Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Tuesday, July 8, 2008

Harga Minyak Dunia Turun..........

Ye harga minyak mentah dunia turun dari harga setinggi USD 145.85 kepada USD135..... Ianya satu penurunan yang agak tinggi sepanjang minggu ini... tetapi persoalan cepu emas...
APAKAH HARGA MINYAK AKAN TERUS TURUN ATAU AKAN NAIK SEMULA?
Apakah kita akan melihat tahap stabil pada sekitar USD 130 - USD 150 atau kita akan melihat trend peningkatan harga minyak melepasi USD150 menuju USD200?
Harga minyak kini sememangnya jelas dipengaruhi oleh spekulasi dan kesan spekulasi ini menjejaskan proses penulinan dan penghasilan petrol, diesel dan sebagainya. Minyak mentah yang telah disedut keluar perlu diproses dan mendapatkan komponen-komponen petrol diesel, nafta, coke dan sebagainya. Minyak mentah "masam" (sour crude) yang banyak sulfur, perlu melalui proses yang lebih kompleks untuk membuang kandungan sulfur dan ini akan meningkatkan kos penulinan/pemprosesan minyak. Minyak mentah "manis" (sweet crude), lebih mudah untuk diproses sebab kandungan sulfur yang lebih rendah...
Terdapat satu laporan menarik dimana terdapat satu kapal tangki Fortis Oil daripada North Sea gagal dijual setelah beberapa hari disebabkan tiada pembeli mahu membeli "sour crude"... Keadaan harga minyak hari ini sememangnya banyak dipengaruhi oleh spekulasi. Jika terdapat trend baru didalam proses pelaburan, mungkin akan terdapat satu kesan kejatuhan harga minyak yang mendadak. Nampaknya, paras harga minyak sekitar USD140 sudah mula menampakkan kesan "fundamental" apabila lebih ramai rakyat US mula membeli vespa dan skooter menggantikan SUV, MPV dankereta-kereta "pemakan minyak" lain. Kereta-kereta hybrid mula menunjukkan minat pembelian yang meningkat dan ini merupakan suatu trend baru didalam industri automotid. Di Malaysia, rakyat sudah mula berfikir dengan bijak untuk tidak berbelanja melebihi keperluan dan terdapat pengurangan ketara bilangan kereta-kereta yang membanjiri jalanraya. Harap-harapnya, pengurangan bilangan kenderaan dijalan raya juga akan mengurangkan kadar kemalangan dijalanraya.
Keadaan harga minyak yang berterusan tinggi mungkin akan membawa kepada impak positif yang tidak disangka-sangka. Didalam kekalutan manusia menghadapi kesan harga minyak yang melambung dan "konon-nya" akan menjadi "doomsday scenario", mungkin akan terjadi suatu perkembangan positif yang tidak disangka-sangka. Kemungkinan ianya suatu "blessing in disguise" yang akan membawa kita ke suatu perubahan zaman baru yang mempromosikan penggunaan tenaga alternatif yang lebih meluas. Mungkin kita tidak lagi akan perlu bergantung kepada Shell, ExxonMobil, Petronas dan sebagainya. Mungkin akan hadir seorang "knight in a shinning Armour" yang baru yang akan mengubah persepsi pemikiran penggantungan kepada minyak menjadi suatu "thing of the past".... Mungkin akan bukan seorang saja "knight" yang akan muncul, mungkin ade banyak lagi "knight-knight" yang akan muncul.
Sejarah manusia banyak menunjukkan bahawa majoriti bangsa manusia itu sendiri merupakan bangsa yang tidak mudah mengalah, bangsa yang senantiasa maju bergerak kehadapan.. Bangsa yang senantiasa berada dihadapan berbanding dengan penghuni-penghuni bumi ini yang lain-nya. Dunia ini bukan hanya dihuni oleh manusia sahaja, tetapi juga oleh pelbagai hidupan dan organisma yang lain yang perlu meneruskan penghidupan mereka. Kita telah melihat bagaimana tamaddun lama manusia membina Piramid, Angor Wat, Candi Borobudur, Tembok besar negara China dan kemudiannya maju untuk membina Eiffiel Tower, menara-menara pencakar langit dan sebagainya.... Manusia juga telah berjaya menakluki teknologi komunikasi dengan bermula hanya menggunakan teknologi "smoke signal" kepada teknologi 3G dan streamyx yang canggih... Telefon bukan lagi sebuah mesin sihir yang mengeluarkan suara, ianya merupakan suatu kejayaan manusia menguasai teknologi untuk bergerak maju kehadapan...
