Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Tuesday, September 23, 2008

Harga Minyak Terus Bergelora dan Ekonomi US yang Merudum

Harga minyak mentah dunia terus bergelora dan terus menunjukkan ketidak stabilan yang membimbangkan. Walaupun harga minyak telah terun kepada sekitar USD 100, namun, paras harga minyak kelihatan amat tidak stabil dengan kenaikan dan penurunan sehingga mencecah USD10 dalam jangkamasa sehari. Keadaan ini ditambah pula dengan keadaan ekonomi US dimana dilaporkan bahawa hutang amerika sebanyak lebih kurang USD47 trillion telah meletus dan perniagaan derivatif sebanyak USD180 trillion juga sudah meruntuh. Ini menyebabkan kerajaan Amerika telah membuat beberapa "bail-out" untuk mengekalkan tahap ekonomi supaya berada diparas yang stabil.



Namun begitu, seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini, sistem ekonomi kredit ini sememangnya sukar untuk dipulihkan kerana ianya merupakan sistem kapitalis yang bersifat "imaginary' dan tidak didasarkan kepada nilai-nila "fundamental" yang kukuh. Saya percaya semasa melalui zaman getir kemelestan ekonomi 1997, Tun Dr. Mahathir telah menyedari betapa keadaan ekonomi dunia terlalu dipengaruhi oleh sistem matawang fiat ini. Ini telah menyebabkan beliau cuba untuk memperkenalkan penggunaan dinar emas sebagai sumber pertukaran nilai yang lebih stabil.


Sistem ekonomi dunia yang lebih didorong oleh sistem ekonomi kredit sememangnya tidak mampu untuk membendung inflasi dan pengeksploitan yang ketara didalam sistem kredit ini akan menyebabkan terdapat jurang yang besar antara nilai-nilai apungan dan nilai-nilai fundamental dan ini akan menyebabkan terdapatnya peluang bagi "pakar-pakar" ekonomi untuk mengeksploitasi keadaan ekonomi untuk mengaut keuntungan dan menyebabkan sistem ekonomi menjadi tidak stabil dan terdedah kepada pola-pola titak lemah yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan "bubble burst".


Saya tidak mahu mengulas panjang isu ekonomi ini kerana saya bukanlah seorang pakar, tetapi keadaan semasa di US memang perlu dibimbangi dan nasihat Tun Mahathir untuk "repeg" matawang Ringgit adalah wajar untuk mengelakkan kerugian kepada rakyat Malaysia. Saya khuatir jika pemimpin negara tidak mengambil langkah yang pantas dan berkesan, kesan ekonomi Malaysia akan menjadi parah dan merugikan negara kita. Harap-harap la kesan kemelesetan ekonomi US ini tidak merebak ke Malaysia.


Lebih membimbangkan di Malaysia ini ialah kemelut kepimpinan negara dan perlumbaan untuk merebut kuasa yang semakin meresahkan rakyat. Budget 2009 nampaknya lebih mesra kepada sektor-sektor perkhidmatan awam dan nampaknya kurang peka terhadap peranan sektor-sektor swasta dalam menjana pendapatan negara. Sebagai individu yang berkecimpung dalam IKS, keghairahan kerajaan menaikkan gaji pekerja-pekerja sektor awan amat meresahkan. Ini kerana, didalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan keadaan perniagaan yang agak suam-suam kuku, mana mungkin pihak IKS mampu untuk menawarkan kenaikan gaji yang tinggi untuk bersaing dengan langkah kerajaan. Industri IKS bergantung penuh kepada pergerakan ekonomi semasa, dan tanpa pergerakaan serta perkembangan ekonomi yang positif, maka agak sukar untuk IKS menambah pendapatan semasa dan ini sudah tentu menyukarkan IKS untuk menaikkan gaji pekerja mereka.


Hopefully, there will be some refresing initiatives from the goverment to rejuvenate the economy and to reengineered the economy in this country. At the moment, the situation is so dull and there is hardly any excitement in the industrial sector. There is a very urgent or pressing need to spur the economy and to reinject fresh new ideas to the market.

1 comment:

Anonymous said...

Minyak turun 10 sen....