Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, December 17, 2008

Kemelesetan Ekonomi Dunia - Kemanakah Arah Kita?

Kemelesetan ekonomi, atau dalam bahasa omputih economic recessions, merupakan suatu keadaan kelembapan ekonomi yang dapat dilihat dengan simptom-simpton seperti bilamana angka GDP menunjukkan penurunan, perniagaan tidak berkembang dengan baik, berlakunya pertambahan peratus pengangguran dan penurunan nilai-nilai hartanah. Kemelesetan ekonomi ini juga bolah menjadi bertambah parah dan seterusnya mewujudkan suatu keadaan kemurungan ekonomi atau dalam bahasa omputih economic depression, dimana mungkin kita akan melihat peratus pengganguran meningkat sehingga melebihi 25% serta penurunan gaji sehingga 40%. bermakna jika gaji kita sekarang ialah RM2,000, ianya akan berkurangan sehingga RM1,200. Hmm.... parah kalau macam tu...

Kerajaan nampaknya berkali-kali telah menekankan dan menyuntik semangat positif yang negara tidak akan mengalami kemelesetan. Dan sebagai respon, ade yang gembira dengan jaminan kerajaan, tetapi ade juga yang menjadi skeptik dan mengganggap bahawa kerajaan hanya menggula-gulakan rakyat. apa yang lebih menarik ialah, disaat seolah-olah kelihatan keadaan ekonomi akan menjadi terus genting, harga minyak mentah pula telah turun mendadak sehingga USD40+ setong daripada harga puncak pada USD147+ setong. Perkembangan harga minyak ini telah sedikit sebanyak seolah-olah menyebabkan "reversal" didalam arah kemelesetan ekonomi dan ini agak melegakan sedikit.

Sejauh ini nampaknya tanda-tanda kemelesatan ekonomi, walau pun sudah mula kelihatan, ianya masih lagi ditahap berjaga-jaga dan bukan lagi amaran peringkat jingga atau amaran peringkat merah. Namun begitu, sudah kedengaran khabar-khabar angin pelan-pelan "retrenchment" atau "vss" yang bakal digunakan oleh syaraikat-syaraikat untuk mengurangkan kos pengeluaran dan kos operasi syarikat. Diseberang tambak, terdapat khabar yang mengatakan beribu-ribu warga Malaysia mungkin berdepan risiko kehilangan pekerjaan jika kemelestan ekonomi melanda Singapura.

Sejauh ini, terdapatnya juga pelbagai "khabar-khabar" yang menjangkakan sektor minyak dan gas juga mungkin akan terjejas dengan pengurangan harga minyak yang mendadak, yang akan menyebabkan berkurangnya pertumbuhan projek-projek pembangunan lapangan minyak yang baru. Namun begitu, saya juga tertanya-tanya, apakah kesan negatif ekonomi kini mungkin ade sedikit sebanyak kaitan dengan Olimpik di China baru-baru ini? Sebelum bermulanya sukan Olimpik, pelbagai projek pembangunan serta potensi perniagaan telah terjana hasil daripada keperluan logistik, infrastruktur, prasarana dan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sukan Olimpik. Banyak projek-projek infrastruktur dan sebagainya telah diwujudkan untuk menampung keperluan temasya sukan Olimpik tersebut. Tetapi dengan berakhirnya sukan Olimpik, ianya seolah-olah menghilangkan sebahagian kegiatan ekonomi di China. Ekonomi dunia kini sangat bergantung kepada perkembangan perniagaan. Disamping itu juga ianya nampak sangat-sangat bergantung kepada sistem ekonomi kredit yang dipraktiskan ketika ini. Mungkin terdapat kebimbangan kepada ahli-ahli ekonomi jika terdapat usaha untuk menukarkan sistem matawang yang ade kepada sistem lain yang menyebabkan terdapat pelbahagai pihak yang bergantung penuh kepada sistem matawang akan mengalami kerugian yang banyak. Mungkin bagi peminat-peminat astrologi dan sejarah ingin mengaitkan kesan kemelesetan ekonomi ini dengan kalendar Mayan yang akan menamatkan kitaran ke-13 B'ak'tun didalam tahun 2012.