Jika dilihat menerusi sejarah manusia itu sendiri, manusia sudah pasti akan mencari penyelesaian kepada kemelut krisis minyak hari ini. Manusia tidak akan berdiam diri dan hanya memerhatikan simpanan minyak berkurang dari masa kesemasa... Ini bukan sifat semulajadi manusia, bukan sifat khalifah yang dijadikan diatas muka bumi ini... dengan izin Allah, manusia akan menjadi lebih kreatif dan akan mencari pelbagai sumber alternatif untuk meneruskan kehidupan mereka...
Namun begitu, Malaysia juga perlu bergerak maju kehadapan..... Masa untuk berpolitik sepatutnya ditumpukan 5 tahun dari sekarang... masa berebut kuasa sepatutnya sudah berlalu... Kini masanya untuk mengotakan janji-janji manis pilihanraya... Kini masa untuk memperkukuhkan ekonomi negara, membasmi kemiskinan, menaikkan taraf pengangkutan awam... Negara mempunyai Dewan untuk membuat usul... mempunyai perundangan yang tersendiri... kenapa tidak berfikir secara kritis dalam menangani masalah minyak? Apakah protes akan berjaya menurunkan harga minyak? Atau Protes telah tetiba menjadi karnival "sure-PROTES", yang diserikan oleh persembahan kontroversi kumpulan muzik Karburater Kapcai yang telah berjaya menjadi keumpulan muzik pertama yang kena pukul disebabkan persembahan tak memenuhi citarasa penonton? Atau ianya semata-mata retorik untuk memperolehi "political milage" untuk sesebuah parti politik? Kita telah berdebat di Parlimen, kita telah berdebat di Televisyen, kita telah berdebat dijalan-jalan raya, tetap apakah kerajaan sekarang akan menurunkan harga minyak? Jika kerajaan tidak pernah berfikir dua kali untuk menaikkan harga minyak, malah membuat keputusan tersebut dalam masa hanya 3 jam, apakah kerajaan akan menurunkan harga minyak dengan tindakan protes kita? Atau apakah "diatas" akan tertawa sahaja melihat usaha-usaha pihak-pihak tertentu umpama anjing menyalak bukit?
Pada saya, PR sudah cukup dengan 5 buah negeri untuk membuktikan bahwa PR mampu menjadi alternatif kepada BN... PR sepatutnya mampu membuat pakatan ekonomi 5 buah negeri untuk saling bantu membantu dalam menegakkan ekonomi negeri dibawah pemerintahan PR. PR perlu belajar dari Tuan Guru Nik Aziz, bagaimana memajukan ekonomi negeri tanpa bantuan penuh kerajaan pusat. PR perlu berguru dengan PAS Kelantan yang terbukti mempunyai kredibiliti yang diyakini rakyat. Jika PR mempunyai mentaliti seperti BN yang mementingkan KUASA, KEKAYAAN dan KEMEWAHAN, maka saya rasa dipenggal akan datang PR mungkin tidak mampu untuk mempertahankan kecemerlangan pilihanraya mereka, tetapi jika PR dapat membuktikan bahwa mereka mempunyai waswasan yang tersendiri dan mempunyai kredibiliti yang tersendiri, maka saya yakin, rakyat akan menjadi lebih terbuka minda dan fikiran mereka untuk mengundi dengan bijak...
Tuan Guru Nik Aziz telah membuktikan bahwa harta dan wang ringgit bukanlah penentu kejayaan sesuatu kempen pilihanraya... Beliau juga membuktikan bahawa pemimpin yang baik tidak perlu senantiasa menabur wang dan sentiasa terjebak dalam kegiatan tidak bermoral. Beliau telah membuang stigma Pemimpin perlu Tamak, Kaya dan Gila Harta... Beliau telah menunjukkan kehidupan yang serba sederhana yang perlu dicontohi...
Jadi apakah harga minyak akan terus naik sehingga USD200 setong? Hmmm... jauh lari dari topik nie...

