Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, October 15, 2008

Inflasi, Deflasi dan Produktiviti

Hari ini saya terfikir untuk menulis mengenai inflasi, deflasi dan produktiviti, memandangkan harga minyak sudah menurun, maka jika menurut logik ekonomi, semestinya kan berlaku deflasi didalam jangkamasa pendek disebabkan penurunan harga minyak ini... Setidak-tidaknya didalam tempoh sebulan ini harga minyak petrol sudah turun sehingga RM2.30 daripada RM2.70.. Itu merupakan penurunan sebanyak RM0.40 atau bersamaan 14.8%...

Apapun, kali terakhir saya mengirim dokumen kurier, harganya telah meningkat daripada RM5.25 kepada RM10.00, tetapi tak tahulah jika harga tersebut akan dikurangkan sebanyak 15% pula sekarang... Rasa-rasanya tidak... begitu juga dengan harga barangan lain... Sukar untuk diturunkan...

Apa pun berbalik kepada persoalan inflasi, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada kemungkinan situasi inflasi dinegara ini juga akan menjadi tidak menentu.. cuma harapnya ianya tidak meningkat dengan mendadak...

Saya kadangkala berfikir, apakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan inflasi yang agak tinggi... Harga sebuah rumah teres setingkat baru disekitar kawasan saya sudah meningkat daripada sekitar RM90k pada tahun 2000 kepada RM120k pada tahun 2008. Itu merupakan peningkatan sebanyak 33%. Bermakna setiap tahun, terdapat peningkatan harga sebanyak lebih kurang 4%.... Hmm nampaknya pelaburan rumah ini lebih kurang sama pulangannya dengan simpanan EPF (lebih kurang 4% atau 5% dividen setahun)... Tetapi saya terfikir pula, sebuah Laptop Dell Inspiron yang telah saya beli pada harga RM6000 dengan kemampuan RAM hanya sekitar 250M pada tahun 2002, kini (tahun 2008) pada harga RM4000, saya boleh membeli sebuah Laptop Dell Inspiron yang bukan sahaja mempunyai kapasiti yang lebih baik, tetapi juga jauh lebih canggih penggunaannya dengan model yang serupa Inspiron. Itu juga merupakan suatu penurunan harga sebanyak 33% dalam masa 6 tahun. Ini sudah tentu menyumbang kepada faktor deflasi dan bukan inflasi. Begitu juga dengan barangan elektrik yang lain...... PS2 mungkin berharga sekitar RM1000 2, 3 tahun lepas, tetapi kini boleh dibeli dengan harga RM500... Itu juga merupakan suatu penurunan nilai sehingga 50%...

Harga TV plasma dan harga TV biasa juga nampaknya sudah turun sekita 40% berbanding harga lama... Jadi, dimanakah perginya atau dari amnakah datangnya inflasi? Mungkin juga secara teori, sebuah kereta Toyota Camry masih dijual pada harga RM160k, tetapi dengan spesifikasi yang lebih canggih juga...

Mungkinkah terdapat kaitan langsung Inflasi, Deflasi dan produktiviti.... Jika kita melihat keadaan komoditi pula, harga emas, dan logam-logam lain serta harga getah terus mengalami peningkatan dan penurunan yang ketara dan sepatutnya terdapat keseimbangan antara inflasi dan deflasi yang seimbang... tetapi agak menghairankan, tatkala harga komoditi mengalami penurunan yang teruk, yang sepatutnya menyebabkan harga pembuatan barangan menjadi semakin murah, keadaan inflasi serta keadaan ekonomi hampir-hampir tidak berubah. Apakah ini kerana terdapatnya faktor pengambilan keuntungan yang diamalkan oleh peniaga-peniaga pasaran komoditi yang menyebabkan situasi kejatuhan harga tidak sampai kesannya kepada orang-orang biasa dan hanya dirasai oleh golongan tertentu... Mungkin itulah keadaannya dan sebab itulah, jika dilihat pada tahun 1997, kesan kejatuhan matawang amat terasa dikalangan para peniaga-peniaga saham dan kurang impaknya terhadap golongan petani dan sebagainya.... Peniaga-peniaga saham pada masa itu kehilangan sehingga 70% nilai saham, bahkan ade saham yang terus menggelupur dan kehilangan nilai dagangan langsung!! bayangkan jika satu lot saham 1000 unit pada harga RM1.00 sesaham kehilangan sehingga 70% nilai saham, bermakna jika kita memiliki 100 lot saham, kerugian kita pada masa itu akan menjadi sehingga RM70k... wow.. itu angka yang tersangat-sangat banyak...

