Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Thursday, May 9, 2013

Surah At-Taubah ayat 71

Surah At-Taubah ayat 71

وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاء بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاَةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَـئِكَ سَيَرْحَمُهُمُ اللّهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
And the believers , men and women , are protecting friends one of another ; they enjoin the right and forbid the wrong , and they establish worship and they pay the poor-due , and they obey Allah and His messenger . As for these , Allah will have mercy on them . Lo! Allah is Mighty , Wise .]
信道的男女互为保护人,他们劝善戒恶,谨守拜功,完纳天课,服从真主及其使者,这等人真主将怜悯他们。真主确是万能的,确是至睿的。

Monday, April 22, 2013

Surah Al-Imran Ayat 26 - 27


 


Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (26) Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. (27) 


 Say: O Allah! Owner of Sovereignty! Thou givest sovereignty unto whom Thou wilt, and Thou withdrawest sovereignty from whom Thou wilt. Thou exaltest whom Thou wilt, and Thou abasest whom Thou wilt. In Thy hand is the good. Lo! Thou art Able to do all things. (26) Thou causest the night to pass into the day, and Thou causest the day to pass into the night. And Thou bringest forth the living from the dead, and Thou bringest forth the dead from the living. And Thou givest sustenance to whom Thou choosest, without stint. (27)

Friday, February 22, 2013

Ar-Ra'd - ayat 11
























Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

Saturday, June 23, 2012

Harga Minyak Dibawah USD80

Hampir 4 tahun yang lalu, dunia mengalami kekalutan apabila harga minyak terus mendaki hingga ke sekitar USD144 setong, menyebabkan pelbagai teori 'peak oil' telah menjadi tajuk perbualan utama hingga ramai juga yang meramalkan bahawa dunia akan kehabisan stok minyak mentah
http://hishamjabar.blogspot.com/2008/07/menanti-harga-minyak-di-paras-usd200.html

Bagaimana pun semenjak lonjakan harga minyak tersebut, harga minyak telah terus menunjukkan satu trend yang tidak stabil dan terus menerus mengalami penaikan dan penurunan di sekitar USD70 - USD120....

Diharapkan dengan penurunan harga minyak ini, kerajaan boleh la menurunkan lagi harga petrol dan diesel dan penaikan inflasi dapat dikawal.   Kadar inflasi kini nampaknya agak membimbangkan kerana harga-harga barangan asas kehidupan seperti makanan dan pakaian menunjukkan kadar kenaikan yang agak tinggi.

Sunday, February 6, 2011

Sembang-sembang

Hmmm.... lama sungguh tak menulis kat blog nie .... berbulan-bulan dah...

Tahn 2010 nampaknya sudah berlalu dan 2011 sudah muncul... agaknya ade berita baik ke dalam 2011 nie... so far keadaan agak mencabar jugak, baru 2 bulan masuk bulan Febuari, minyak dah 2 kali naik harga ... banjir besar melanda Johor ..... keadaan timir tengah terutamnya Mesir jugak menunjukkan ketidak stabilan politik, pertikaian sempadan kemboja-thai ... Gary Moore sudah tiada .... Manchester United kalah buat kali pertama musim ini dalam EPL ...

Hmm apa la melalut nie .. apa pun semoga 2011 akan menjadi tahun yang lebih cemerlang .. kena mula nak menulis balik nie.. kasik rancak sikit blog nie .... ha.ha.ha....

Saturday, September 4, 2010

Kenangan Aidilfitri Terindah ....

Nampaknya Syawal semakin menjelang tiba ...... jom layan lagu-lagu raya ...



Rahmat di Aidilfitri

Selamat tinggal Ramadan yang mulia,
Genaplah sebulan kita berpuasa,
Mengerjakan ibadah mengharapkan rahmat,
dan keredhaan yang Maha Kuasa,

Kedatangan syawal disambut gembira,
Namun Ramadan tetap dirindukan,
Takbir bergema pembuka bicara,
Di pagi Aidilfitri yang mulia,

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,
Di Aidilfitri

Silalah makan ketupat dan lemang,
Burasak dan lepat boleh dicecah rendang,
Dihari mulia ku bersyukur kepadaNya,
Berjumpa kawan dan sanak saudara,

Solo

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,
Di Pagi Aidilfitri

Selamat Hari Raya, Ku ucapkan pada semua,
Sepuluh jari ku hulurkan, tanda mesra dan kemaafan,
Di Pagi Aidilfitri







Kenangan Aidilfitri Terindah

Di Pagi Raya Ini Ku Bersyukur Kepada Yang Esa,
Dengan Limpah dan Rahmat serta Rezeki untuk dinikmati,

Tiada ku lupa menziarahi pusara ibuku,
Memohon keampunan dari yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
...
Walau pun hati ini gembira namun pilu masih terasa,
Berhari raya tanpa bonda,

Solo......

