Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Tuesday, August 5, 2008

Satria dan Srikandi Negara (Puisi Merdeka)




Satria dan Srikandi Negara

Pejuang bangsa dan
perwira negara,
Engkaulah satria &
srikandi yang sejati,

Semangat tempurmu
gagah berani,
Tiada gentar,
teguh dan tabah,

Beribu musuh
dimedan tempurmu,
Biarpun peluru
menembusi tubuhmu,

Darah satriamu
tetap mengalir,
Mempertahankan
kedaulatan negara,

Biarkan berputih tulang,
Jangankan berputih mata,
Mempertahankan bumi pertiwi ini,

Tiada ganjaran harta ,
Tiada ganjaran gelaran,
Tiada ganjaran duniawi,
Pengorbananmu yang penuh erti,

Sajak
Satria dan serikandi negara,
Perjuangan serta pengorbanan mereka,
Akan sentiasa ku kenang,
Ku abadikan sebagai lagenda,

Perjuangan yang penuh pengorbanan,
Menjadi inspirasi kehidupan ini,
Mencari kekuatan dan jati diri,
Menyelami erti sebuah kemerdekaan,

Tiada harta dan wang berjuta,
Dapat ku tebus dengan perjuangan yang murni,
Pengorbanan yang penuh erti,
Mempertahankan bumi pertiwi

Berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir,
Meneruskan sebuah perjuangan yang murni,

37 comments:

Anonymous said...

Bro... ini memang betul-betul jiwa merdeka... Peristiwa bukit kepong ... peristiwa yang penuh sejarah....

Anonymous said...

cool video... tersentuh jugak hati aku tengok klip filem bulit kepong nieh...

Unknown said...

Klip yang berjiwa merdeka sempena bulan kemerdekaan yang tema kemerdekannya masih belum diumumkan oleh kerajaan.

Letting the time pass me by said...

jins sarifuddin
Hmm.. ingatkan jins shamsuddin tadi...

pejuang merdeka
babak awal video nie memang menyentuh kalbu... klip daripada lagu bukit kepong...

cmk
Sempena bulan merdeka, kenala ade pengisian kemerdekaan sikit...

the indie story said...

perghh..speechless daaa.

power beb!


goreng mengalahkan satriani nih. hehe

Adry said...

Nice video... Salam Bulan Kemerdekaan dari saya... :)

Ydiana said...

Oh.. its time for Merdeka celebration again..? How come some of us don't feel too patriotic anymore? Its sad that ther real meaning is not there anymore.

PuTeRi CaHaYa said...

bulan merdeka datang lg.. moga ada hidup kita sentiasa dirahmati Allah, & bersyukurlah kerana kita berada di negara yg bebas peperangan..

salam kenal..

Yana Ismail said...

huhu, puitis nya;)huhu

saat omar said...

tahun ni seronok sambut merdeka..kerana sehari selepas itu terus sambut Ramadhan :)

Mak Su said...

nice :)

Letting the time pass me by said...

MODERATOR
sekali sekala... memperingati perjuangan kemerdekaan... ini Rock Rappers punya lagu...

adry
salam bulan kemerdekaan... kalau nak tolong rekomen, beritahu aje.. kita ikhlas aje...

ydiana
I guess some people just do not bother about the spirit of merdeka.

puteri cahaya
salam kenal... ya sungguh bersyukur kerana negara malaysia tiada perang dan tiada keganasan awam yang melampau...

princess
memang video nie sungguh menyentuh hati... klip bukit kepong arahan Dato' Jins Shamsuddin nie memang first class...

saat omar
memang bulan Ramadhan, bulan yang sering dinanti-nantikan...

mak su
thanks mak su...

Anonymous said...

apa ye motto hari kebangsaan tahun ni?

recycle motto lama ke?

Ki Kiey said...

aduh tersentuh hati gue:]

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Perajurit2 tanah air berkorban sejak sebelum Merdeka semoga kita semua hidup selesa dalam keadaan negara Aman tenteram.

Semoga ruh mereka yang gugur dicucuri Rahmat Allah swt yang berkekalan dan pada mereka yang terus berjuang mempertahankan kedaulatan Negara sekarang,Semoga hidup anda semua sentiasa dalam Keberkataan Illahi.

Terima Kasih dari Kami semua Rakyat Malaysia.

Harimau-Menaip said...

meremang bulu Rimau den tengok video ni. Den seludup masuk blog den.

Nice blog. Izinkan Tok linkkan ke harimau menaip's blog.

Tq.

Letting the time pass me by said...

kujie
entahla... tak nampak lagi motto/slogan tu dipaparkan kat laman-laman web kerajaan...

kikiey
pejuang-pejuang kemerdekaan nie memang ikhlas perjuangannya...

melayuangkat
bulan merdeka nie memang perlu dihayati untuk memperingati pahlawan-pahlawan yang gigih berjuang untuk kemerdekaan...

harimau-menaip
terimakasih tok kerana sudi melayari blog ini.. silakanlah membuat link untuk blog saya yang tak seberapa ini...