Berbalik kepada perbincangan mengenai inflasi, deflasi dan produktiviti, kita sudah melihat bahawa dalam pembuatan barangan komputer misalnya, nilai inflasi telah berjaya dibending, bahkan ianya menjadi kesan deflasi juga... Mungkin situasi ini didorong oleh peningkatan produktiviti dikalangan pengeluar-pengeluar barangan komputer yang menyebabkan harga barangan komputer menjadi semakin murah. Thumbdrive 1 gig suatu ketika dahulu berharga sehingg RM100 seunit, kini diberi percuma dan harga Thumbdrive 2 gig cuma berharga RM25.00 .. Hmm memang menakjubkan...

Tetapi apakah kita tidak mampu untuk mengadaptasikan situasi harga barangan komputer kepada situasi harga barangan lain, seperti barangan pembinaan perumahan, barangan makanan, barangan pengangkutan dan sebagainya? Atua apakah, disebabkan terlalu banyak ketirisan dan suasana korupsi, menyebabkan terdapat pelbagai halangan untuk kita mengadaptasikan situasi ekonomi perdangangan komputer yang menunjukkan halatuju deflasi kepada persekitaran ekonomi lainnya. ataupun, terdapatnya suatu keadaan kepincangan ekonomi kredit yang sukar untuk mencegahnya berlaku keadaan inflasi?

Saya juga tertarik dengan senario yang berlaku didalam trend penggunaan internet kini. berapa banyakkan laman web yang percuma? Blog saya ini pun dihasilkan dan dihostkan secara percuma tanpa membayar apa-apa kepada google dan syarikat-syarikat lain, sehingga membuatkan saya tertanya-tanya, apakah layak saya meminta bayaran terhadap "perkhidmatan" saya yang kadangkala tidak seberapa jika dibandingkan dengan appikasi canggih yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan-perkhidmatan web yang canggih ini... Amat membingungkan kerana saya membayar sehingga RM77.00 kepada Telekom sebulan hanya untuk mengakses kepada internet, tetapi syarikat lain seperti penyedia applikasi Skype, Yahoo, Google, facebook dan sebagainya memberikan perkhidmatan canggih mereka dengan percuma...Gmail misalnya memberikan akses sehingga 1 gig percuma email ditalian sedangkan perkhidmatan TMNET berbayar hanya memberikan saya sekitar 10M ruangan penyimpanan maklumat email.

Jadi apakah terdapat kepincangan ekonomi ketara dan terdapat ketidak seimbangan produktiviti didalam sistem ekonomi hari ini yang menyebabkan inflasi, deflasi dan produktiviti tidak berada didalam keadaan yang seimbang? Amat membingungkan juga apabila seorang penyanyi boleh meminta bayaran sehingga RM40k, hanya untuk melontarkan suara selama satu jam, yang hanya menyedapkan halwa telinga, tetapi jika sorang tukang paip meminta bayaran RM100 sejam untuk membetulkan paip tersumbat yang baunya "yaa amaaat", dirasakan terlalu mahal... Walhal takde orang diberitakan mati jika tidak mendengar lagu dendangan the cyber jammers....

Apapun, sistem ekonomi kapitalis ini meruapakan suatu sistem yang perlu dikaji semula... Mungkin Rusia dan China sudah mula merasakan kesan positif akibat pendedahan dan penerimaan sistem ekonomi kapitalis, tetapi, kesan negatif peningkatan jurang kekayaan kemiskinan terus dirasai... Mungkin itulah kesan negatif paling ketara didalam sistem kapitalis ini apabila terdapat ketidak seimbangan pengagihan kekayaan dikalangan rakyat, tetapi bukankah itu didorong oleh sifat tamak naluri manusia? Dan apakah harus disalahkan sistem kapitalis itu sendiri? atau pun sistem kapitalis itu sendiri sebenarnya diilhamkan oleh sifat tamak manusia yang ingin mengeksploitasikan sistem ekonomi supaya memberikan peluang untuk merebut dan mencilok kekayaan?

