Harga minyak semalam (Rabu - 2 Julai 2008), melonjak ke paras tertinggi melepasi USD 144 setong, dalam pasaran niaga yang disokong oleh kekurangan bekalan dan spekulasi mengenai kekurangan bekalan minyak dimasa hadapan akibat daripada tekanan Israel terhadap Iran dan perkembangan lain di Nigeria dan Venezuela. Ketidak stabilan politik dibeberapa wilayah pengeluar minyak terus mengakibatkan wujudnya sentimen kebimbangan terhadap berkurangnya bekalan minyak dan terus melonjakkan harga minyak melepasi USD144 setong.
Kebanyakkan analisis berpendapat bahawa harga minyak mampu bertahan pada tahap dibawah USD140 semenjak bulan lepas, tetapi perkembangan termutakhir ini terus membuktikan bahawa harga minyak terus melonjak dan melakarkan rekod-rekod harga tertinggi dengan bebas dengan harga minyak menampakkan potensi untuk melonjak kepada nilai sempadan USD150 setong.
Didalam keadaan sekarang, kita mungkin tidak lagi bertanya soalan apakah nilai minyak akan menjangkau harga USD200 setong. Tetapi mungkin persoalan yang lebih tepat ialah BILAKAH HARGA MINYAK AKAN MENCECAH USD200 SETONG?
Pada tahap USDRM200 setong, harga petrol tanpa subsidi akan mencecah sehingga RM5 - RM7 seliter dan ini akan memberikan cabaran kepada negara. Dan jika mengambil kira faktor-faktor peningkatan harga minyak tahun ini, harga minyak mampu mencecah USD200 setong selewat-lewatnya dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Ini bermakna, jika trend kenaikan harga minyak terus konsisten dengan kadar kenaikan harga semasa, kita akan melihat harga minyak pada tahap USD200 setong selewat-lewatnya dalam bulan Januari 2009 atau mungkin seawal bulan Oktober 2008 tahun ini?
Jika keadaan ini berlaku, nampaknya rakyat Malaysia terpaksa melalui suatu perubahan fasa ekonomi yang sangat-sangat menyeluruh. Dengan harga minyak yang melambung tinggi dan tanpa inisiatif tenaga alternatif yang kukuh, kemungkinan yang paling jelas ialah berlakunya kelembapan pertumbuhan industri berasakan tenaga dan mungkin Malaysia akan mengubah arah pembangunan kearah sektor-sektor asas tani yang kurang menggunakan tenaga dan sumber minyak.
Kemungkinan lain yang akan berlaku termasuklah perubahan arah pelaburan yang mungkin akan beralih arah tertumpu kepada negara-negara ynag mempunyai sumber minyak yang melimpah seperti diTimur Tengah. Terdapat kemungkinan dengan peningkatan harga minyak sehingga USD200, pelabur-pelabur akan menjadi lebih berminat untuk melabur dikawasan-kawasan yang mempunyai sumber minyak yang murah untuk mengambil kesempatan terhadpan kos operasi yang lebih murah. Bagi negara-negara yang tidak mempunyai sumber minyak yang mencukupi, harga yang tinggi akan menyebabkan kos operasi perkilangan akan meningkat dan menyebabkan minat untuk melabur dalam industri-industri yang memerlukan bekalan sumber tenaga yang tinggi akan terjejas. Industri-industri berasaskan plastik yang memerlukan bahan mentah berasaskan petroleum dan miyak juga mungkin akan mengalami penghijrahan kepada negara-negara yang mempunya sumber minyak yang selesa.
Jadi apakah nasib negara Malaysia jika harga minyak menceah USD200 setong dalam masa 4 - 6 bulan lagi? Apakah nasib sektor-sektor pekerjaan? Mampukah industri-industri terus bertahan dan terus menjana pengeluaran?
Dalam keadaaan sekarang, Malaysia memerlukan suatu pelan perancangan yang mantap dan jitu untuk menghadapi cabaran ekonomi yang baru. Ianya bukan suatu cabaran ekonomi global tetapi lebih kepada cabaran jati diri negara itu sendiri. Ianya merupakan suatu cabaran untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang mampu berdiri dengan sendiri dan menjana kekuatan dalamannya untuk mengahadpai cabaran baru kenaikan harga minyak. Negara Malaysia perlu menjadi lebih proaktif untuk menentukan masa depan bangsa dan negara. Proaktif terutamanya dalam menyusun semula kepentingan-kepentingan semasa yang bukan lagi tertumpu kepada pertumbuhan pembangunan. tetapi lebih tertumpu kepada kebolehan untuk berjuang untuk terus hidup. This is a case of survival, and no longer a case of building the wealth. Pada tahap harga minyak mencecah USD200 setong, kerajaan perlu mempunyai kesedaran yang menyeluruh bahawa terdapat priority baru yang perlu diberi perhatian dengan segera supaya ianya tidak menjadi suatu malapetaka nasional.
