Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Friday, January 1, 2010

Goodbye 2009, Welcome 2010


Nampaknya sekali lagi kita akan menghadapi cabaran baru didalam tahun yang baru .... Seperti biasa, bila ada tahun baru, pasti akan ada azam baru.....

Mengimbas kembali tahun 2009, hmmm, Alhamdullillah, nampaknya aku sudah pun menjejaki angka 40 tahun... Life begin at 40?

Maksud Surah Al-Ah-Ahqaf - ayat 15 "Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa, "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri."

Nampaknya dalam surah ini pun Allah mengingatkan kita tentang umur, beringat bila sudah mencapai umur 40 tahun, dan mengingatkan tentang jasa ibu yang mengandungkan manusia sehingga 30 bulan....

Tahun 2009, nampaknya berlalu dengan penuh peristiwa, ekonomi negara nampaknya masih tidak menentu..... disebalik "kelibat-kelibat" petabda ekonomi seakan semakin pulih, saya sendiri masih tertanya-tanya "pulih" itu dalam kategori mana? Prestasi GDP negara dikatakan masih dibawah tahap 7% dan ini menunjukkan ekonomi belum lagi pulih sepenuhnya.

Dari pemerhatian saya, keadaan ekonomi negara memang dilihat belum pulih lagi. Mungkin ini merupakan kesan daripada kemelut ekonomi US dan dunia seluruhnya. Mungkin keadaan ekonomi sememangnya sudah berada ditapa statik dan manusia sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan ini....

Apa pun, saya sendiri merasakan secara langsung keadaan ekonomi yang agak lembab. Sebagai orang yang kerja dalam bidang swasta, nampaknya terdapat petanda-petanda bahawa "demand for supply and services" agak menurun sedikit. Tetapi Alhamdullillah, masih boleh terus "survive" pada tahap yang agak selesa.....

Nampaknya, pada hari ini, trend yang pasti ialah keadaan ekonomi akan terus berubah dan kadar inflasi akan terus meningkat. Dengan pengunguman kenaikan harga gula, apakah tahun 2010 akan menjanjikan tahun inflasi? Walaupun inflasi merupakan sesuatu yang agak subjektif, namun ianya masih perlu diberi perhatian... Almaklumlah, dalam zaman sekarang, kebanyakkan perkara memerlukan duit. Jadi kenaikan kadar inflasi pastinya menjejaskan keadaan ekonomi. Walaupun secara amnya, kebanyakkan rakyat Malaysia kini memang berduit, tetapi dalam masa yang sama juga, rasanya kenala berwaspada tentang perubahan-perubahan ekonomi semasa.....

Duit hari ini memang berbeza nilainya dengan duit 10/20 tahun yang lalu.... sebabnya terdapat perkara-perkara yang berevolusi didalam jangkamasa tersebut. Misalnya dari sudut komunikasi, 10/20 tahun dahulu, harga handphone masih mahal dengan applikasi yang terbatas, harga komputer dan laptop pun masih mahal.... tapi harga benda-benda tu hari ini adalah jauh lebih murah.... tetapi dalam masa yang sama, banyak jugak harga barangan yang semakin meningkat.... harga makanan naik, harga minyak naik, harga barangan keperluan rumah pun banyak yang naik ....

Harga minyak dunia pun nampaknya stabil sekitar USD 70 - USD 80 pada masa ini... Mungkin ini merupakan suatu "benchmark" baru untuk pemulihan ekonomi.

Apa pun saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010, semoga ianya menjanjikan tahun yang lebih cemerlang ....

Wednesday, December 2, 2009

My new book

Alhamdullillah .... Yes.. finally i have manage to publish my first book.. it is a great experience and it is really satisfying... But still, the printer haven't finish print it yet.. only 60 copies of unedited version available ...

My book, Membina Inspirasi is a book that dealt with the topic of inspiration, motivation, and about life... It is a book that discuss on the various aspects of paradigm in life, how we look at things and how we can look at those things differently....

