Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Monday, June 15, 2009

Memahami Konsep Satu Malaysia......

Satu Malaysia



Kita Rakyat Malaysia,
Bersama membangunkan negara,
Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan,
Semangat Satu Malaysia,

Menjunjung rukunegara,
Harmoni sesama kita,
Menghormati dan menyayangi,
Memperjuangkan Negara,

Satu Malaysia,
Menuju wawasan yang sama,
Satu Malaysia,
Membina rakyat harmoni,

Satu Malaysia,
Membasmi kemiskinan,
Satu Malaysia,
Impian dan Harapan,

Friday, May 29, 2009

Oil Price Start to Rise Again....

After languishing lifelessly around USD50, the oil price now is showing some upbeat momentum, climbing steadily and now reaching the USD70++ and may be it will test the USD80 psychological barrier... Well, our country has just announce a economic fall of around 4.0% - 6.0% and that is not very encouraging... If the price of oil continue to rise and our economic continue to post a negative growth, then it may suggest that we are heading for a gloomy recession period.... Is there any positive news on the economy? I am a bit worried since there is no clear indication on the way that our country economy is moving.... Despite the continuous construction development that I see around the country, it is hard to imagine that there has been a negative economic growth for the country...

I have always found the economics "facts" can present a very mixed "perception" which can be misleading or misinterpret and causes people to get confused. For instance, the oil market should be good when it is low, because people can create more activities since oil is a major commodity that fuel the business world. People depend on oil to go around and to import and export goods and things, but the oil prices sometimes is being viewed as a indicator of the economic activities... But at the time of "recession", when there are still reports that more and more companies and people are getting into trouble economically, oil prices seems to continue to find its bullish momentum and steadily climbing up.... 6 months ago, in December 2008, the oil price dropped to around USD30++ and steadily climbing up to around USD40++ in Jan 2009 - March 2009 and now, its upward trend seems to suggest that the oil price has become very volatile and maybe this is another speculative trends rather than fundamentals.

Well, are we going to see another "panic" decision by the government this year with regards to the oil prices? Last year, the oil price issue was very "hot" that even the government and opposition has been debating on mainstream televised forum to counter the oil price issue. As I see it, the March 08 GE result has been charting a very different political scenarios lately in the peninsular with the alternative parties has been gaining grounds and popularity. The political "turmoil" in Perak also has a very "defining" impact on people perception and inclination towards the politics.... People who used to be a fence sitter are taking the issue seriously and many are making clear of their views...

With reports of major companies are having difficulties and many countries have been severely affcted by the economic recession, and with the concerning Malaysian economic performance, what will be our initiative? I always believe in working hard and when the going get tough, I think, it is alway important that we must always work harder, put that extra sweat and put effective effort to get things going.

Well, i guess the phrase "working harder" is also a very subjective issue.... What does "work harder" really mean actually? People can always have different perception or different perspective on "hard working"... but I think as long as our "extra" effort lead to a better results, that it should be the right thing to do..

well... gotta go now.... Got to put that extra effort and got to work harder ....

Saturday, May 16, 2009

Manchester United Juara Liga Perdana Inggeris 2008/2009


Pasukan Manchester United berjaya mengekalkan kejuaraan liga perdana inggeris selama 3 tahun berturut-turut setelah seri 0-0 dengan Arsenal. Dengan keputusan tersebut, pasukan United yang diterajui oleh Sir Alex Ferguson mempunyai kelebihan 7 mata didepan saingan terdekat Liverpool yang mempunyai 80 mata dengan dua baki perlwanan.



Wednesday, May 13, 2009

Kos kehidupan yang semakin meningkat

Hmm.. lama sungguh tak menulis mengenai ekonomi.. Almaklumlah, dengan keadaan ekonomi yang semakin gawat, "survival" kehidupan perlu diutamakan.. apatah lagi kita yang bekerja kais pagi makan makan, yang bergantung penuh kepada sumber rezeki yang dikurniakan Ilahi.... Saya pun tak pasti samada negara ini benar-benar gawat, atau pun kegawatan ini hanya bersifat "selective", kerana saya melihat aktiviti-aktiviti ekonomi yang berlaku disekitar kawasan saya agak memberangsangkan... Ade jiran-jiran masih lagi giat membuat "renovation" rumah, ade jiran-jiran yang bertukar kereta baru, meng-upgrade kereta proton kepada MPV baru, kereta Honda Accord baru, dan ade juga yang sudah mengembangkan aktiviti memancing, berpiknik, serta "mountain" biking dengan "kit-kit" "biking" yang agak "mahal"...