Apakah kerajaan Malaysia sudah bersedia menghadapi cabaran ekonomi harga minyak menjangkaui USD200 setong? Adakah negara sudah mempunyai langkah-langkah kontigensi yang akan diambil dalam menghadapi situasi ekonomi yang meruncing? Apakah langkah-langkah kontingensi itu merupakan langkah-langkah effektif dan berkesan? Apakah langkah-langkah kontigensi ini akan membantu rakyat untuk berada dalam keadaan situasi yang stabil dan situasi yang tenang. Apakah langkah-langkah ini tidak akan menimbulkan kekalutan atau senario rasa cemas didlam negara?
Masa kini menjadi kian suntuk untuk Negara melakukan persediaan yang rapi menghadapi cabaran ekonomi baru ini dan jika langkah-langkah yang terbaik tidak dirangka, maka negara akan mengalami suatu keadaan yang sangat mencabar. Tetapi apa yang lebih-lebih membimbangkan ialah, jika kita masih belum sedar bahawa terdapatnya suatu cabaran ekonomi yang amat besar dimasa hadapan, dan kita sedang menuju pantas ke arah cabaran ekonomi tersebut.
Bibit-bibit cabaran ekonomi tersebut sudah mula dirasakan oleh segenap lapisan masyarakat, dan tahap kesan-kesan negatifnya telah dapat dirasai. Berdasarkan maklumbalas umum, impak kali ini memang amat-amat membimbangkan. Ianya bakal melibatkan pertumbuhan negatif ekonomi yang besar sehingga penguncupan sehingga melebihi 30% pada tahap ekonomi mikro. Oleh itu mungkin pemimpin-pemimpin negara seharusnya menumpukan perhatian terhadap senario ini dan melupakan seketika pergelutan untuk merebut kuasa pemerintahan negara......
6 comments:
“Inflation ?? Women & Micro Economy, The Dinar & Dirham Solution”
Penceramah: Umar Vadillo (Cendikiawan Islam Sepanyol)
Tempat: Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara Kuala Lumpur.
Tarikh: 6 Julai 2008 (Ahad)
Waktu: 5 petang.
Semua dijemput hadir....
Tak yah tunggu nanti2 datang la tu...
hm minyak lagi kan..seryes ni:(
nadzri
Thanks for the information...
Danielle_Corleone
Yela.. sebelum datang nie la nak kena bersedia terutamanya dari segi cabaran psikologi supaya tak kelam kabut dan sentiasa didalam perspektif..
Kerajaan sekarang nie memang semakin bercelaru... nie sekrang kes DSAI dan DN ... Tak tahula apa nak jadi.. Malaysia nie dah menjadi semakin kusut masai..
Princess,
Perkara ni memang serius, tetapi saya rasa kerajaan Malaysia terlampau asyik bergelut dengan kuasa menyebabkan mereka tidak nampak isu-isu ini....
Almaklumlah, masing-masing masih kaya, dan kerajaan masih ade duit.. Kalau kerajaan tak de duit, naikkan saja cukai atau potong aje subsidi..
Yang susah adalah orang-orang yang berpendapatan rendah... mereka nie nak blogging pun tak mampu untuk mencurahkan masalah.. At least middle income group mostly ade channel untuk blogging untuk menceritakan masalah mereka.. Golongan yang berpendapatan rendah nie? Siapa yang nak tolong tengokkan?
Assalamualaikum dan Salam Rejab 1429.
Alhamdulillah kita masih diizink menjejaki awal Rejab 1429.
Semoga hidup kita akan terus diberkati Allah swt dengan limpah Taufik, Hidayah dan Rahmatnya.
Pasal harga minyak sedunia ini memang membimbangkan kita. Tak dapatlah dibayangkan kalau harganya mencecah US200 setong dan tidak mungkin akan turun turun.
Mahu tak mahu kita kena bersedia hadapi kemungkinan ini. Persiapan dalam segi cara cara alternatif kepada petrol semata mata, penyediaan pengangkutan awam yang lebih cekap dan canggih bagi menggalakkan lagi orang ramai memilih cara ni terutama bila bekerja di bandaraya besar. Dan lain lain cara yang patut rakyat semua fikirkan dari SEKARANG.
Yang sebenarnya hal hal beginilah yang patut kita focuskan tenaga dan fikiran seluruh rakyat Malaysia tidak kira pemimpin atau rakyat.
Tapi yang sedihnya kita terlalu dibuai dan disajikan dengan terlalu banyak andaian dan teori teori yang hanya membazirkan masa dan tenaga dan mengayakan lagi syarikat syarikat telekomunikasi bila sms bertukar handphone macam kilat. WaAllahuAlam.
melayuangkat
memang... yang untuk syarikat telekomunikasi yang menguruskan sms-sms kita... sekali harga minyak naik mahu dapat dekat bermillion-million....
Post a Comment