Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Monday, April 7, 2008

Mengimpikan Sebuah Negara Yang Cemerlang.....

Politik Malaysia kini bukan lagi didominasi oleh berita-berita yang boring, tetapi penuh sensasi.. Hampir setiap hari ada saja berita yang menarik untuk dikongsi dan dibincangkan.... Sememangnya perjuangan Dato' Seri Abdullah sebagai PM Malaysia belum selesai...sukar untuk diselesaikan.. Macamana mahu diselesaikan jika setiap hari ada saja isu baru yang melanda...

Nampaknya kesan ekonomi belum lagi nampak diMalaysia, walaupun terdapt bunyi-bunyi kemerosotan dan kelayuan busra saham Malaysia, rata-rata senario ekonomi masih lagi berjalan seperti biasa... Tiada lagi kedengaran isu-isu ekonomi yang besar... Mungkin isu beras.. Khabarnya, negara-negara jiran sudah mula terkena masalah kekurangan beras dan dijabgka akan merebak ke Malaysia... MUngkin kita kena pulak makan pizza, spegetti, roti dan jagung buat masa dua tiga bulan lagi...

Tetapi khabarnya Samsung sudah berminat nak buka sebuah kilang baru semacam kilang Intel di Penang... wah, nampaknya kerajaan baru sudah ada peminat...

Dari segi politik, terdapat pelbagai percaturan politik baru yang timbul... bermula dengan pertembungan dalaman antara UMNO sehingga risiko berlaku penghijrahan MP untuk membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.
Kem-kem yang bertelagah nampaknya sudah mula berbalas-balas serangan dan pertelagahan kali ini bukan main sengit sebabnya terdapat pelbagai kem yang bertelagah, bukan pertandingan dua penjuru atau tiga penjuru... kali ini pertelagahannya ada pelbagai penjuru dan jika terdapat pihak yang tersilap langkah, kem-kem tersebut akan dihujani dengan serangan yang datang dari pelbagai penjuru...

Tetapi, setakat ini, semua serangan-serangan itu telah berjaya ditangkis dan tiada pihak yang nampaknya menerima kesan dari serangan-serangan tersebut... Al maklumla, serangan-serangan kali nie tak banyak menggunakan "ammunition", cuma perang saraf aje....

Tapi apakah ini yang kita mahukan... Apakah ini senario politik yang diimpikan oleh Rakyat?... Memangla kita kadangkala teruja melihat situasi politik ini, tetapi ianya tidak banyak membantu Rakyat secara positif... Petani-petani dan pekebun-pekebun serta para peniaga-peniaga tidak mungkin selesa dengan keadaan ini... Bagi rakyat, rakyat ingin melihat sesuatu yang positif yang memberi manfaat kepada rakyat... Lebih banyak perancangan atau pun lebih banyak inisiatif daripada pihak kerajaan untuk memajukan sektor-sektor mereka dan seterusnya merangka pelan pembangunan yang akan menggerakkan ekonomi serta memperbaiki keadaan sosio-ekonomi Malaysia...

Semalam kita dikejutkan dengan satu lagi kes tragis di Kelantan bilamana seoarang gadis telah dianiaya dengan kejam hanya kira-kira 500m dari rumah... Kita mungkin tidak ambil peduli kalau ianya tidak berkait dengan kita, tetapi kita tertanya-tanya apakah Malaysia ini sudah tidak selamat lagi?

Perebutan kuasa politik biasanya hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja... Biasanya pihak yang menang dan mendapat kuasa... Di Malaysia, kebanyakkan persepsi politik ialah untuk mencari makan, buat duit, mencari keuntungan.... dulu---> "kalau nak senang bisnes kena la join UMNO"... mungkin sekarang kena join PKR atau PAS atau DAP di Selangor, Penang, Kedah dan Perak....

Halatuju politik Malaysia nampaknya masih lagi kabur... Walaupun setelah sebulan berlalunya pilihanraya PRU-12, tetapi yang jelas, arah politik negara terlalu samar, kabur sehingga tidak nampak apakah yang bakal menunggu diseberang sana... Apa yang akan berlaku 3 bulan, 6, bulan, 9 bulan atau 12 bulan dari sekarang sememangnya tidak dapat diduga... Ia bukan lagi senario politik seperti 30 tahun yang lepas, tetapi senario politik yang bercampur aduk antara kematangan dan pengenalan... Selepas 30 tahun dengan sistem majoriti 2/3 undi diparlimen, kini kita berdepan dengan situasi yang agak kabur...

Apakah mungkin jika situasi seperti ini terus berlaku, maka Rakyat akan kembali kepada sistem 2/3, yang mungkin nampaknya lebih stabil dan lebih harmoni...

Pemikiran orang kampung amat berbeza dengan pemikiran orang bandar... Orang kampung sudah biasa hidup sederhana, bersusah sedikit adalah lumrah.... Bagi mereka, setiap kebaikan atau rezeki yang ada adalah rahmat, dan bersyukur dengan apa yang ada... Orang kampung tidak bercita-cita besar untuk membina banglo besar dan tidak berlumba-lumba untuk memiliki kereta mewah... mereka pun tak teras irihati asalkan setaip waktu ada makanan dimeja makan... Tetapi orang bandar terdedah dengan pelbagai cabaran, pelbagai tekanan dan pelbagai isu-isu... Kalau kat kampung RM1500 sudah selesa (selesa bukan kaya), tetapi kat bandar RM1500 mungkin hanya cukup untuk membayar sewa rumah dan kos pengangkutan...