Kadangkala, dengan innovasi serta kecanggihan teknologi baru, saya dapati industri basikal ini agak menarik.. "kit-kit" biking saya perhatikan tidak kurang mahalnya.. dengan helmet yang berharga Rm100 - RM500, dan sarung tangan dan sebagainya, kos untuk "pakaian" sahaja boleh pergi hingga RM500 - RM3000 untuk suatu "kit" yang baik... Harga basikal pula mempunyai julat nilai yang tidak kurang menariknya.. Saya membelek-belek jugak harga-harga basikal, daripada kedai-kedai basikal yang agak murah kepada basikal-basikal yang agak eksklusif dengan harga-hara sekitar RM280 sehingga ade basikal yang berharga RM40,000 seunit... mungkin ade yang mahal lagi, tapi tak terjumpa pulak basikal tu...


koleksi basikal anak-anak kat rumah


Basikal pengembara dari Eropah




Basikal Batman




basikal nie katanya harganya $6800 (USD) - RM25,000 kut...



Biasanya harga mountain bike yang ade disc brake nie mesti mahal >RM500

Basikal nie katanya harga dalam $11,500 (USD) RM40++ ribu


Pakaian pun boleh tahan harganya...


Saya juga baru-baru ini mencari-cari "stroller" untuk anak saya yang baru belajar meniarap... Hmm.. harga-harga "stroller" ini agak mengejutkan poket saya, dalam julat harga sekitar RM200 sehingga ke RM1,000... Saya juga terfikir-fikir siapakah yang akan membeli barang-barang ini? Atau apakah taraf kehidupan kita kini sememangnya sudah mahal harganya? Apakah purata pendapatan isi rumah kita hari ini? Adakah RM5,000 sebulan? atau berapa agaknya? Saya tertanya-tanya kerana, berdasarkan pemerhatian saya, cara kehidupan hari ini memang sudah amat berbeza dan sudah semakin jauh keperluan "budget" hari ini, dengan "budget" 10 tahun atau 20 tahun dahulu... jadi apakah persediaan kita untuk hari esok pula? Apakah persediaan untuk generasi muda hari ini yang bakal menerajui negara pada tahun 2020 atau setrusnya, atau apakah teori ramalan kalender Mayan bahawa dunia akan mengalami perubahan drastik/kiamat/kemusnahan pada tahun 2012 akan menjadi kenyataan?

Berapakah nilai wang/budget bulanan yang mencukupi untuk kehidupan yang selesa? Adakah RM3,000, RM5,000? atau RM10,000? Perlu juga diingat bahawa semakin banyak pendapatan kita, semakin banyak juga cukai yang akan dikenakan... Jika Purata pendapatan kita sekita RM100,000 setahun misalnya, mungkin kita kena membayar sehingga RM10,000 cukai pendapatan... Hmm.. banyak juga tu...

Apa pun, "kehidupan yang selesa" merupakan suatu perkara yang subjektif, dan amat berbeza dari individu kepada individu yang lain.. Saya merasakan, jika kita tidak mempunyai sebarang "overhead" seperti ansuran bulanan dan sebagainya, RM3,000 sebulan merupakan suatu angka yang berpatutan dan "selesa".. tetapi ini bukanlah bermakna jika pendapatan kita kurang dari angka tersebut, kehidupan kita menjadi kurang selesa.... Cuma saya mengadakan satu angka rujukan untuk tujuan perbincangan ini... Saya sering bertanya soalan-soalan ini kerana suatu masa dahulu, saya terfikir bahawa gaji sebanyak RM5,000 sebulan itu merupakan suatu angka gaji kehidupan yang boleh dianggap "mewah"... tetapi kini, dengan keadaan-keadaan semasa yang semakin berubah dan dengan lambakan-lambakan "benda-benda" yang boleh dibeli, nilai RM5,000 sebulan sudah menjadi seakan-akan suatu kehidupan yang boleh dikatakan "sederhana".... Apa pun, ini semua merupakan suatu perbincangan yang santai, yang mungkin sekadar menjadi topik-topik yang boleh difikirkan...