I must also give credit to my Guest Author, Saudara Aliff Mohd Jaini who is also contributing articles and poem in this book ...

...


Then again, as the chinese proverb says;

A Journey of thousand miles start with a single step forward ....

Sunday, November 8, 2009

MEMBINA INSPIRASI

Buku Membina Inspirasi, dijangka akan berada dipasaran pada Disember ini.... Buku hasil karya Hisham bin Jabar ini membincangkan mengenai topik-topik yang berkaitan dengan pembangunan dan kecemerlangan diri. Ianya juga menyelitkan sentuhan istimewa oleh Aliff Mohd Jaini menerusi Antologi sajak-sajak dan karya pendek Aliff....

Thursday, November 5, 2009

Harga Minyak pada USD80- harga minyak yang naik atau nilai USD yang turun?


Harga minyak dunia nampaknya mula menunjukkan peningkatan mencecah nilai sekitar USD80 sejak kebelakangan ini... tetapi persoalannya, apakah harga minyak yang benar-benar naik, atau sebenarnya nilai matawang USD yang turun? Kalau benar pun nilai USD menurun, apakah relatif nilai USD tersebut dengan nilai matawang RM, dan nampaknya tak banyak perubahannya..

Berdasarkan pemerhatian saya, nilai matawang Euro ini nampaknya sudah meningkat sekitar 15% semenjak setahun yang lalu daripada sekitar 1:1.2 menjadi sekitar 1:1.4 ... Jadi apakah nilai harga minyak sebenarnya meningkat atau peningkatannya didorong oleh penurunan nilai USD?

Nilai matawang RM juga nampaknya sedikit sebanyak dipengaruhi oleh nilai matawang USD dengan peningkatan Euro terhadap RM sebanyak sekitar 12% semenjak setahun yang lalu. Nilai Euro:RM ssetahun yang lalu sekitar 1:4.5 kini sudah meningkat sekitar 1:5, menunjukkan suatu peningkatan yang mengikut trend USD..,...

Nilai USD:RM pun setahun yang lalu adalah sekitar 1:3.5, dan sekarang adalah sekitar 1:3.4... mungkin tak banyak perbezaannya...

Melihat pada status gaya kehidupan rakyat Malaysia kini (2009) jika dibandingkan dengan sekitar tahun 1980an memang agak ketara... Dulu tak ramai yang mampu pakai kereta, tak ramai yang mampu nak melancong pergi oversea dan keadaan ekonomi kebanyakkan orang agak terhad. Tapi kini boleh kata semua orang pergi melancong sana-sini... Paling kurang pun orang pergi ke Indonesia atau Vietnam untuk melancong. Dan bila kita melihat kehidupan rakyat-rakyat negara lain, nampaknya negara Malaysia ini boleh dikatakan agak menarik. Pun begitu, saban hari kita masih lagi mendengar ada rungutan-rungutan rakyat yang menghadapi masalah kekurangan duit.

Mungkinkah faktor-faktor ini berkait rapat dengan trend style kehidupan sekarang.. almaklumlah, jika sekitar tahun 1970an-1980an, hasil-hasil alam seperti ikan, sayuran dan sebagainya mungkin boleh didapati dengan mudah, dan kita pun kurang menggunakan duit untuk keperluan hidup, tetapi kini, segala-galanya bergerak dengan duit... Dulu orang tak pakai handphone, tapi kini, orang-orang semuanya ade handphone. Dulu tak ramai orang naik kapal terbang, tapi hari ini, everybody can fly .... Dulu banyak rumah tak ade "aircond", sekarang semua iorang nak pasang "aircond" dan sebagainya..... Kalau difikir-fikirkan, kehidupan kita sekarang memang agak maju dan ekslusif.... Dulu nak tengok tv memang susah, sekarang nie kat mana-mana ade tv... kedai-kedai makan pun banyak yang dah letak skrin besar kat depan kedai mereka....

