Kadangkala, dengan innovasi serta kecanggihan teknologi baru, saya dapati industri basikal ini agak menarik.. "kit-kit" biking saya perhatikan tidak kurang mahalnya.. dengan helmet yang berharga Rm100 - RM500, dan sarung tangan dan sebagainya, kos untuk "pakaian" sahaja boleh pergi hingga RM500 - RM3000 untuk suatu "kit" yang baik... Harga basikal pula mempunyai julat nilai yang tidak kurang menariknya.. Saya membelek-belek jugak harga-harga basikal, daripada kedai-kedai basikal yang agak murah kepada basikal-basikal yang agak eksklusif dengan harga-hara sekitar RM280 sehingga ade basikal yang berharga RM40,000 seunit... mungkin ade yang mahal lagi, tapi tak terjumpa pulak basikal tu...
koleksi basikal anak-anak kat rumah
Basikal pengembara dari Eropah
Basikal Batman
basikal nie katanya harganya $6800 (USD) - RM25,000 kut...
Biasanya harga mountain bike yang ade disc brake nie mesti mahal >RM500
Basikal nie katanya harga dalam $11,500 (USD) RM40++ ribu
Pakaian pun boleh tahan harganya...
Saya juga baru-baru ini mencari-cari "stroller" untuk anak saya yang baru belajar meniarap... Hmm.. harga-harga "stroller" ini agak mengejutkan poket saya, dalam julat harga sekitar RM200 sehingga ke RM1,000... Saya juga terfikir-fikir siapakah yang akan membeli barang-barang ini? Atau apakah taraf kehidupan kita kini sememangnya sudah mahal harganya? Apakah purata pendapatan isi rumah kita hari ini? Adakah RM5,000 sebulan? atau berapa agaknya? Saya tertanya-tanya kerana, berdasarkan pemerhatian saya, cara kehidupan hari ini memang sudah amat berbeza dan sudah semakin jauh keperluan "budget" hari ini, dengan "budget" 10 tahun atau 20 tahun dahulu... jadi apakah persediaan kita untuk hari esok pula? Apakah persediaan untuk generasi muda hari ini yang bakal menerajui negara pada tahun 2020 atau setrusnya, atau apakah teori ramalan kalender Mayan bahawa dunia akan mengalami perubahan drastik/kiamat/kemusnahan pada tahun 2012 akan menjadi kenyataan?
Berapakah nilai wang/budget bulanan yang mencukupi untuk kehidupan yang selesa? Adakah RM3,000, RM5,000? atau RM10,000? Perlu juga diingat bahawa semakin banyak pendapatan kita, semakin banyak juga cukai yang akan dikenakan... Jika Purata pendapatan kita sekita RM100,000 setahun misalnya, mungkin kita kena membayar sehingga RM10,000 cukai pendapatan... Hmm.. banyak juga tu...
Apa pun, "kehidupan yang selesa" merupakan suatu perkara yang subjektif, dan amat berbeza dari individu kepada individu yang lain.. Saya merasakan, jika kita tidak mempunyai sebarang "overhead" seperti ansuran bulanan dan sebagainya, RM3,000 sebulan merupakan suatu angka yang berpatutan dan "selesa".. tetapi ini bukanlah bermakna jika pendapatan kita kurang dari angka tersebut, kehidupan kita menjadi kurang selesa.... Cuma saya mengadakan satu angka rujukan untuk tujuan perbincangan ini... Saya sering bertanya soalan-soalan ini kerana suatu masa dahulu, saya terfikir bahawa gaji sebanyak RM5,000 sebulan itu merupakan suatu angka gaji kehidupan yang boleh dianggap "mewah"... tetapi kini, dengan keadaan-keadaan semasa yang semakin berubah dan dengan lambakan-lambakan "benda-benda" yang boleh dibeli, nilai RM5,000 sebulan sudah menjadi seakan-akan suatu kehidupan yang boleh dikatakan "sederhana".... Apa pun, ini semua merupakan suatu perbincangan yang santai, yang mungkin sekadar menjadi topik-topik yang boleh difikirkan...
Tetapi, berapakah agaknya kos kehidupan yang minimal untuk membolehkan kita hidup dengan kesederhanaan yang mencukupi? Apakah RM1,000 sebulan mencukupi untuk menyara kehidupan dengan kesederhanaan yang munasabah? Saya pernah juga bekerja didalam pelbagai jenis industri, Pembinaan (Construction), Perladangan (Plantation), Perlombongan (Mining) dan sebagainya dan saya dapat melihat beberapa keadaan "style" kehidupan yang berbeza-beza... Sudah tentulah kehidupan penduduk di pekan Klian Intan di Perak berbeza dengan kehidupan penduduk di Kuala Lipis di Pahang, dan sudah tentu berbeza dengan kehidupan penduduk di Pantai Dalam di Kuala Lumpur, atau kehidupan penduduk di Tronoh atau di Kulim atau di Penor, atau di Kemaman atau Kertih, atau diSimpang Empat Perlis... RM1,000, nilainya mungkin berbeza dikesemua tempat yang saya catatkan .... Harga makanan sepinggan nasi campur di Klian Intan, Simpang Empat dan di Kuala Lipis mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan harga nasi campur diPantai Dalam atau di Kemaman dan Kertih..
Apa pun, kos kehidupan sudah pasti akan terus meningkat dan saya tidak nampak bagaimana kos kehidupan ini akan mengalami penurunan.. Mungkin juga jika kerajaan "memberikan" subsidi-subsidi tambahan, mungkin kita mampu mengurangkan kos-kos kehidupan kita. Mungkin juga jika kerajaan "melegakan" kadar cukai kenderaan, kita mungkin dapat nilai yang lebih hasil "penjimatan" pembelian kereta dan seterusnya mempunyai lebihan nilai duit untuk dibelanjakan...
2 comments:
Salam.
Semakin hari kos semakin naik.
Oleh itu kena pandai menyimpan untuk masa depan. Berhemah dalam berbelanja.
Kalau boleh, elakkan berhutang.
Regard
salam..
basikal ok bang.. bleh kayuh bawak pegi office.. takyah isi minyak.. bleh exercise sket2.. :D(saya bias kot..pasal saya naik basikal..) . basikal mahal2 tu diaorg buat race.. tu kena tiptop(atau diaorg memang byk duit)
anyway dulu ada melawat(reunion) muo tahun 1997 ke?.. saya macam penah dengar la ayat problem vs challenge tu..
Post a Comment