Apa pun, jika melihat kepada keadaan pada tahun 1997, krisis kali ini nampaknya belum lagi menghampiri kesan negatif tersebut. Jika US berjaya keluar daripada krisis kemelesetan ekonomi didalam pertengahan 2009, besar kemungkinan yang ekonomi negara tidak akan terjejas dan akan terus menurut perkembangan positif ekonomi Amerika. Sejauh ini, jika tiada aral melintang, Amerika akan menerima Presiden baru dan Malaysia juga bakal menerima PM baru, jadi mungkin sentimen-sentimen perubahan ini mampu menggerakkan suasana ekonomi yang lebih positif.

Tetapi jika Amerika terus mengalami kemelesetan bagaimana????

8 comments:

Gerrard said...

kalau ekonomi negara2 besar meleset.. kita pun akan terkena tempiasnya .. bukan 100% kerana malaysia tidak bergantung sepenuhnya pada Negara2 besar seperti Amerika...

Harap pimpinan baru pada tahun depan akan memulihkan kembali dan menstabilkan ekonomi negara....

Unknown said...

Ekonomi dunia (termasuklah ekonomi negar-negara Islam) berkiblatkan Amerika. Ikut susah, tak ikut laaaaaagi susah.

Bayangkan negara Malaysia tanpa restoran KFC, McD, Starbuck dan lain-lain. Anak-anak remaja kita akan "mati kebuluran"

AbGJaS said...

Hi sdr LTTPMB (boleh bagitau nama panggilan?)

Umpama org yg sedang sakit, apakah suntikan RM7 billion mahupun USD300 billion tak mampu menyembuhkan sakit ditanggung?

tinta said...

Saya sebenarnya selama ini sukar memahami apa yang dimaksudkan dengan istilah ekonomi dan implikasinya terhadap saya sebagai rakyat biasa ini. Banyak perkataan yang agak 'arbitrary'; sehinggalah saya akhirnya diberikan penjelasan mengenai asal ekonomi kapitalis serta konspirasi para konspirator utk menguasai kekayaan dunia (Rothchild, JP Morgan dsb nya).
Cengkaman ekonomi kapitalis ini begitu kuat; sehinggakan modal umat islam yang tersimpan seperti Tabung Haji turut terikut-ikut dengan corak pelaburan seperti sebuah organisasi korporat. Terkini, ada berita yang memetik kutipan zakat disalurkan sebagai modal utk membiayai hospital swasta (dan mereka yang tak berkemampuan masih tidak mampu membayar yuran hospital sbb lebih kurang sama penyelenggaraannya dgn hospital swasta yang lain).
Kita tercari-cari strategi; bila bercakap ttg ekonomi barat, mulut kita tak lekang bercakap ttg KFC, Pizza Hut, Mc Donald, Starbuck ttp bagaimana dgn syarikat gergasi rokok, arak (menguasai arena penajaan bolasepak), hiburan serta pelbagai media yang mengasah minda materialistik.
Penyelesaian strategi adalah tanggungjawab kita bersama; dan marilah kita mulakan dengan menyokong ekonomi umat yang sama agamanya dengan kita serta saling mendoakan antara satu sama lain. Yg strategi besar-besaran memerlukan komitmen mereka yang berilmu dan saya sangat berharap ianya dapat dimulakan.

Letting the time pass me by said...

Bro Siong Berantai
Tempiasnya nampaknya sudah terasa kepada negara-negara seperti Hong Kong, China dan sebagainya.. Tak tahulah pulak kesan kepada negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, tetapi nampaknya Amerika akan membuat strategi suntikan modal besar-besaran...


cmk
Memang betul... Amerika memang sudah buat strategi supaya matawang mereka tetap akan digunakan sebagai matawang utama..

Kalau tak ikut memang susah.. tapi Cuba tu steady aje nampaknya...

AbGJas
Panggil Letting aje pun tak pe dah... Kalau disuntuk sebanyak RM300 billion, sepatutnya memang sudah cukup untuk memulihkan keadaan ekonomi ini..

tetapi yang lebih penting ialah hala tuju selepas suntikan modal tersebut.. dan kemana suntikan modal itu dibelanjakan...

Suntikan modal seharusnya diberikan kepada sektor-sektor yang benar-benar mempunyai kepentingan kepada masyarakat dan benar-benar berpotensi untuk menyokong pertumbuhan ekonomi ...