Dulu-dulu pun "toilet" selalunya kat luar rumah... kekadang tu jauh jugak nak pergi "toilet"... tapi sekarang nie kebanyak rumah dah ade "toilet" kan dalam rumah... Sudah senang ... tak payah lagi pakai colok api kalau nak berhajat malam-malam... dululu kalau nak pergi "toilet" malam hari pun kena "usha" "line" dulu.. almaklumlah jamban tu punyala jauh...

Satu ketika dulu RM3000 tu memang maik ai besar gajinya, tapi kini, RM3000 tak macam RM3000 dulu... barang yang boleh beli pun dah makin sikit .... Semua barang naik... harga rumah naik, harga tanah naik, harga petrol naik.... dulu kita tak payah nak pikir nak bayar steamyx la, IWk la, hp la... tapi sekarang, tu semua dah kena masuk budget....

sekarang nie pun dah makin ramai orang mencari pendapatan "alternatif", seperti MLM dan sebagainya, tetapi banyak jugak kes-kes penipuan dan pembohongan, sehingga orang dah keliru apa itu sistem piramid, direct selling dan sebagainya ... Bila lukis pelan pemasaran tu bentuk dia macam Piramid, tapi upline kata ini bukan sistem Piramid, tapi sistem binary..... Bila dah kena mula pulak fobia dengan orang-orang "sales" .... ada yang terkena dengan "telemarketing"... ingat skim yang ditawarkan tu "free"... alih-alih datang invoice kena bayar itula, inila....

tapi masalahnya kat sekolah belum ade subjek-subjek nie... Belum ade syllibus untuk matapelajaran "skim perniagaan piramid" dan sebagainya, jadi agak sukar jugakla org-org nak faham sistem-sistem nie.... mana satu yang "halal" mana pulak yang "haram"....

Sejak akhir-akhir nie pulak pendekatan kepada sistem "perbankan" Islam juga sudah semakin popular, sehingga banyak bank-bank conventional pun memperkenalkan sistem perbankan Islam..... Ini pun keliru jugak ..... punyala banyak istilah-istilah baru keluar, mudah rabak la.. ar-rahnu la, as-taslif la dan sebagainya... memang hebat .... Banyak yang telah diperdebatkan dengan panjang dan lebar, dan konsep-konsep perlaksanaannya pun sudah menjadi semakin kompleks dan mencabar.... Mungkin masih banyak sistem-sistem ini menggunakan pendekatan "untung" conventional tetapi menggunakan "akad" dalam "jual beli" bagi memastikan ianya dibuat menurut pendekatan islam....

Apa pun masalah ekonomi nie memang agak pelik sikit... apa taknya, kalau dalam termodinamik, bila suhu dua benda tak sama, satu panas dan satu sejuk, bila ianya bersentuhan, ianya akan mencapai keseimbangan apabila dua-dua benda nie mempunyai suhu yang sama... Agak-agaknya boleh tak kita buat, letak dua orang yang kaya dan yang miskin dalam satu rumah, dan suruh diorang share expenses ikut kemapuan masing-masing, sampai kedua-duanya mempunyai duit yang sama banyak... amacam???? Boleh ke teori ekonomi macam nie???

Tuesday, November 3, 2009

Kalau tak de pekerja, macamana boleh ade bos?


Baru-baru ini saya telah dijemput untuk mendengar taklimat untuk sebuah pelan "perlaburan" untuk melabur dalam business sarang burung walit. Corak perniagaan memang menarik, pengusaha akan membangunkan suatu kompleks penternakan burung walit secara besar-besaran dengan ratusan lot rumah-rumah burung walit yang dibina seperti lot-lot kedai 3 tingkat. Cara jemputan tersebut dibuat juga bukan main manis lagi,

"Datangla encik, kami ade jamuan buffet dihotel mewah nie, untuk membuat pelancaran pelan perlaburan kami". Saya pun pergila, sebab nak dengar juga pelan perlaburan tu, mungkin boleh berbincang, manalah tahu kalau-kalau pengusaha nie nak JV ke buat perlaburan atas tanah kita kat kampung.

