Harga minyak nampaknya telah turun sehingga dibawah nilai USD100 setong apabila harga minyak Brent diniagakan serendah USD98.52. Walau pun terdapat kebimbangan mengenai kedatangan ribut Ike dikawasan Teluk Mexico, tetapi kenyataan President Opec yang juga Menteri Tenaga Algerian Minister Chakib Khelil bahawa OPEC akan terus mengekalkan tahap pengeluaran semasa membantu untuk mengekalkan harga minyak pada harga yang lebih fundamental.
Hmm.. berapa pulakah penurunan harga minyak pada bulan September nanti? Mungkinkah minyak akan turun RM0.30? Harap-harap bolehlah kita menikmati harga minyak petrol pada harga RM2.25 seliter kelak.
12 comments:
Dollar yang naik,
Harga minyak hampir tak berubah.
herm.. klu harga myak turun... Puteri lah org yg plg gmbira..
B'doalah..
Salam
hmm... boleh jadi ke?
harap2 mcm tu lah...dah penat gilerr ni...
yeay! dah turun!
Soalan Cepumas Ramadan
Yang mana satukah akan memberi lebih kebaikan buat rakyat Malaysia?
A) Penurunan DOLLAR
B) Penurunan DOLLAH
hasbullah pit
Tak kisahla, disebabkan Malaysia mengikut trend harga US, maka kenala Pak Lah turunkan lagi harga minyak... Hari nie (16 September 2008) semua pasaran harga minyak turun lagi
puteri cahaya
harap-harap turunla.. patut kena turun sampai harga asal balik tu Rm2.00 seliter...
love-n-hate
Kalau harga minyak tak turun, susahla rakyat nak percaya pada kerajaan BN lagi....
artsoul
Pak Lah kena turunkan harga minyak... dia kena kotakan janji kerajaan...
danielle_carleone
Harga minyak kat Malaysia dah turun ke? Tak de dengo pengunguman pun...
cmk
Dua-dua pun ok jugak... asalkan harga minyak lebih murah dan negara menjadi lebih sejahtera dan berdaya saing....
harap kerajaan malaysia pun semaklah balik harga minyak sebagaimana yang dijanjikan.
saya memang rasa tercekik sebab saya banyak membuat perjalan jauh. KB - KL - Ipoh - Penang - KB hayyoo manyak sakit loo!
huhu.. ni la ni.. time minyak naik ... beriya iya nak naikkan cepat.. gelabah tak tentu pasal...
Bila dah minyak turun buat dunno jerr.. eiii hangin tul
Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com
mountdweller
Memang parah kalau nak travel selalu long distance... Kos minyak aje naik 40%, tak campur harga barang-barang lain yang naik
adry
Inilah trend kerajaan sekarang, buat keputusan tanpa memikirkan impak jangka panjang....
bayangkan betapa kenyangnya perut konco-konco di tingkat empat.begitu banyak keuntungan kerajaan hanya kerana minyak.belum lagi melihat hasil bumi yang lain.nampaknya semakin hari rakyat malaysia semakin ditindas dan dijajah oleh bangsa sendiri.
ajeem
Memang banyak hasil-hasil negara menjadi habuan pihak-pihak tertentu.... Harapan saya semoga Allah memberkati kita dengan mengangkat seorang yang ikhlas untuk memimpin Malaysia
ijad
pertarungan lailatul qadar sudah bermula....
Post a Comment