Baru-baru ini nampaknya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar ibrahim telah menuntut agar kerajaan Malaysia mengusulkan belanjawan baru bagi memastikan bahawa ekonomi Malaysia tidak terjejas dengan kemelesatan ekonomi dunia... Cuma saya agak terkejut kerana kebanyakan bank-bank dunia kini nampaknya telah mengikut langkah Tun Mahathir didalam langkah mereka untuk menyelamtkan ekonomi mereka... US contohnya telah menyuntik modal sehingga USD700 billion untuk menyelamatkan syarikat-syarikat US supaya tidak muflis... Amat menarik juga kerana pakar ekonomi Barat seakan-akan mengiktiraf plan pemulihan ekonomi ala Tun Mahathir.... Tapi apakan daya, nampaknya rakyat Malaysia sendiri kadangkala tidak menghargai kebijaksanaan pemimpin mereka sendiri...

Apa pun, berbalik kepada perbincangan inflasi, deflasi dan produktiviti, saya kira, didalam keadaan kegawatan ekonomi, peningkatan produktivi memang amat-amat diperlukan dan saya kira jika peningkatan produktiviti dapat ditingkat sebanyak 25%, maka kesan ekonomi mungkin tidak terjejas teruk... Apa pun, keadaan ekonomi biasanya akan banyak dipengaruhi oleh paras pengangguran... Jika para penggangguran rendah sekita 0.25%, maka, keadaan ekonomi mungkin tidak akan terjejas teruk... Cuma mungkin perlu dibuat perlarasan sedikit dan kerajaan sepatutnya menumpukan fokus terhadap meningkatkan tahap fundamentalisme ekonomi negara ini. Jika ekonomi negara terus dikukuhkan dengan sistem ekonomi debit, dan didorong oleh nilai fundamental dan disokong oleh transaksi dagangan yang stabil dan penuh bersandar, tidak ade sebab mengapa ekonomi negara akan menghadapi kemelestan teruk...

Apapan ini cuma pandangan 2 sen saya... Almaklumlah, kita belajar engineering, manala tahu sangat pasal ekonomi nie... tetapi jangan dilupa, Tun Mahathir adalah seorang graduan Doktor, tetapi beliau juga terbukti seorang pakar ekonomi yang hebat.....

Friday, October 10, 2008

Harga Minyak Terus Menjunam....