Tapi bila sampai dan berbincang dengan pihak pengusaha, nampaknya pelan perlaburan nie terlampau tinggi risikonya bagi pelabur. Sebuah rumah burung walit tu hendak dijual dengan kos sejuta lebih. Kalau mengikut tinjauan pasaran sekarang, harga kos pembinaan sebuah rumah kedai tiga tingkat mungkin sekitar RM300k-RM500k. Jadi, harga tersebut sehingga RM 1juta saya rasa agak mahal.

Apa pun, mengenangkan terlampau banyak pelan-pelan perlaburan yang telah ade sekarang ini, saya memang agak "skeptikal". Dulu-dulu pun sudah terdapat banyak pelan-pelan perlaburan yang nampak "menarik", tetapi akhirnya hilang begitu sahaja. Perlaburan sebanyak RM10,000, RM 50,000, RM 100,000, hilang begitu sahaja. Pulangan sebanyak 20% sebulan cuma bertahan sebanyak sebulan dua aje, lepas tu dengan duit-duit lesap. Syarikat pengusaha pun hilang begitu sahaja tanpa jejak bayangnya.

Mengapakah keadaan ini berlaku? Apakah yang sebenarnya terjadi? Apakah pelan ini memang telah dirancang sedemikian rupa untuk "menyedut" dan "meleburkan" duit pelabur-pelabur? Atau pelan-pelan ini memang pelan yang "genuine" tetapi gagal? Inilah merupakan sebahagian kekhilafan atau "grey" area yang tak selalu dibincangkan.

Contohnya, dulu-dulu ade skim Pak Man dan pelbagai yang kita tahu skimnya memang berasaskan konsep piramid atau skim cepat kaya, tapi bila sekarang nie skim tersebut di"upgradekan dan dimodified" dengan pelan-pelan perlaburan yang nampak "genuine", apakah perkara ini juga dikira "legal" atau bagaimanakah perkara-perkara ini boleh diatasi?

Kekadang nie konsep-konsep perlaburan sememangnya nampak "genuine".. contohnya perlaburan pokok jati, yang mana setiap pelaburan melabur RM3k-RM10k, lepas tu boleh dapat untung apabila pokok jati tersebut dijual konon-kononnya pada harga RM100k. Tapi apa dah jadi, habuk pokok pun tak nampak. Duit lesap aje begitu saje. Memang betul, masa kita mula masuk duit, pengusaha kata kita boleh keluar balik duit tu bila-bila masa aje. Tapi bila kita nak keluar duit, itu jam itu ofis pun sudah tutup, itu contact nombor sudah kena potong dan itu wang pun sudah hilang.

Jadi apakah yang berlaku? apakah skim-skim perlaburan/"perleburan duit" semacam ini akan terus menjadi satu lagi kemelut skim "cepat kaya"?

Apa pun, aku nie memang orang yang konservatif sikit. Kalau dalam bab-bab duit nie, memang la aku susah nak buat "decision". Dulu-dulu pun ade member ajak masuk "direct selling"/"MLM", tapi lama-lama aku pun poning. Apa taknya, masuk skim MLM, bayar RM10,000, lepas tu konon-konon dapat "insentif" melancong ke Australia.... Aik? Kalau aku nak melancong ke Australia, cuma RM2000 - RM3000 aje kos dah boleh melancong. Baik aku guna duit RM10,000 tu terus pergi melancong. Lagi banyak benda boleh beli kat sana tu.

Apapun, ini cuma pengalaman aku aje. Aku pun tertarik dengan Robert Kayosaki punya 4 kaudran of cashflow, Pekerja, Business Owner, Big Business Owner dan Investor.... Memang best jugak kalau ade financial freedom dan boleh become big time investor, tapi apa-apa hal pun, dunia nie still perlukan semua orang ....

