Tahniah kepada Datuk Seri Najib diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Juga kepada semua menteri-menteri serta timbalan-timbalan yang telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab yang besar untuk memacu negara Malaysia disaat-saat dunia mengalami keadaan kegawatan ekonomi yang besar. Mungkin saya agak terkejut dengan perlantikan beberapa muka baru dalam senarai tersebut, tetapi saya merasakan sebagai rakyat Malaysia, kita mesti maju ke hadapan. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya merasakan bahawa terlalu banyak aktiviti-aktiviti yang lebih ditumpukan kepada bidang-bidang politik berbanding dengan fokus negara kepada wawasan serta aspirasi negara untuk terus menjadi pemimpin dikalangan negara-negara yang membangun.
Apa pun, berdasarkan pemerhatian saya, saya mengakui bahawa keadaan politik Malaysia hari ini sudah berubah berbanding tahun-tahun yang sudah. Permainan politik hari ini sudah menjadi semakin canggih dengan pelbagai sumber-sumber maklumat boleh diperolehi melalui internet dan media lainnya. Pergerakan informasi hari ini mungkin sudah menghampiri "the speed of light", dimana informasi-informasi dapat diperolehi dengan kadar yang lebih pantas. Jika dahulu kita mungkin sukar untuk menerima berita-berita dengan kadar sedemikian, hari ini sudah ade bermacam-macam media komunikasi yang dapat digunakan dengan meluasnya. MMS, SMS, telefon mudah alih, internet, wifi dll, semuanya membolehkan maklumat-makluamat diterima dan disebarkan dengan lebih cepat. Sepuluh tahun dahulu, saya mungkin tidak mampu untuk mencari senari kabinet yang baru diumumkan pada jam 3.00 petang tadi melalui internet, tetapi hari ini, saya bukan sahaja boleh memperolehi senarai tersebut, bahkan boleh memuat turun gambar-gambar menteri-menteri kabinet yang baru dan menyiarkannya di blog saya.
Saya yakin, keadaan politik Malaysia kini akan menjadi semakin sengit, lebih sengit dari persaingan liga EPL antara Manchester United dan Liverpool dan harapan kami sebagai rakyat, persaingan ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan serta pembangunan negara yang terus maju dan fokus.
4 comments:
sama2 nantikan
harap harap dorang ikhlas bekerja untuk rakyat...
Adry @ http://www.adrysabry.com
Poster menarik ini saya ingin salin di blog saya.
wherever u got it, saya tak kisah..
cuma harap dapat beramah mesra lagi dengan tuan blog if u free.
add my email panglimaperangcyber@yahoo.com
and may be we will be closer than before.
even this is first time we meet each other in this cyberspace.
but we telah pun jumpa di alam arwah..
that's what we believe and that was our faith..
Salam Bro,
Kabinet baru Malaysia mesti bekerja keras. Biar keras bekerja, jangan keras kepala.
Apapun, syabas Liverpool..! Walaupun kalah, tapi kekalahan itu tidak memalukan sama sekali. Biarpun Chelsea menang, telur-telur pemain serta peminat mereka sudah cukup kecut ketika perlawanan tersebut.
Kejor Liverpool Kejor...!
Peteh Chelsea Peteh...!
Hoben Arsenal Hoben...!
Pulun M.U. Pulun...!
Team Malaysia masih tetap kena balun...! :(
Post a Comment