Malina
Suatu ulasan yang cukup bagus...

Saya amat bersetuju, masalah kita sebenarnya ialah terlampau terdorong oleh kejayaan "materialistik" negara-negara barat dan orang-orang disekeliling, meyebabkan "benchmark" kejayaan seseorang diukur dengan berapa banyak "duit dan harta" yang mereka ada, tanpa mementingkan
soal integriti, masyarakat serta kejiranan dan kemanusiaan...

Contoh yang paling mudah ialah masalah "maid"/pembantu rumah.. Kita kini nampaknya sudah terlampau terdesak untuk menampung cara hidup dan gaya hidup kita dan terpaksa "membenarkan" pembantu rumah, yg kita pun tak tahu asal-usulnya, tinggal serumah dengan kita dan diberikan tanggungjawab yg besar pulak tu-menjaga anak-anak kita ...

Apa pun, masalah-masalah sosial ini perlu diberikan perhatian yang serius... Tapi malangnya Menteri-menteri kat malaysia lebih suka mementing survival politik mereka daripada membantu menyelesaikan masalah masyarakat dan rakyat... Mereka lebih suka berdamping dengan golongan-golongan yg ade duit, dan amat sukar nampaknya untuk memahami penderitaan rakyat-rakyat yg memang susah...

erisya nor said...

salaams, terima kasih sudi singgah :)

Anonymous said...

Kuasa apakah ini yang sedang mencatur ekonomi dunia dan mengambilalih peranannya dari Amerika yang sebelum ini terkenal dengan gelaran PENCATUR sistem ekonomi dunia?

Sebagai umat Islam, semua kita diajar bahawa Allah sebenarnya pencatur segala urusan di seluruh alam ini sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tetapi pengetahuan ini hanyalah di peringkat tahu sahaja sedangkan mungkin kefahaman atau keyakinan kita tidak selari dengan apa yang kita ketahui itu.


Apa yang berlaku pada hari ini contohnya kepada Amerika, sememangnya ia di luar logik dan pencapaian akal manusia. Di situlah Allah SWT memperlihatkan kekuasaanNya yang mutlak itu agar manusia takut, gentar dan merasakan betapa kerdilnya seluruh makhlukNya yang segala-galanya tertakluk kepada kuasa Allah SWT dan berada di dalam genggaman-Nya.

Di saat ini apa yang sepatutnya kita lakukan sebagai umat Islam ialah berusaha untuk menyambut situasi ini dengan berusaha untuk menjadi golongan yang layak untuk mendapat bantuan Allah kerana dunia hari ini sudah terlalu kronik kerana manusia sudah terlalu ramai melupakan Tuhan dan kekuasaanNya.Kini siapakah di kalangan umat Islam yang layak mendapat bantuan dan pertolongan Allah SWT? Kelompok mana atau golongan mana di kalangan umat Islam ini yang layak mendapat kerjasama dari kerajaan ghaib yang di kalangan mereka itu sering berlakunya karomah atau khawariqul 'adah? Siapakah di kalangan umat ini yang Allah SWT 'sudi memandangnya'?

Maka dengan itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar masanya akan tiba dengan segera, kekuatan teknologi roh atau kerohanian ini mengalahkan sepenuhnya kekuatan teknologi maddi yang bertunjangkan sistem yang kufur.

Unknown said...

Salam Bro,

Hebat macam mana pun sesebuah negara, kalau pemimpin & rakyatnya tidak ikut amalan Rasulullah 100%(baik ekonomi atau apa saja), tak sampai ke mana perginya. Tiada keberkatan & rahmat Allah.

Kita ikut cara Islam separuh-separuh saja. Ambil contoh mudah, sebelum makan kita baca doa, tapi bila lepas makan, selalu kita terlupa doa.

Kalau perkara mudah pun kita dah abaikan amalan Rasulullah, inikan pula perkara yang lebih besar seperti ekonomi dll.

Maka penyudahnya, jadilah kita seperti "the overseas American" bak kata Pak Habib. Malah lebih Amerika dari orang Amerika.

Jadi berbalik kepda persoalan 'kemanakah arah kita...?', maka jawapannya ialah kita sedang mengarah ke muka pintu kehancuran dunia & akhirat...! Na'uzubillah...!!!