Bos-bos perlukan pekerja... kalau tak de pekerja-pekerja, macamana boleh ade bos?
Investor perlukan business owner... kalau tak de business owner, kat mana investor nak melabur?

Big Business Owner jugak perlukan small business owner untuk support supply chain... kalau tak de small business owner, susah jugak nak meniaga...

Aku rasa setiap manusia ade aspirasi masing-masing... bukan semua orang boleh selesa nak jadi bos, dan bukan semua orang suka nak jadi pekerja... Jadi bos pun bukan senang sangat, banyak benda nak kena pikir... poning jugak kepala bos nak memikir pasal pentadbiran, keewangan dan sebagainya... jadi pekerja boleh relax sikit, tak payah nak pening-pening ....

Jadinya bos-bos nie macam artis jugakla ... Kalau tanpa peminat siapalah saya ....

Cuma, kalau tak de pekerja-pekerja, saya takdela nak jadik bos.....

Wednesday, July 22, 2009

Kalau semua nak jadi pegawai, siapa yang nak jadi kuli?

Apabila tengok perbincangan mengenai dasar-dasar membasmi kemiskinan, ketika itu juga saya terfikir, apakah dasar membasmi kemiskinan ini benar-benar berkesan? Juga setiap kail saya perhatikan perbincangan mengenai kemajuan, atau mengenai sistem pendidikan, saya masih tertanya-tanya, apakah kita mempunyai pelan yang realistik dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan? apakah definisi kemiskinan kita? apakah definisi kita mengenai kemiskinan sifar? Siapakah yang dilabelkan sebagai orang miskin? apakah kita sudah mempunyai strategi yang berkesan untuk menangani kemiskinan ini?

Apakah sebenarnya kemiskinan ini? Adakah ianya hanyalah suatu nilai subjektif yang digunakan untuk mengukur secara relatif nilai kehidupan manusia? Seorang yang dianggap miskin diMalaysia, mungkin secara relatifnya kaya jika dibandingkan dengan seorang dengan cara yang hidup serupa yang menetap di negara lain, dan mungkin juga seorang yang dianggap kaya diMalaysia, secara relatifnya dalah miskin dinegara lain? Jika seorang yang berpendapatan RM3000 sebulan, tetapi mempunyai "overhead" tetap kehidupan seperti "installment" rumah, kereta dan sebagainya sehingga RM2500 sebulan, adakah dia akan menjadi lebih miskin atau menjadi lebih kaya dengan orang yang mempunyai pendapatan RM800 sebulan, tetapi tidak mempunyai sebarang bentuk "overhead" tetap? Bagaimana pula relatifnya seorang yang berpendapatan RM3000 sebulan tetapi menjalani kehidupan "lifestyle" orang berpendapatan RM1500 sebulan, berbanding dengan orang yang berpendapatan RM5000 sebulan, tetapi menjalani "lifestyle" RM8,000 sebulan?



Bagaimanakah kita mahu menentukan penanda aras untuk kemiskinan itu sendiri?

Saya juga kadangkala tertanya-tanya, jika kita serius untuk membasmi kemiskinan, apakah yang akan kita lakukan? Mari kita buat andaian satu penanda aras kemiskinan pada pendapatan RM2000 sebulan..... Adakah kita akan memansuhkan pekerjaan-pekerjaan yang menawarkan pendapatan sekitar RM800 sebulan yang dirasakan sedikit dan tidak mencukupi? atau adakah kita akan menaikkan nilai pendapatan tersebut kepada nilai yang lebih munasabah seperti RM2000 sebulan... Jika kita mahu memansuhkan pekerjaan yang pendapatan RM800 sebulan, bermakna kita mungkin akan memansuhkan jawatan operator, drebar, opis boy dan sebagainya ... apakah kilang dan syarikat boleh beroperasi jika jawatan-jawatan ini tidak ada didalam sesebuah syarikat atau kilang? Atau pun, kita perlu mengekalkan jawatan-jawatan tersebut, tetapi untuk memastikan mereka tidak berada didalam kategori "miskin", maka kita perlu meningkatkan pendapatan bulanan mereka sehingga sekitar RM2000 sebulan?

