Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Saturday, July 11, 2009

Harga minyak stabil diparas USD 55 - USD 65


Nampaknya harga minyak agak stabil pada julat USD55 - USD 65 dan menunjukkan nilai-nilai fundamental yang kuat. Nampaknya kesan kemelesetan ekonomi juga masih ditahap yang boleh dikatakan minimun, walau pun masih terdapat kebimbangan dikalangan rakyat terhadap kesan jangka masa panjangnya. Mungkin dalam tempoh 7 - 8 bulan ini, rakyat sudah semakin proaktif untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi ini. Memang terdapat kes-kes pemberhentian kerja oleh majikan, tetapi mungkin disebabkan faktor suami-isteri bekerja, maka impaknya mungkin masih boleh ditangani oleh rakyat. Mungkin jika terdapat kes suami diberhentikan, isteri amsih lagi bekerja dan sebaliknya, jadi sekurang-kurangnya, masih terdapat sumber pendapatan didalam sesebuah keluarga tersebut....

Perkembangan politik tanahair juga semakin rancak, dan nampaknya momentum kebangkitan pakatan rakyat sememangnya menampakkan kesan yang serius dalam pilihan-pilihanraya kecil yang telah diadakan ... Mungkin rakyat Malaysia sudah benar-benar mahukan perubahan dan sudah bersedia untuk menjadi negara maju dalam tahun 2020... mungkin juga aspirasi rakyat kebanyakkan ingin melihat sebuah negara Malaysia yang mempunyai nilai integriti serta nilai-nilai murni yang hebat. Mungkin rakyat sudah muak dengan skandal-skandal serta berita-berita "sensasi" politik yang terus mempersoalkan integriti seseorang ahli politik itu sendiri.... Rakyat sememangnya inginkan perubahan dan perubahan yang rakyat inginkan adalah satu perubahan positif yang proaktif... Rakyat kini sudah tidak boleh digula-gulakan dengan kain pelekat, atau sumbangan derma membuat jalan... rakyat juga ingin menikmati kesamarataan serta peluang-peluang kehidupan yang lebih adil dan demokrasi ....

Orang-orang Malaysia juga sudah mula mahu melancong pergi ke Perth, Bandung, Bali, mengerjakan Umrah di Mekah dan sebagainya, dan ini semua memerlukan perbelanjaan ... dengan Air Asia, everybody can fly ... Tetapi apakah ekonomi rakyat dinegara ini sudah meningkat dan apakah jurang-jurang kekayaan dan kemiskinan sudah diatasi? Teori ekonomi demokrasi kapitalisma sememangnya tidak memungkinkan suatu formula jurang kekayaan-kemiskinan yang sihat... ianya menjadi terlampau demokrasi sehingga sistem itu sendiri kadangkala tidak mampu untuk mengekalkan demokrasi itu sendiri ..... Tetapi jika Malaysia mampu kembali menghayati konsep demokrasi berpelembagaan, maka semangat kewarganegaraan itu mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang harmoni dengan diteraskan nilai-nilai murni.

semasa saya kecil dahulu, saya masih ingat bagaimana kita dididik untuk menghayati konsep demokrasi berperlembagaan dengan penuh makna.. Kita ade bunga kebangsaan, baju kebangsaan, bahasa kebangsaan, agama rasmi, kita terus melaungkan prinsip rukunegara, tetapi, semakin kita menjadi dewasa, semuanya itu sudah mula menghilang... bilakah kali terakhir kita melaungkan prinsip rukunegara kita dengan megahnya? Bilakah kali terakhir kita menyanyikan lagu negaraku dengan suara getaran yang mengujakan?

Mungkin keadaan semasa kini amat berbeza dengan keadaan 20-30 tahun dahulu, dan keadaan ini akan meyebabkan kita semakin terlupa akan persoalan mengenai semangat patriotik... Mungkinkah kita sudah menjadi terlalu selesa, atau mungkinkah keadaan dunia hari ini telah menyebabkan priority kehidupan harus perlu difokuskan kepada perlumbuaan mencari wang untuk hidup?





2 comments:

Anonymous said...

I want not agree on it. I think nice post. Particularly the title-deed attracted me to review the intact story.

Anonymous said...

Good post and this mail helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.