11 comments:

Anonymous said...

Bro? Kumpulan muzik tu Carburater Dung la... bukan Karboretor Kapcai... Anyway... betul juga kata bro... Kena focus on development.... Kita kena move forward... tapi protes kena tetap protes.... It is a way of voicing out your problem....

Anonymous said...

Saudara Letting... satu komen yang bernas tentang Protes nie.. Kita tengok dulu protes BERSIH, macam berjaya, tetapi malangnya penggunaan dakwat dibatalkan jua...

Kini Protes GERAMM, tak tahula apa kesannya... tetapi sejauh ini, nampaknya kerajaan buat deekkk aje.

Dasar kerajaan sekarang memang sudah melupakan rakyat termiskin.. Saya rasa harga minyak akan terus kekal...

Anonymous said...

Harga minyak nie nampaknya turun.. tetapi tak tahu la kalau dia naik balik... Dia turun seringgit tapi naik dua ringgit..

Tak tahula kalau harga minyak boleh terus stabil pada tahap bawah USD140 nie....

Anonymous said...

Saya rasa kerajaan kena lebih telus. Jika kerajaan mahu menghapuskan subsidi minyak, maka kerajaan perlu mengkaji mekanisme dan menjual petrol pada pasaran terbuka... Mungkin dengan cara itu Petronas, BHP, Shell dan ExxonMobil akan bersaing untuk mendapatkan lebig pelanggan dan seterusnya meletakkan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran...

Anonymous said...

Kalau pasaran petrol minyak dibuat secara terbuka, mungkin akan terjadi perang harga minyak dan terdapat juga "price under cutting" sesama pengusaha stesen minyak..

Hmm.. Mungkin harga minyak akan menjadi lebih murah nanti?

Danielle_Corleone said...

minyak. ya isu penting! saya ada idea tentang ini. nanti saya coretkan.

Letting the time pass me by said...

man kanan
Apa-apa la... janji jangan sampai kena pukul lagi udah le...

pemerhati bebas
susah rasanya kerajaan sekarang nak menurunkan harga minyak... makin naik ada la...

blomberg kampung
Nampaknya dua tiga hari nie harga minyak masih dibawah USD140...

desa jaya
Kalau pasaran minyak petrol terbuka, mungkin harga minyak akan jadi lebih murah...

misssti
Kalau harga minyak petrol murah pun, mungkin lebih RM2.00 seliter juga harganya...

Danielle_Corleone
memang serius nie.. tetapi apakan daya, kerajaan dan pemimpin lebih sibuk berebut kuasa...

Anonymous said...

sy harap btulla negara kite ni ikhlas mcari alternatif lain sumber tenaga selain minyak..huhu

melayuangkat said...

Assalamualaikum,

Negeri Kelantan memang Unik. Identiti mereka pun unik. Mereka mereka, orang orang Melayu Kelantan, yang Mak Cik pernah bergaul dan bersahabat rata rata kebanyakkan mereka adalah 'materialistik'. Lebih kebendaan dari orang KL sendiri.

Jadi, adalah tidak betul jika kita fikir mereka tidak fikir keduniaan seperti Tok Guru mereka. Tok Guru mungkin bersifat tak keduniaan tetapi Mak Cik rasa ramai yang setuju dengan Mak Cik tidak semua rakyat Kelantan sealiran fikiran dengan Tok Guru mereka dalam hal ini.

Kita terpaksa mahu keduniaan sebab kita semua masih hidup dalam dunia dan agama pun mengajar kita supaya berkerja kuat seolah olah kita hidup selamanya.
Dan beribadat juga dengan tekun seolah olah kita akan mati esok harinya.

Jadi pada pendapat Mak Cik yang terbaik adalah kesederhanaan dalam segala apsek kehidupan kita. Kita mesti terus mempebaiki DIRI KITA dahulu,menegur diri kita, mencari kelemahan pada diri kita.

InsyaAllah, kita akan selamat jika Negara kita selamat. Negara yang selamat adalah kerana rakyatnya yang bertanggungjawab dan Pemimpin yang berwawasan.

Seseorang Pemimpin mesti bijak dan ada pandangan jauh untuk rakyat dalam semua apspek kehidupan dunia dan akhirat. WaAllahuAlam.

Mogen Ali Rico said...

harap harga minyak turun ..harga minyak kat mesia pon turun jugaklah..

Anonymous said...

hishamjabar.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading hishamjabar.blogspot.com every day.
payday loans bc
online payday loans