Jika andaian taraf kemiskinan pada tahap pendapatan RM2000 sebulan, tetapi masih ade pekerjaan yang berpendapatan dibawah RM2000 sebulan, apakah kita akan dapat mengatasi masalah kemiskinan ini? Bagaimanakah seorang yang berpendapatan RM800 sebulan dapat keluar dari "benchmark" kemiskinan RM2000 tersebut? Adakah beliau perlu bekerja ditempat lain pula supaya nilai pendapatan beliau mencecah "benchmark" RM2000 tersebut?

Atau apakah sistem ekonomi kapitalis dengan ideologi politik demokratik yang sedia ada ini perlu dirombak sedikit dengan pendekatan sosialis untuk memastikan jurang kemiskinan berada pada tahap yang minima, atau adakah dasar ekonomi Islam yang sedang rancak diperkembangkan dinegara ini mampu untuk mestabilkan keadaan ini? atau pun adakah definisi ekonomi Islam ini telah ditafsirkan dengan pendekatan kapitalis yang lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan persendirian atau pemilikan..

Secara amnya, banyak perkara didunia ini mempunyai positif dan negatifnya, dan untuk berada didalam stabil, maka kedua-dua nilai ini perlu berada pada tahap yang seimbang... Contohnya ada air panas dan air sejuk... dan ade juga air suam, yang mempunyai relatif keseimbangan suhu antara air panas dan air sejuk... didalam keadaan yang seimbang, sesuatu sistem itu akan berada dalam keadaan stabil... Jika sesuatu sistem tidak berada didalam keadaan stabil, maka biasanya akan terdapat mekanisme yang akan cuba untuk menstabilkan keadaan tersebut ... natural corrective phenomena .... Apakah sistem ekonomi juga mempunyai "natural corrective action" yang tersendiri? Dalam ekonomi, biasanya ditekankan nilai-nilai permintaan dan bekalan- "supply and demand" ... Jika terdapat ketidak seimbangan didalam "supply-and-demand", maka nilai pasaran menjadi tidak stabil dan harga akan turun-naik dan menjadi tak menentu ...

Jadi apakah inisiatif dan strategi kita untuk membasmi kemiskinan ini? Apakah formula kita? Adakah semua orang nak jadi pegawai dan jadi tokey? Adakah semua orang nak jadi jurutera, atau doktor, atau pegawai eksekutif, habis siapa nak buat kerja ikat bata, nak mengimpal besi, nak duduk kat assembely line, nak jadi cashier kat supermarket atau nak tebar roti canai pagi-pagi kat kedai? Siapa yang nak tanam padi, nak tanam jagung, tanam kopi, ternak ikan dan bela lembu? Atau pun kita kena ade satu formula supaya pendapatan-pendapatan orang-orang yang penting ini juga sedia melepasi nilai pendapatan kemiskinan dan seterusnya mereka mempunyai lifestyle kehidupan yang lebih selesa...?

Arrghhhhh ... pening kepala ...




Saturday, July 11, 2009

Harga minyak stabil diparas USD 55 - USD 65


Nampaknya harga minyak agak stabil pada julat USD55 - USD 65 dan menunjukkan nilai-nilai fundamental yang kuat. Nampaknya kesan kemelesetan ekonomi juga masih ditahap yang boleh dikatakan minimun, walau pun masih terdapat kebimbangan dikalangan rakyat terhadap kesan jangka masa panjangnya. Mungkin dalam tempoh 7 - 8 bulan ini, rakyat sudah semakin proaktif untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi ini. Memang terdapat kes-kes pemberhentian kerja oleh majikan, tetapi mungkin disebabkan faktor suami-isteri bekerja, maka impaknya mungkin masih boleh ditangani oleh rakyat. Mungkin jika terdapat kes suami diberhentikan, isteri amsih lagi bekerja dan sebaliknya, jadi sekurang-kurangnya, masih terdapat sumber pendapatan didalam sesebuah keluarga tersebut....

