Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Sunday, July 13, 2008

Peralihan kuasa dan peralihan ekonomi dunia

Kenyataan Pak Lah untuk memindahkan kuasa kepada Dato' Najib dalam jangkamasa 2 tahun pada 2010 telah menimbulkan pelbagai reaksi... sejurus selepas mengumumkan pelan perlihan kuasa beliau, beliau dikatakan telah diberikan "standing ovation" oleh ahli-ahli UMNO yang hadir didalam perhimpunan tersebut... ... biasanya orang yang nak bersara, orang mesti sedih dan berasa akan kehilangan ketokohan seorang pemimpin, tetapi apabila Pak Lah mengumumkan persaraan-nya, beliau telah diberikan "standing ovation"....

Mungkinkah semua orang UMNO benar-benar menanti bilakah Pak Lah akan bersara? Jadi apabila sahaja Pak Lah mengumumkan keputusan itu, secara spontan ahli-ahli UMNO terasa teruja dan terangsang dengan situasi tersebut dan telah memberikan "standing ovation" kepada Pak Lah... Atau mereka memberikan "standing ovation", kerana Pak Lah telah melakukan sesuatu yang terbaik untuk negara? Tak tahula... tapi itu yang saya dengar daripada media.

Saya sebenarnya sememangnya hormat dengan kebolehan politik Pak Lah... Mungkin beliau tidak menunjukkan karisma untuk berada setaraf dengan Tun Dr. Mahathir dimata dunia, tetapi beliau tetap membuktikan bahawa beliau sememangnya manusia yang bijak dalam hal-hal politik Malaysia dan beliau juga sebenarnya mempunyai kesemua ilmu-ilmu politik Malaysia dihujung jarinya... Beliau tidak perlu melalui jalan-jalan sukar seorang "rebel" seperti Tun Mahathir yang terpaksa berhempas pulas berjuang dengan seribu satu macam liku-liku perjuangan, terpaksa berdepan dengan pelbagai halangan-halangan, dipecat dari UMNO dan sebagainya... Beliau menunjukkan bahawa, politik tidak semestinya didasarkan pada sifat "penentangan" dan boleh dilakukan dengan cara menurut... Saya pernah membaca buku Revolosi Mental, yang mungkin ada sedikit persamaan dengan Malay Dilema, ,membicarakan hala tuju bangsa Melayu tetapi buku-buku tersebut tidak mampu nak saya habiskan disebabkan pada masa itu saya lebih sibuk nak mengulangkaji pelajaran.. Sekarang nie, minat membaca buku-buku persoalan pandangan ini sudah semakin berkurangan disebabkan komitmen kerja lainnya...
Jadi apakah peralihan kuasa 2010 akan menjadi kenyataan? Itu merupakan suatu soalan yang sukar dijawab, kerana pelan peralihan kuasa itu pun tidak diperincikan. Kita juga bukan ahli nujum yang boleh meramal masa hadapan dan jangkamasa dua tahun adalah terlalu lama dan pelbagai peristiwa boleh berlaku dalam jangkamasa yang sebegitu panjang. Tetapi apakah Datuk Najib mampu bertahan sebegitu lama, dengan keadaan politik kini yang semakin meruncing dan kritikal. Keadaan politik Malaysia hari ini bukan lagi seperti di era tahun-tahun majoriti 2/3 BN, bahkan ianya sudah menjadi suasana politik yang genting dengan keadaan politik yang tidak menentu. Ianya diburukkan lagi dengan keadaan ekonomi dunia yang sudah semakin panik.
Kenaikan harga minyak yang jelas dipengaruhi oleh kegitan spekulasi dan dagangan psikologi berbanding asas permintaan serta kos pengeluaran minyak merupakan petanda awal bahawa terdapat ketidak seimbangan ekonomi yang ketara. Terdapat lebihan kuasa membeli yang agak tinggi dikalangan peniaga pasaran-pasaran modal yang menyebabkan lebih banyak wang dilaburkan didalam sektor komoditi yang selalunya kurang menarik perhatian. Peralihan minat niaga terhadap pasaran komoditi mula menunjukkan kesan yang bercampur-campur diawal tahun 2000 dengan kelebihan kepada negara-negara membangun kesan ini sudah mula menunjukkan kesan negatif terhadap keseluruhan ekonomi dunia dengan meningkatnya harga minyak dengan agak mendadak. Dengan alternatif pembelian yang semakin berkurangan dan dengan pasaran modal yang berlebihan, lama kelamaan aliran pelaburan sudah mula memasuki pasaran komoditi dan akhirnya telah mula menjadikan komoditi minyak sebagai barangan pelaburan utama yang kini sudah semakin aktif berlegar mencecah sehingga USD145 setong.
