul ke nie? Semacam ade "kesilapan" disini nampaknya... Tetapi pendapatan perkapita nominal dinilai dalam lingkungan RM18k - RM25k, (lebih kurang USD 8k, S$12k), lebih kurang RM1500 - RM2500 sebulan... Hmm, nie lebih logik rasanya....
Pendapatan negara Singapura adalah sekitar S$60k, lebih kurang RM150k setahun, USD 50k .... Hmm, itu macam RM10k++ sebulan bagi purata rakyat Singapura (sebenarnya lebih kurang S$4k) menduduki tangga ke-4 carta. Bermakna secara kasarnya rakyat kat Singapura adalah 5-6 kali lagi kaya dari orang Malaysia.... Hmm patuta orang Singapura boleh belanja sakan kat Malaysia, dahla duit banyak, nilai duit pulak besar... Tapi kalau Kerajaan boleh menaikkan nilai matawang Malaysia daripada USD1.00 = RM3.5++ kepada USD 1.00 = RM1.5++, nilai pendapatan perkapita Malaysia akan meningkat daripada lebih kurang S$12k setahun kepada S$20k atau daripada USD8k kepada USD15k, bermakna, nilai pendapatan rakyat Malaysia telah meningkat nilainya daripada nilai RM25k hari ini menjadi RM40k++ ..
Susah nak paham nampaknya... pening pulak tengok nilai nie??? Takkan RM25k = RM40k????
rasanya mungkin kerajaan boleh memudahkan pemahaman rakyat dengan;-
1. mengurangkan cukai jual beli kereta - cukai import dan sebagainya... contohnya, kawan-kawan saya kerja kat Dubai kata harga Camry RM60k disana... jadi kalau kita boleh mengurangkan nilai harga pembelian kereta, rakyat mempunyai lebihan baki untuk membeli barangan lain dan ini akan memberikan impak positif kepada nilai "circulation" wang didalam pasaran tempatan.... Jika harga Camry dikurangkan menjadi RM60k, berbanding harga sekarang RM160k, rakyat mempunyai lebihan RM100k untuk dibelanjakan untuk keperluan barangan lain... Mungkin harga kereta lain juga akan berkurangan... Mungkin kereta viva akan boleh dijual pada harga RM20k berbanding 30k dan penjimatan RM10k mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi.. Jika unjuran pembelian kereta adalah sebanyak 100,000 unit dalam tahun 2009, ini bermakna negara sudah mempunyai lebihan suntikan dana sebanyak lebih kurang RM2-3 billion setahun hasil daripada penjimatan ini, dan ini datangnya dari skip insentif, dan bukan melalui suntikan modal terus...
2. Harga minyak petrol diturunkan kepada RM1.50, menjadikan terdapat lebihan sebanyak RM0.30 untuk setiap seliter minyak... Jika purata pemandu membelanjakan sekitra RM150 sebulan, bermakna beliau telah menjimatkan sebanyak RM30 untuk sebulan.... Jika terdapat 4 juta pemandu diMalaysia, kita telah mempunyai lebihan sekitar 120 juta sebulan untuk menyuntik kembali kedalam pasaran wang negara...
3. mengurangkan cukai-cukai import yang lain - dengan mengurangkan nilai cukai import barangan lain, barangan tersebut akan menjadi lebih murah, dan jika barang-barang menjadi murah, kita mempunyai lebihan duit untuk dibelanjakan dan ramai pelancong akan datang ke Malaysia kerana nilai tukaran yang lebih murah.. Seorang warga UK yang saya temui beberapa hari lepas menyatan betapa gembiranya dia berada diMalaysia kerana segala-galanya murah..
Mungkin jika kerajaan terus melaksanakan insentif kegawatan ekonomi ini, negara tidak perlu menyuntik terus dana sebanyak berbillion-billion ringgit ini, sebaliknya suntikan "in-direct" dalam bentuk pengurangan cukai dan sebagainya.. dengan cara ini, mungkin lebih ramai rakyat jelata akan medapat manfaat daripada skim insentif kegawatan ekonomi ini...
Mungkin juga boleh melaksanakan skim perlepasan cukai bagi individu yang kehilangan pekerjaan, atau pun lebih baik jika perlepasan cukai diberikan bagi semua pekerja untuk tahun 2008/2009.. terutama mungkin bagi mereka yang berpendapatan sederhana....
Apa pun haraplah agar kerajaan mempunyai suatu mekanisme yang meyakinkan untuk mengatasi kemelut kegawatan ekonomi ini....
Sesuatu yang meyakinkan dan yang melapangkan rakyat harapnya......