Perkembangan politik tanahair juga semakin rancak, dan nampaknya momentum kebangkitan pakatan rakyat sememangnya menampakkan kesan yang serius dalam pilihan-pilihanraya kecil yang telah diadakan ... Mungkin rakyat Malaysia sudah benar-benar mahukan perubahan dan sudah bersedia untuk menjadi negara maju dalam tahun 2020... mungkin juga aspirasi rakyat kebanyakkan ingin melihat sebuah negara Malaysia yang mempunyai nilai integriti serta nilai-nilai murni yang hebat. Mungkin rakyat sudah muak dengan skandal-skandal serta berita-berita "sensasi" politik yang terus mempersoalkan integriti seseorang ahli politik itu sendiri.... Rakyat sememangnya inginkan perubahan dan perubahan yang rakyat inginkan adalah satu perubahan positif yang proaktif... Rakyat kini sudah tidak boleh digula-gulakan dengan kain pelekat, atau sumbangan derma membuat jalan... rakyat juga ingin menikmati kesamarataan serta peluang-peluang kehidupan yang lebih adil dan demokrasi ....

Orang-orang Malaysia juga sudah mula mahu melancong pergi ke Perth, Bandung, Bali, mengerjakan Umrah di Mekah dan sebagainya, dan ini semua memerlukan perbelanjaan ... dengan Air Asia, everybody can fly ... Tetapi apakah ekonomi rakyat dinegara ini sudah meningkat dan apakah jurang-jurang kekayaan dan kemiskinan sudah diatasi? Teori ekonomi demokrasi kapitalisma sememangnya tidak memungkinkan suatu formula jurang kekayaan-kemiskinan yang sihat... ianya menjadi terlampau demokrasi sehingga sistem itu sendiri kadangkala tidak mampu untuk mengekalkan demokrasi itu sendiri ..... Tetapi jika Malaysia mampu kembali menghayati konsep demokrasi berpelembagaan, maka semangat kewarganegaraan itu mampu untuk mewujudkan suatu suasana yang harmoni dengan diteraskan nilai-nilai murni.

semasa saya kecil dahulu, saya masih ingat bagaimana kita dididik untuk menghayati konsep demokrasi berperlembagaan dengan penuh makna.. Kita ade bunga kebangsaan, baju kebangsaan, bahasa kebangsaan, agama rasmi, kita terus melaungkan prinsip rukunegara, tetapi, semakin kita menjadi dewasa, semuanya itu sudah mula menghilang... bilakah kali terakhir kita melaungkan prinsip rukunegara kita dengan megahnya? Bilakah kali terakhir kita menyanyikan lagu negaraku dengan suara getaran yang mengujakan?

Mungkin keadaan semasa kini amat berbeza dengan keadaan 20-30 tahun dahulu, dan keadaan ini akan meyebabkan kita semakin terlupa akan persoalan mengenai semangat patriotik... Mungkinkah kita sudah menjadi terlalu selesa, atau mungkinkah keadaan dunia hari ini telah menyebabkan priority kehidupan harus perlu difokuskan kepada perlumbuaan mencari wang untuk hidup?





Monday, June 15, 2009

Memahami Konsep Satu Malaysia......

Satu Malaysia



Kita Rakyat Malaysia,
Bersama membangunkan negara,
Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan,
Semangat Satu Malaysia,

Menjunjung rukunegara,
Harmoni sesama kita,
Menghormati dan menyayangi,
Memperjuangkan Negara,

Satu Malaysia,
Menuju wawasan yang sama,
Satu Malaysia,
Membina rakyat harmoni,

Satu Malaysia,
Membasmi kemiskinan,
Satu Malaysia,
Impian dan Harapan,