Dalam mengahadapi peralihan kuasa ekonomi, mungkin kerajaan perlu mengambil langkah-langkah yang lebih strategik dengan mula memberi perhatian terhadap kawalan penyusutan nilai ringgit. Pasaran matawang Euro ternyata merupakan pasaran yang lebih stabil pada masa kini dan negara-negara Eropah sebenarnya mempunyai polisi yang sangat kehadapan didalam menangani isu-isu berkaitan minyak dan alam sekitar. Kebanyakan negara-negara Eropah telah mula memperkenalkan dasar-dasar yang mengurangkan penggantungan terhadap minyak dan mula meneroka teknologi-teknologi baru didalam tenaga alternatif.
Jika benar ramalan bahawa US akan mengalami kejatuhan ekonomi yang teruk, tidak semestinya Malaysia juga terpaksa mengikut jejak US untuk mengalami kemerosotan ekonomi. Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang lebih kecil dengan penduduk sekitar 27 juta orang, dan keadaan ini membolehkan keadaan ekonomi Malaysia mampu dipantau dengan lebih effektif dan berkesan. Apabila US mengalami kelembapan ekonomi, maka nilai ekspot negara ke US akan berkurangan dan ini akan menjejaskan pendapatan negara. Tetapi, jika Malaysia sudah mula membuka perniagaan ke Eropah, maka mungkin nilai eksport negara tidak akan terjejas dengan teruk. Mungkin pasaran-pasaran membangun yang lain seperti India dan Cina akan memberikan mekanisme penimbal yang mampu menyerap kesan kelembapan ekonomi US. Keadaan ekonomi dunia yang lebih global dan lebih meluas pada masa kini yang lebih terbuka dan bergerak dengan lebih pantas mungkin merupakan kunci utama untuk menimbal kesan negatif kelembapan ekonomi US. Tidak seperti keadaan ditahun-tahun 30an dan 70an, keadaan komunikasi dunia kini adalah sangat jauh berbeza. Perniagaan dijalankan dalam jangka yang lebih pantas dan transaksi boleh dijalankan secara online dengan lebih berkesan. Jika semua pihak sudah bersedia untuk menghadpai kesan kelembapan ekonomi US, maka ada kemungkinan kesan kelembapan ekonomi US akan menjadi satu lagi fenomena Y2K yang mana dunia bersedia menghadapi krisis tersebut dan berjaya mengatasinya tanpa sebarang kejadian buruk yang ketara.
Namun begitu, sebarang risiko boleh mendatangkan bahaya dan walau pun semua langkah-langkah telah diambil untuk mengurangkan risiko tersebut, bahayanya masih tetap ada. Krisis ekonomi US yang dijangka akan berlaku juga akan terus menjadi risiko yang tinggi terhadap ekonomi negara, dan ianya sebenarnya sudah mula menampakkan kesan negatif dengan kenaikan harga minyak yang tidak menentu, sebahagian faktor tersebut ade kaitannya dengan kejatuhan nilai dollar Amerika...
Dalam situasi ekonomi yang genting, negara perlu memastikan bahawa bekalan makanan tidak terjejas. Negara perlu memastikan bahawa rakyat sentiasa mempunyai bekalan makanan yang mencukupi termasuklah bekalan air yang mencukupi. Negara perlu mengadakan perancangan strategik untuk memastikan bekalan makanan serta bekalan air sentiasa mencukupi. Ini akan dapat membantu negara daripada menghadapi krisis makanan. Negara juga perlu memastikan bekalan perubatan dan bantuan kesihatan juga mencukupi. Dengan bekalan perubatan yang mencukupi, negara masih mampu untuk terus bersaing. Negara juga perlu memastikan bahawa terdapat sumber-sumber tenaga yang mencukupi untuk terus membekalkan tenaga kepada industri, komersial dan penempatan. Apabila keadaan ekonomi menjadi lembap, maka secara amnya kegiatan ekonomi juga menjadi berkurangan. Oleh itu kerajaan mungkin perlu memastikan bahawa terdapat suasana ekonomi yang positif yang mampu menjana pendapatan rakyat, dan memastikan bahawa kadar pengganguran dikurangkan pada tahap yang minima.
Bagi orang-orang berpendapatan sederhana seperti saya, yang suatu ketika dulu diajar hidup kais pagi makan pagi, mungkin kita terpaksa kembali kepada asas sesebuah ekonomi. Dalam suasana ekonomi yang muram, keutamaan ekonomi adalah keperluan untuk survival dan bukan lagi tertumpu kepada memperbaiki kehidupan yang lebih baik. Kekayaan dan kestabilan ekonomi adalah bersifat sementara. Ianya merupakan barang pinjaman semata-mata. Wang ringgit dan harta merupakan suatu asset yang tidak mutlak dan nilainya boleh berubah-ubah mengikut masa. Ada kalanya wang yang banyak hanya menambahkan beban dan bukan lagi bersifat kelebihan. Namun begitu, kehidupan mesti diteruskan dan masih banyak lagi nilai-nilai positif didalam dunia ini yang lebih menggembirakan dan penuh pengertian berbanding nilai sekeping kertas yang melupakan manusia kepada maruah dan harga diri...