Saat-saat terindah berhari raya,
Bersama arwah bonda tercinta,
Pasti ku abadi kan didalam kenangan,
Memori indah sebuah kehidupan,

Di keheningan pagi raya,
Ku bersimpuh dipusara bonda,
Memohon doa dan keampunan dariNya,
Mengharap keredhaan Yang Maha Kuasa,

Saat-saat terindah berhari raya,
Bersama arwah bonda tercinta,
Pasti ku abadi kan didalam kenangan,
Memori indah sebuah kehidupan,

Saat-saat terindah berhari raya,
Bersama arwah bonda tercinta,
Pasti ku abadi kan didalam kenangan,
Memori indah sebuah kehidupan,

Friday, January 1, 2010

Goodbye 2009, Welcome 2010


Nampaknya sekali lagi kita akan menghadapi cabaran baru didalam tahun yang baru .... Seperti biasa, bila ada tahun baru, pasti akan ada azam baru.....

Mengimbas kembali tahun 2009, hmmm, Alhamdullillah, nampaknya aku sudah pun menjejaki angka 40 tahun... Life begin at 40?

Maksud Surah Al-Ah-Ahqaf - ayat 15 "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa, "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

Nampaknya dalam surah ini pun Allah mengingatkan kita tentang umur, beringat bila sudah mencapai umur 40 tahun, dan mengingatkan tentang jasa ibu yang mengandungkan manusia sehingga 30 bulan....

Tahun 2009, nampaknya berlalu dengan penuh peristiwa, ekonomi negara nampaknya masih tidak menentu..... disebalik "kelibat-kelibat" petabda ekonomi seakan semakin pulih, saya sendiri masih tertanya-tanya "pulih" itu dalam kategori mana? Prestasi GDP negara dikatakan masih dibawah tahap 7% dan ini menunjukkan ekonomi belum lagi pulih sepenuhnya.

Dari pemerhatian saya, keadaan ekonomi negara memang dilihat belum pulih lagi. Mungkin ini merupakan kesan daripada kemelut ekonomi US dan dunia seluruhnya. Mungkin keadaan ekonomi sememangnya sudah berada ditapa statik dan manusia sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan ini....

Apa pun, saya sendiri merasakan secara langsung keadaan ekonomi yang agak lembab. Sebagai orang yang kerja dalam bidang swasta, nampaknya terdapat petanda-petanda bahawa "demand for supply and services" agak menurun sedikit. Tetapi Alhamdullillah, masih boleh terus "survive" pada tahap yang agak selesa.....

Nampaknya, pada hari ini, trend yang pasti ialah keadaan ekonomi akan terus berubah dan kadar inflasi akan terus meningkat. Dengan pengunguman kenaikan harga gula, apakah tahun 2010 akan menjanjikan tahun inflasi? Walaupun inflasi merupakan sesuatu yang agak subjektif, namun ianya masih perlu diberi perhatian... Almaklumlah, dalam zaman sekarang, kebanyakkan perkara memerlukan duit. Jadi kenaikan kadar inflasi pastinya menjejaskan keadaan ekonomi. Walaupun secara amnya, kebanyakkan rakyat Malaysia kini memang berduit, tetapi dalam masa yang sama juga, rasanya kenala berwaspada tentang perubahan-perubahan ekonomi semasa.....

Duit hari ini memang berbeza nilainya dengan duit 10/20 tahun yang lalu.... sebabnya terdapat perkara-perkara yang berevolusi didalam jangkamasa tersebut. Misalnya dari sudut komunikasi, 10/20 tahun dahulu, harga handphone masih mahal dengan applikasi yang terbatas, harga komputer dan laptop pun masih mahal.... tapi harga benda-benda tu hari ini adalah jauh lebih murah.... tetapi dalam masa yang sama, banyak jugak harga barangan yang semakin meningkat.... harga makanan naik, harga minyak naik, harga barangan keperluan rumah pun banyak yang naik ....

Harga minyak dunia pun nampaknya stabil sekitar USD 70 - USD 80 pada masa ini... Mungkin ini merupakan suatu "benchmark" baru untuk pemulihan ekonomi.

Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga ianya menjanjikan tahun yang lebih cemerlang ....

Wednesday, December 2, 2009

My new book

Alhamdullillah .... Yes.. finally i have manage to publish my first book.. it is a great experience and it is really satisfying... But still, the printer haven't finish print it yet.. only 60 copies of unedited version available ...

My book, Membina Inspirasi is a book that dealt with the topic of inspiration, motivation, and about life... It is a book that discuss on the various aspects of paradigm in life, how we look at things and how we can look at those things differently....

I must also give credit to my Guest Author, Saudara Aliff Mohd Jaini who is also contributing articles and poem in this book ...

...


Then again, as the chinese proverb says;

A Journey of thousand miles start with a single step forward ....