Unknown said...

Oppss... mau tambah komen siket boley...? Gorengan gitar yang rangup... yelah, goreng pun sodapppp...!!! Tapi pakar pemakanan kata selalu makan benda goreng tak bagus. Jadi, apa kata lepas ni cuba mainkan gitar tu ala-ala kukus, rebus atau panggang sekali-sekala.

Admin said...

Puitis!

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan.

yoshz said...

Sajak tu ok, tapi lagu mmg tak boleh nak masuk la.sorry.
anyway, kudos! untuk kamu kerana menyampaikan mesej. Teruskan membaca blog mufti perlis. Thx!

Danielle_Corleone said...

mari berjuang! tapi saya sangsi dengan bendera malaysia.

Letting the time pass me by said...

cmk
bro... nanti saya akan usahakan satu lagu yang susam-suam kuku aje... tak payah goreng sampai hangit...

lagu syahdu nie pun layan jugak...

http://www.youtube.com/watch?v=ZaCkIW8Y7is

nurhidayaty maidin
thanks... mengisi bilan merdeka dengan semangat patriotisma..

yoshz
Blog mufti Perlis nie one o my favourite... thanks for dropping by...

Danielle_Corleone
sangsi? tang mana yang sangsi? tang persamaan-nya dengan bendera negara lain ke?

sakurasa 2 said...

Salam kenal tq sudi berkunjung ke blog sakura

Anonymous said...

hari merdeka disambut ngan kesederhanaan.. elok juga tu :)

Mie Amour said...

wah...mmg xble tgk cter bukit kpong ni...meremang gila..terharu..sajak tu mngingatkan saya pd lagu Perwira..ahahaha..

neway,thanx 4 da cmpliment..ahaha...GTB pun xkesahlaa....hihi..nice blog too!

Faisal Admar said...

wah sajak yg menyentuh perasaan.
teringat lagu "inilah barisan kita"

President (wiir2000) said...

Imej melayu problem skrg. dah la berkaitan dgn agama Islam. Suma org wajib muhasabah diri dan taubat la sebelum terlambat.

Rajuna said...

saya tak suka peperangan
saya tak suka senjata

apapun
sekalung budi untuk mereka yang mempertahankan negara.

dan
no thanx kepada yang menghulur budi negara pada yang tak sepatutnya.

Rajuna said...

saya tak suka peperangan
saya tak suka senjata

apapun
sekalung budi untuk mereka yang mempertahankan negara.

dan
no thanx kepada yang menghulur budi negara pada yang tak sepatutnya.

Anonymous said...

thn ni fara kene blaja novel bukit kepong..so, adew la baru2 ni wat research tgk cite bukit kepong nie...

Letting the time pass me by said...

sakurasa_2
Terimakasih kerana membalas kunjungan ke blog saja

ien
hmm.. masih tertanya-tanya lagi tema hari kebangsaan tahn ini...

mie_amour
dont worry.. when you meet the right guy, you'll know it...

faisal_admar
ya.. sekarang ie orang sibuk dengan rapping dan terlupa syair, sajak, gurindam dan seloka....

president
suatu peringatan yang baik

rajuna
peperangan pasti mendatangkan kesangsaraan.. tengok sajalah afghanistan dan iraq..

dackhomey
cool.. peristiwa bukit kepong nie memang peristiwa yang penuh trajis...

nagakeciks said...

Assalamualaikum

Filem Bukit Kepong memang cukup menyentuh perasaan. Antara filem-filem yang wajib ditayangkan setiap kali ulang tahun kemerdekaan.

Jiwa-jiwa muda kini terlalu leka , takut membayangkan persekitaran untuk anak-anak saya nanti.

Salam Merdeka

Anonymous said...

25.8.08..tan sri jins shamsuddin nk dtg my skewl..beshnye..

Letting the time pass me by said...

nagakeciks
yea.. sekarang nie orang lebih minat hiburan dan lkekadang terlupa perjuangan kemerdekaan...

dakchomey
memang best tu... tunjukla video klip nie kat Jins Shamsuddin...

mohad said...

salam.. tak nak join gath ke...

Unknown said...

Salam,

Sempena pilihanraya P.Pauh hari ni, sayugia diucapkan selamat bertanding buat semua calon. Semoga yang menang jadi abu, dan yang kalah jadi arang.

Apa-apa pun petrol sudah turun ke RM2.55, diiringi dengan muka seposen Pak Lah naik komuter. Aku heran betul kenapa hari tu baru dia tergerak hati (atau terpaksa) nak naik komuter...? Nasib baik takde manusia kejam yang menerajang beliau keluar dari keretapi dengan gaya tendangan tanpa bayang Penjejak Badai.

Letting the time pass me by said...

ijad
buat gath kat mana? mesjid kuantan ke

cmk
mungkin ade tendangan tanpa bayang tetapi berjaya diatasi dengan hikmat pencakar awan....