15 comments:

Anonymous said...

Bro... lepas posting lagu cintan terus posting cerita heavy nie pulak... Memang power...

Anyway... saya pun ada jugak dengar tentang kedatangan "economic recession", tapi tak tahula apa nak buat... Just contine with our normal life...

Anonymous said...

Betul ke Pak Lah turun tahun 2010? Boleh ke percaya? Once bitten twice shy....

Snowflake said...

Assallamualaikum
Betul kata mat timbang kati. Mendadak sekali pusingan anda.
Artikel anda memang bagus banget dih.. teruskan perjuangan anda dengan tulisan2 yang bernas ini yea..
Recession or no recession, what else could we do, life has to go on.
Wassallam

man_helang said...

salam saudara...

aku lebih suka mengamalkan sikap tunggu n lihat sahaja, sambil2 tu 'bantai2' kiri n kanan tang mana2 yg patut...nak percaya sesangat pun susah (dgn sikap flip flopnya) kalau tak percaya kang...dia tu seorang pemimpin, kalau rakyat tak percaya kat pemimpin, nak percaya kat sapa lg???

Unknown said...

Salam

Isu Peralihan Kuasa:
Bunyi macam baca komik je. Terbayang Nie Feng sedang melancarkan Hikmat Peralihan Kuasa ke atas Pendekar Tanpa Nama...! Hahahahaha

Isu Peralihan Ekonomi Dunia:
Masa bulan puasa ada tak sesapa yang mati kerana berpuasa? Takde kan...? Mati kerana banyak makan memang ada. Selama ni kita memang terlebih makanan dan terlebih makan. Nafsu perut kita cukup tinggi. Marilah kita berlatih untuk berpuasa. Duit jimat, pahala dapat, kesihatan pun meningkat, insyaallah.

Isu posting lagu chenta...
Bahawasanya cinta dunia itu penuh dusta dan pora-pora. Tapi, kalu setakat sesekali melayan selagu dua dengan rakan-rakan di balkoni sambil mengusyar awex-awex cun yang lalu-lalang, rasanya ia tidak menjejaskan sekali proses peralihan kuasa dan ekonomi itu. Ia sekadar melelapkan kita sesaat dua di dalam lena yang biru.

Pok Kam said...

Assallamualaikum,

An old friend (senior than me) once told to me back in 1998, "One should wear a hat best fitted to his head". I understood it's meaning but then never gave it a much thought until recently.

Now it's high time I should heed his advice again .... sigh.

Oh and about the PM whether he will really relinquish his post to his 2nd in command, I 'll give him the benefit of the doubt.

Letting the time pass me by said...

Hi all... thanks for dropping by at my blog...

mat timbang kati
Lagu cintan tu cuma nak bagi cool down sikit... kekadang saje nak layan mood...

Economic recession nie memang kena berhati-hatila.. jangan sampai terduduk...

dollah
Saya pun tak berapa yakin dengan pelan Pak Lah... let us wait and see....

snowflake
Yes.. recession or no recession, life msut go on and we need to keep on going...

man helang
masalah Pak Lah nie, dua suka membuat flip flop yang terlampau... seolah-olah dasar-dasar dia boleh berubah-ubah dan nampak tiada fokus... Kita tengok ajela 2010 nanti...

cmk
Hmmm... Penjejak Badai "bila keranda diusung barulah kau bercucuran airmata"...

Memang elok kalau boleh amalkan puasa.. puasa Isnin-Khamis ... lama dah aku tak buat tu...

Balkoni tu kisah 10-15 tahun yang lampau. zaman-zaman ... posting lagu cinta, seakan "lena diulit mimpi"...

pok kam
Well, hopefully there will be some positive development in the economic and political situation in Malaysia... the current senario is really not too good at the moment...

Hawk Tan said...