Tetapi, berapakah agaknya kos kehidupan yang minimal untuk membolehkan kita hidup dengan kesederhanaan yang mencukupi? Apakah RM1,000 sebulan mencukupi untuk menyara kehidupan dengan kesederhanaan yang munasabah? Saya pernah juga bekerja didalam pelbagai jenis industri, Pembinaan (Construction), Perladangan (Plantation), Perlombongan (Mining) dan sebagainya dan saya dapat melihat beberapa keadaan "style" kehidupan yang berbeza-beza... Sudah tentulah kehidupan penduduk di pekan Klian Intan di Perak berbeza dengan kehidupan penduduk di Kuala Lipis di Pahang, dan sudah tentu berbeza dengan kehidupan penduduk di Pantai Dalam di Kuala Lumpur, atau kehidupan penduduk di Tronoh atau di Kulim atau di Penor, atau di Kemaman atau Kertih, atau diSimpang Empat Perlis... RM1,000, nilainya mungkin berbeza dikesemua tempat yang saya catatkan .... Harga makanan sepinggan nasi campur di Klian Intan, Simpang Empat dan di Kuala Lipis mungkin lebih murah jika dibandingkan dengan harga nasi campur diPantai Dalam atau di Kemaman dan Kertih..

Apa pun, kos kehidupan sudah pasti akan terus meningkat dan saya tidak nampak bagaimana kos kehidupan ini akan mengalami penurunan.. Mungkin juga jika kerajaan "memberikan" subsidi-subsidi tambahan, mungkin kita mampu mengurangkan kos-kos kehidupan kita. Mungkin juga jika kerajaan "melegakan" kadar cukai kenderaan, kita mungkin dapat nilai yang lebih hasil "penjimatan" pembelian kereta dan seterusnya mempunyai lebihan nilai duit untuk dibelanjakan...

Saya berpendapat sudah tiba masanya untuk kerajaan mengkaji semula dasar ekonomi negara serta struktur-struktur pencukaian, disamping mengkaji semula pelan-pelan rangsangan ekonomi dengan cara yang lebih menyeluruh.. Saya masih lagi tidak nampak sebarang langkah innovasi daripada kerajaan untuk merangsang ekonomi dengan lebih berkesan, dan kebanyakan idea perlaksanaan ekonomi kerajaan saya lihat lebih kepada "adaptasi" daripada sistem ekonomi barat kapitalis yang lebih bersifat sistem ekonomi debit... Mungkin sistem ekonomi yang sedia ada sudah tidak mampu untuk terus bersaing dengan kepantasan pembangunan teknologi untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi secara realistik dan akan menyebabkan berlakunya ketidak seimbangan ekonomi dan setrusnya menyebabkan ketidak seimbangan politik...
Perkembangan teknologi komunikasi yang pesat seperti internet, handphone, video conferencing dan sebagainya telah merangsang suatu "budaya" perniagaan yang baru yang lebih "pantas" dan lebih mencabar dan sudah tentu suatu sistem ekonomi yang mantap amat diperlukan untuk menyokong perkembangan komunikasi ini...
Apa pun, saya berharap keadaan ekonomi yang sedia ada akan menunjukkan perubahan positif dan pulih dalam tahun 2009 ini... Saya sudah mula melihat terdapatnya kesan-kesan tidak langsung kegawatan ekonomi ini yang agak negatif dan ianya menunjukkan trend-trend yang agak membimbangkan... Keadaan ini juga bertambah "parah" dengan kebimbangan terhadap selsema HN1 dan mungkian akan menyebabkan kesan negatif yang lebih buruk lagi... Mungkinkah kita akan melihat suatu perubahan positif dengan kedatangan bulan Ramadan pada bulan Ogos nanti? Harap-harapnya.....

