Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Friday, January 1, 2010

Goodbye 2009, Welcome 2010


Nampaknya sekali lagi kita akan menghadapi cabaran baru didalam tahun yang baru .... Seperti biasa, bila ada tahun baru, pasti akan ada azam baru.....

Mengimbas kembali tahun 2009, hmmm, Alhamdullillah, nampaknya aku sudah pun menjejaki angka 40 tahun... Life begin at 40?

Maksud Surah Al-Ah-Ahqaf - ayat 15 "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa, "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

Nampaknya dalam surah ini pun Allah mengingatkan kita tentang umur, beringat bila sudah mencapai umur 40 tahun, dan mengingatkan tentang jasa ibu yang mengandungkan manusia sehingga 30 bulan....

Tahun 2009, nampaknya berlalu dengan penuh peristiwa, ekonomi negara nampaknya masih tidak menentu..... disebalik "kelibat-kelibat" petabda ekonomi seakan semakin pulih, saya sendiri masih tertanya-tanya "pulih" itu dalam kategori mana? Prestasi GDP negara dikatakan masih dibawah tahap 7% dan ini menunjukkan ekonomi belum lagi pulih sepenuhnya.

Dari pemerhatian saya, keadaan ekonomi negara memang dilihat belum pulih lagi. Mungkin ini merupakan kesan daripada kemelut ekonomi US dan dunia seluruhnya. Mungkin keadaan ekonomi sememangnya sudah berada ditapa statik dan manusia sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan ini....

Apa pun, saya sendiri merasakan secara langsung keadaan ekonomi yang agak lembab. Sebagai orang yang kerja dalam bidang swasta, nampaknya terdapat petanda-petanda bahawa "demand for supply and services" agak menurun sedikit. Tetapi Alhamdullillah, masih boleh terus "survive" pada tahap yang agak selesa.....

Nampaknya, pada hari ini, trend yang pasti ialah keadaan ekonomi akan terus berubah dan kadar inflasi akan terus meningkat. Dengan pengunguman kenaikan harga gula, apakah tahun 2010 akan menjanjikan tahun inflasi? Walaupun inflasi merupakan sesuatu yang agak subjektif, namun ianya masih perlu diberi perhatian... Almaklumlah, dalam zaman sekarang, kebanyakkan perkara memerlukan duit. Jadi kenaikan kadar inflasi pastinya menjejaskan keadaan ekonomi. Walaupun secara amnya, kebanyakkan rakyat Malaysia kini memang berduit, tetapi dalam masa yang sama juga, rasanya kenala berwaspada tentang perubahan-perubahan ekonomi semasa.....

Duit hari ini memang berbeza nilainya dengan duit 10/20 tahun yang lalu.... sebabnya terdapat perkara-perkara yang berevolusi didalam jangkamasa tersebut. Misalnya dari sudut komunikasi, 10/20 tahun dahulu, harga handphone masih mahal dengan applikasi yang terbatas, harga komputer dan laptop pun masih mahal.... tapi harga benda-benda tu hari ini adalah jauh lebih murah.... tetapi dalam masa yang sama, banyak jugak harga barangan yang semakin meningkat.... harga makanan naik, harga minyak naik, harga barangan keperluan rumah pun banyak yang naik ....

Harga minyak dunia pun nampaknya stabil sekitar USD 70 - USD 80 pada masa ini... Mungkin ini merupakan suatu "benchmark" baru untuk pemulihan ekonomi.

Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga ianya menjanjikan tahun yang lebih cemerlang ....

4 comments:

cmk said...

Salam

Tahniah atas kelahiran "Membina Inspirasi". Semoga lebih banyak karya yang bertahap ganas dapat dihasilkan pada masa hadapan.

Tahniah juga atas hidangan "Pegasus Goreng" untuk santapan telinga. Pegasus ni agak-agaknya halal ke...? Ni makhluk 2 alam ni.

Sebagai balasan, aku bagi satu link klip youtube yang amat berkait rapat dengan salah satu gorengan silam kau yang masih menendang-nendang gegendang dan taik telinga aku

http://www.youtube.com/watch?v=3wn8O5zYSIM

Letting the time pass me by said...

ha..ha... ha.. bro TQ.. macamana nak contact kau nie bro..,. tak de FB ke?

cmk said...

Bro, gua tak main facebook... buku lima ada le... bagi aku kau punya email, nanti aku bagi complete info... siap gambar skali kalu nak le...

Letting the time pass me by said...

email aku

segip@tm.net.my

Ok bro.. look forward to receive kau punya latest info...

have a nice day bro....