Salam,

Hanya masa yang akan menentukan sesuatu kebenaran dan hanya masa sahaja yang akan menyembuhkan situasi di negara kita.

Entahlah 2 tahun boleh ke?

Nice article and blog.

Anonymous said...

Ohh, hi there... thank you for commenting in my blog....

My command in Bahasa is not that good, so maaflah kalau ada salah dan silap.

Pak Lah ni, cakap tak serupa bikin. Saya agak gusar dengan apa yang sedang berlaku di arena politik Malaysia. Semakin lama, semakin tidak terkawal, dan semakin lama, semakin menyusahkan rakyat jelata.

Saya tidak tahu sama ada peralihan kuasa akan berlaku kerana Pak lah adalah seorang yang sentiasa cakap tak serupa bikin, dan dari pemerhatian saya, dia adalah seorang yang sentiasa hauskan kuasa dan langsung tidak ambil peduli pandangan orang-orang di sekelilingnya serta tidak langsung ambil peduli tentang rintihan rakyat.

Adakah peralihan kuasa akan berlaku bila tiba masanya, tiada siapa yang tahu, dan kita mesti tunggu dan lihat. Tetapi dalam jangka masa itu, rasanya, rakyatlah yang akan terus merana dalam keadaan yang serba tidak stabil ini.

Bagi saya, kalau saya makan 1-2 kali sehari pun tak apa. Tapi bagaimana dengan orang-orang yang sememangnya miskin dan hidup merempat?

Macam mana orang-orang yang tergolong dalam kategori miskin ini hendak meneruskan kehidupan apabila ekonomi sekarang tidak baik dan ahli-ahli politik cuma turun padang apabila pilihanraya sudah dekat dan beraksi untuk kebaikan rakyat semata-mata untuk berkempen sahaja?

Cleffairy: Orang miskin semakin miskin, orang kaya semakin kaya, orang lemah semakin lemah, orang yang berkuasa pula semakin berkuasa dan menindas yang lemah.

azlishukri said...

Pak lah cuba menguji..sejauh mana ahli UMNO menyokongnya..

Letting the time pass me by said...

Thanks all for commenting..

hawk tan
Saya rasa Pemimpin Malaysia kini tidak seperti pentadbiran di era Tun Mahathir yang berani menongkah arus dan membuat keputusan yang berani. Pemimpin yang ada hari ini hanya berani mengikut aliran mainstream dan tidak berani untuk berfikir melawan teori kapitalist..

cleffairy
Thanks for commenting in my blog. Saya rasa awak mempunyai kefahaman bahasa Malaysia yang bagus.. Saya tak mempunyai masalah untuk memahami tulisan awak...

Ekonomi kapitalis semestinya bersifat sedemikian, yang mkaya semakin kaya dan yang miskin papa kedana.. Itu asas kepada kapitalis.. Tidak mungkin idea kapitalis bertukar menjadi idea sosialis yang mengutamakan kesejahteraan sosial...

Sebab itu kita merasa khuatir sebab ade kemungkinan peratusan orang miskin akan menjadi bertambah ramai diMalaysia, disebabkan kenaikan harga minyak...

mohammad azli shukri
Ya ini strategi politik Pak Lah.. tetapi Pak Lah kena ingat, jawatan PM nie satu amanah dan bukan satu anugerah... ianya perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan penuh ikhlas,...

Kerajaan Rakyat said...

salam Letting ....

Mencuit posting saudara, saya mencerna agenda peralihan kuasa 2010 oleh Abdullah Badawi sebagai satu episod dalam drama yang panjang.

Ia tidak lebih hanya satu plot pembelian masa bagi melengkapkan senjata buat khairy oleh pengarahnya sendiri - Abdullah Badawi.

Salam takzim

A t i Q a h said...

Lama lagi 2010 tu. Macam-macam boleh jadi.

Mohd Nadzri Kamsin said...

Amerika memang dijangka untuk mengalami kemelesetan sekali lagi. Tapi lebih besar.

Suatu hari nanti, saya akan tulis lebih lanjut tentang perkara ini dalam blog saya.

Letting the time pass me by said...

kerajaan rakyat
Pak Lah nie, ilmu poltiknya memang sukar diduga.,.. kalau tidak masakan dia boleh menjadi Perdana Menteri... Tetapi nampaknya ilmu pentadbiran yang telah ditonjolkan agak mengecewakan...

atiqah
Memang lama lagi 2010 tu, dan macam-macam boleh jadi.. maybe kita ade TPM baru kut dalam tahun 2010...

nadzri
bagusla kalau saudara menulis mengenai kemelesatan ekonomi Amerika nie.. boleh kita dapat info baru...