Friday, May 8, 2009

Happy Mothers Day - Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu... especially to My Mother, to my wife who is also the mother of my children, my mother in law, my sister who is a mother to her daughter, my auntie, my aunt, my sister-in-law, and all mothers around the world... happy mothers day

zwani.com myspace graphic comments


zwani.com myspace graphic comments







Friday, May 1, 2009

My Guitar Want to Sing

Happy Labours Day ... have a nice weekend and nice holiday everyone....

Thursday, April 23, 2009

comments on Che Det blog

I was just finished reading the blog of Che Det ECONOMIC INDICES AND THE WEALTH OF NATIONS and after reading the article posted some comments on the blogs, so i just want to share some of the points I have posted ...While i agree with your all the point including the point no. 15, I just wondering why we still have these kind of economic instrument in our country?

1. If we tend to follow the US or other credit-friendly capitalist financial and economic system which more oriented towards debts and loans, would it not be the risk that sooner or later we will have the same fate of those economies?

2. I am very interested in the Dinar Emas economic system, but I believe even if Dinar Emas system is being applied with strong affinity to credit base system, the system may suffered a same economic fate as what we have seen today... recession ...

3. I think, the economic recession is really a some sort of mechanism that being driven "naturally" to balance the imbalance in the economy. It is like the thermodynamic of economy, when there is imbalance in the credit, A "recession" will happen to balance the "credits" vs "debits" and thus put the system into equilibirium again..

4. Thus, when recession occurs, the economic system is actually just doing what will all the most natural driven system do, to balance the system, and in the economics, maybe there is too much imbalance of "credit" compared to "debit"...

5. What is more worrying is that, we are more and more becoming a capitalist country that we "do not" want to be and instead of looking for a more creative ways to manage our economies and to develop our financial activities...

Well, we are 4++ months in 2009, and the recessions really begin to give a reality bite to our economic situation.... business is seen to be slowing down and there has been so little excitement in the business activities... Hopefully there is a positive changes in these stormy economic whether soon....

Thursday, April 9, 2009

Gambar Kabinet Baru Malaysia - 2009

Tahniah kepada Datuk Seri Najib diatas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri. Juga kepada semua menteri-menteri serta timbalan-timbalan yang telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab yang besar untuk memacu negara Malaysia disaat-saat dunia mengalami keadaan kegawatan ekonomi yang besar. Mungkin saya agak terkejut dengan perlantikan beberapa muka baru dalam senarai tersebut, tetapi saya merasakan sebagai rakyat Malaysia, kita mesti maju ke hadapan. Beberapa tahun kebelakangan ini, saya merasakan bahawa terlalu banyak aktiviti-aktiviti yang lebih ditumpukan kepada bidang-bidang politik berbanding dengan fokus negara kepada wawasan serta aspirasi negara untuk terus menjadi pemimpin dikalangan negara-negara yang membangun.


Apa pun, berdasarkan pemerhatian saya, saya mengakui bahawa keadaan politik Malaysia hari ini sudah berubah berbanding tahun-tahun yang sudah. Permainan politik hari ini sudah menjadi semakin canggih dengan pelbagai sumber-sumber maklumat boleh diperolehi melalui internet dan media lainnya. Pergerakan informasi hari ini mungkin sudah menghampiri "the speed of light", dimana informasi-informasi dapat diperolehi dengan kadar yang lebih pantas. Jika dahulu kita mungkin sukar untuk menerima berita-berita dengan kadar sedemikian, hari ini sudah ade bermacam-macam media komunikasi yang dapat digunakan dengan meluasnya. MMS, SMS, telefon mudah alih, internet, wifi dll, semuanya membolehkan maklumat-makluamat diterima dan disebarkan dengan lebih cepat. Sepuluh tahun dahulu, saya mungkin tidak mampu untuk mencari senari kabinet yang baru diumumkan pada jam 3.00 petang tadi melalui internet, tetapi hari ini, saya bukan sahaja boleh memperolehi senarai tersebut, bahkan boleh memuat turun gambar-gambar menteri-menteri kabinet yang baru dan menyiarkannya di blog saya.


Saya yakin, keadaan politik Malaysia kini akan menjadi semakin sengit, lebih sengit dari persaingan liga EPL antara Manchester United dan Liverpool dan harapan kami sebagai rakyat, persaingan ini akan menjadi pemangkin kepada perubahan serta pembangunan negara yang terus maju dan fokus.