Sejauh ini, saya tidak nampak banyak isu-isu kaum yang tercetus., tetapi saya rasa sikap tolerensi dan sikap menghormati adat, sopan, susila serta sensitiviti sesetengah kaum perlu terus dipelihara... Isu-isu seperti menternak khinzir, membina dan merobohkan kuil serta isu-isu sensitif lain perlu ditangani secara berhemah agar tidak menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan Rakyat...

Rakyat inginkan suasana harmoni, dinamik dan membangun dan ingin melihat Malaysia kembali menjadi Harimau Ekonomi Asia... Apa yang rakyat perlukan ialah sebuah kerajaan yang mampu merealisasikan impian ini dan membawa perubahan positif yang menyeluruh...

Sebagai sebuah negara, apakah pilihan kita? Apakah kita terus masih melihat kebelakan dan mengungkit-ungkit kembali kisah-kisah yang telah berlalu 10-20-30 tahun yang lepas atau melihat wawasan kita 10-20-30 tahun kehadapan...

Apa akan jadi kepada Malaysia 10-20-30 tahun kehadapan? Apakah bentuk Parlimen dan sistem Politik kita? Apakah bentuk ekonomi kita? Apakah bentuk sistem kehakiman dan sistem perundangan kita? Apakah bentuk sosio-ekonomi dan politik Malaysia... Apakah sistem pendidikan kita? Adakah kita akan menjadi contoh kepada negara-negara lain?

Apakah model negara yang cemerlang? Apakah wawasan kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang? yang dinamik?


3 comments:

jai.fm said...

Salam,

10-20-30 tahun lagi. Ntah sempat atau tidak kita melihatnya.

Indonesia yang suatu ketika dulu jauh ketinggalan dari Malaysia dalam pelbagai bidang dan sering digula-gulakan oleh kita dijangka akan menjadi kuasa baru Asia seperti China.

Wakmasnoor said...

There are lots of rooms for Malaysia to expand both in spiritual and intellectual aspects of a nation. Malaysia is heading, finely, towards a well developed nation, most probably by the year 2020. Hence, in 10-20 years, there shall be lots of other amazement and surprising bits of working, thinking and practicing cultures footing their trades (and traits) into everyday life of every Malaysian. I personally think, as far as those cultures are concerned, we are progressing according to the needed and expected rate, every year coming. For whatever good or bad it brought and may hold us to. The good thing about Malaysia, Malaysian and its mentality both in human and nation aspect of growth; is that they managed to not associate politic too much into becoming the sole important factor in determining their own respective futures. For whatever the changes in personnel governing the states or country, the tendency and belief in relying upon one-self ability and efforts by the Rakyat, for his/her own good, is still there much intact. Because the base psychological factor of having to live among multi-races environment (struggle and matters concerned), help us and educate us to compete and strive independently. Although the DEB is a tool to help stimulates a sector within Malaysia population, it worked and contributed well to other sectors too.

What seems to be moving backward, is the belief and practicing and real concepts of DEMOCRACY in Malaysian politic. Long ago, we were pushing ever so hard, for DEMOCRACY to take its place and practice into our so-called EASTERN CULTURE-HOLDING POLITIC, which has ADAT more than the RIGHT OF INDIVIDUAL. BUT NOW, many of them are trying to push that real practicing and meaning of DEMOCRACY out of their embraced circle.

We have a country that is moving FORWARD but a POLITICAL PRACTICE that is moving BACKWARD.

http://100patahperkataan.blogspot.com

Letting the time pass me by said...

In recent years, there have been a revival in Malaysian economy...

If we look at the Kepong area and some other area, the construction work has started to bloom once again.. But this scenario is only apply to chinese majority area.

Malaysian economy has been driven much by our comodity and mineral resources... I think the current world economy is very starved of raw materials... The price of metals has gone up and so to the price of palm oil...

If Malaysia can re-engineer their economic agenda, we can take the opportunity and revive our revenue from these mineral resources...

Negara-negara Asean yang lain, seperti Vietnam sudah mula meneroka hasil petroleum dan ini menjadi penggalak kepada pembangunan mereka.

Indonesia, walau pun nampaknya ketinggalan, tetapi sebenarnya dari segi teknikal,ianya mempunyai keupayaan tinggi.. Di Indonesia, buku-buku teknikal dalam bahasa Indonesia sememangnya dipakai sebagai rujukan... Ekonomi China banyak digerakkan oleh kemampuan China untuk bersaing dari segi harga yang sungguh kompetitif... Barangan China seakan-akan dijual tanpa sebarang keuntungan... Memang murah berbanding barangan dari tempat lain...

The real challenge for Malaysia maybe on its human and socia-economic development.. From the current scenario, we are in danger of losing our ADAT to the modernization or development...

Malaysia has different majority races with different culture and thus, it is very difficult to actually differentiate which issues have impacted the moral values and which is not...

For Malays, we have a very high respect to the parents and everytime we go to school we shake and kiss our parent hands. This is our moral values.. The girls must behave and must show her gentlesness and smoking a cigarrete can be seen as a very immoral behaviour...

But in a democratic country, as long as you dont break the law, then you have the right.....