Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, December 17, 2008

Kemelesetan Ekonomi Dunia - Kemanakah Arah Kita?

Kemelesetan ekonomi, atau dalam bahasa omputih economic recessions, merupakan suatu keadaan kelembapan ekonomi yang dapat dilihat dengan simptom-simpton seperti bilamana angka GDP menunjukkan penurunan, perniagaan tidak berkembang dengan baik, berlakunya pertambahan peratus pengangguran dan penurunan nilai-nilai hartanah. Kemelesetan ekonomi ini juga bolah menjadi bertambah parah dan seterusnya mewujudkan suatu keadaan kemurungan ekonomi atau dalam bahasa omputih economic depression, dimana mungkin kita akan melihat peratus pengganguran meningkat sehingga melebihi 25% serta penurunan gaji sehingga 40%. bermakna jika gaji kita sekarang ialah RM2,000, ianya akan berkurangan sehingga RM1,200. Hmm.... parah kalau macam tu...

Kerajaan nampaknya berkali-kali telah menekankan dan menyuntik semangat positif yang negara tidak akan mengalami kemelesetan. Dan sebagai respon, ade yang gembira dengan jaminan kerajaan, tetapi ade juga yang menjadi skeptik dan mengganggap bahawa kerajaan hanya menggula-gulakan rakyat. apa yang lebih menarik ialah, disaat seolah-olah kelihatan keadaan ekonomi akan menjadi terus genting, harga minyak mentah pula telah turun mendadak sehingga USD40+ setong daripada harga puncak pada USD147+ setong. Perkembangan harga minyak ini telah sedikit sebanyak seolah-olah menyebabkan "reversal" didalam arah kemelesetan ekonomi dan ini agak melegakan sedikit.

Sejauh ini nampaknya tanda-tanda kemelesatan ekonomi, walau pun sudah mula kelihatan, ianya masih lagi ditahap berjaga-jaga dan bukan lagi amaran peringkat jingga atau amaran peringkat merah. Namun begitu, sudah kedengaran khabar-khabar angin pelan-pelan "retrenchment" atau "vss" yang bakal digunakan oleh syaraikat-syaraikat untuk mengurangkan kos pengeluaran dan kos operasi syarikat. Diseberang tambak, terdapat khabar yang mengatakan beribu-ribu warga Malaysia mungkin berdepan risiko kehilangan pekerjaan jika kemelestan ekonomi melanda Singapura.

Sejauh ini, terdapatnya juga pelbagai "khabar-khabar" yang menjangkakan sektor minyak dan gas juga mungkin akan terjejas dengan pengurangan harga minyak yang mendadak, yang akan menyebabkan berkurangnya pertumbuhan projek-projek pembangunan lapangan minyak yang baru. Namun begitu, saya juga tertanya-tanya, apakah kesan negatif ekonomi kini mungkin ade sedikit sebanyak kaitan dengan Olimpik di China baru-baru ini? Sebelum bermulanya sukan Olimpik, pelbagai projek pembangunan serta potensi perniagaan telah terjana hasil daripada keperluan logistik, infrastruktur, prasarana dan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan sukan Olimpik. Banyak projek-projek infrastruktur dan sebagainya telah diwujudkan untuk menampung keperluan temasya sukan Olimpik tersebut. Tetapi dengan berakhirnya sukan Olimpik, ianya seolah-olah menghilangkan sebahagian kegiatan ekonomi di China. Ekonomi dunia kini sangat bergantung kepada perkembangan perniagaan. Disamping itu juga ianya nampak sangat-sangat bergantung kepada sistem ekonomi kredit yang dipraktiskan ketika ini. Mungkin terdapat kebimbangan kepada ahli-ahli ekonomi jika terdapat usaha untuk menukarkan sistem matawang yang ade kepada sistem lain yang menyebabkan terdapat pelbahagai pihak yang bergantung penuh kepada sistem matawang akan mengalami kerugian yang banyak. Mungkin bagi peminat-peminat astrologi dan sejarah ingin mengaitkan kesan kemelesetan ekonomi ini dengan kalendar Mayan yang akan menamatkan kitaran ke-13 B'ak'tun didalam tahun 2012.

Apa pun, jika melihat kepada keadaan pada tahun 1997, krisis kali ini nampaknya belum lagi menghampiri kesan negatif tersebut. Jika US berjaya keluar daripada krisis kemelesetan ekonomi didalam pertengahan 2009, besar kemungkinan yang ekonomi negara tidak akan terjejas dan akan terus menurut perkembangan positif ekonomi Amerika. Sejauh ini, jika tiada aral melintang, Amerika akan menerima Presiden baru dan Malaysia juga bakal menerima PM baru, jadi mungkin sentimen-sentimen perubahan ini mampu menggerakkan suasana ekonomi yang lebih positif.

Tetapi jika Amerika terus mengalami kemelesetan bagaimana????