Harga minyak dunia nampaknya terus menjunam seperti sebuah kapalterbang yang kehabisan minyak, menyusut sehingga lebih kurang 47% semenjak mencatatkan harga tertinggi sekitar USD147 setong. Terbaru, pada 10/10/2008, harga minyak diniagakan pada sekitar USD77.70 setong dan pastinya ini merupakan satu perkembangan yang agak menarik. Mungkinkah harga minyak petrol kat Malaysia nie akan diturunkan sehingga RM1.80 seliter?
Saya memang akui saya bukan pakar ekonomi, jadi, cacatan blogging saya ini diharapkan dapat dibaca dan dirujuk dengan teliti. Mungkin ade fakta-fakta yang kurang tepat, jadi harapnya pembaca dapat melakukan "counter check" atau "further references", sebulan menjadikan ianya suatu maklumat yang muktamad. Cacatan saya kali ini lebih merupakan persepsi ekonomi dari pemahaman saya sendiri berdasarkan maklumat yang saya dapat hasil pembacaan saya. Tetapi satu perkara yang pasti, teori ekonomi memang berbeza-beza. Contohnya, jika saya membaca artikel membincangkan situasi kredit crunch di US, terdapat pelbagai perbezaan pendapat mengenai krisi tersebut, yang dibincangkan oleh setiap ahli-ahli ekonomi yang berlainan....
Sememangnya kesan krisis kredit di US menunjukkan suatu trend yang membimbangkan??? Tetapi, kebimbangan tersebut mungkin berbeza dari sesebuah negara ke sesebuah negara yang lain. Jika kita mengambil teori dan idea kapitalis didalam sistem ekonomi kita, maka sudah tentu kita akan bimbang sebabnya apa yang berlaku diUS boleh berlaku ditempat kita sendiri. Tetapi, jika ekonomi negara tidak berpaksikan sistem kredit US, tetapi lebih kukuh dengan asas-asas fundamental, maka dari segi logiknya, kesan kejatuhan ekonomi US mungkin hanya akan menyebabkan impak minima terhadap ekonomi Malaysia.
Sistem derivaties, pembelian kontrak hadapan, pembelian kredit dan sebagainya merupakan sistem ekonomi "kreatif" yang dimajukan untuk membolehkan perdagangan ekonomi diniagakan dengan lebih "robust" dengan tujuan membolehkan sistem ekonomi bergerak bebas... tetapi apabila sistem ekonomi menjadi terlampau bebas, ianya akan menimbulkan kesan yang buruk. Samala juga jika kita mengamalkan sistem pergaulan bebas dalam kehidupan sosial kita. Emmang benar, dengan mengamalkan sistem ekonomi bebas, ekonomi akan dapat berkembang dengan pesat, tetapi masalahnya, apakah interaksi dagangan tersebut dijanakan melalau akaun-akaun yang sihat dan kukuh, atau pun sistem ekonomi tersebut hanya dipenuhi oleh "paper value" yang tidak mepunyai asas aset yang mempunyai potensi untuk proses "liquidation" pada suatu kadar yang cepat. Kebanyakan bank-bank mempunyai "paper value" yang tinggi, tetapi tidak mempunyai "cash liquidation" yang kukuh untuk menampung "paper value" tersebut. Contohnya, sebuah bank mungkin mempunyai RM10, tetapi disebabkan transaksi kredit, bank tersebut berkemampuan untuk memberikan pinjaman sehingga RM100, atau mungkin sehingga RM1000... Keadaan ini menjadikan sistem ekonomi terdedah kepada krisis kredit. Keadaan ini juga menjadi lebih buruk apabila sistem central bank juga mengamalkan sistem matawang kredit yang menjadikan nilai matawang semakin menyusut dan kadar inflasi semakin tinggi. Didalam keadaan sekarang, dengan kejatuhan sistem ekonomi US, sepatutnya nilai RM dalam niaga bebas berpotensi melonjak sehingga RM2.00 = USD1.00. Ianya senario yang "reversal" dimana didalam krisis matawang 1997, ekonomi negara merudum teruk dan nilai US melonjak daripada RM2.5/USD kepada RM3.8/USD.
Sebenarnya, isu ekonomi dan matawang ini telah pun banyak kali diutarakan oleh Tun Mahathir dan beliau sendiri pernah cuba untuk mempopularkan penggunaan dinar emas dalam sistem matawang. Sistem dinar emas, atau sistem sandaran emas, merupakan suatu sistem matawang yang sangat stabil. Ianya mungkin akan menyebabkan keadaan pergerakan ekonomi yang menjadi lebih perlahan, tetapi ianya lebih stabil dan mampu memberikan suatu nilaian yang lebih nyata. Ianya lebih stabil kerana matawang tersebut sendiri mempunyai nilai dan tidak bergantung kepada nilai-nilai imaginary. Sistem matawang sekarang yang berasakan kepada permintaan dan pembekalan mungkin akan terus menyebabkan kebimbangan terhadap nilai matawang itu sendiri. Apapun, sistem matawang ini mempunyai kelemahan tersendiri yang menyebabkan terdapat aktiviti mengeksplotasi kelemahan sistem ini untuk keuntungan segera dan keadaan ini akan menyebab berlakunya ketidak seimbangan ekonomi/nilai yang akan menjadi masalah kesan jangka panjang.
Sebenarnya, apabila terdapat krisi macam nie, terdapat pihak-pihak yang akan mengalami kerugian teruk. Dan kebanyakan kerugian tersebut, berbentuk kerugian disebabkan paper loss. Bayangkan ajela dalam tahun 1997, terdapat banyak saham-saham yang mengalami kerugian yang teruk. Saham sebuah syarikat yang diniagakan pada sekitar RM3.00 misalnya boleh mengalami kejatuhan nilai sebanyak 90% sehingga tinggal RM0.30. Masalah saham ialah, ianya berbentuk "paper value" dan tidak mempunyai nilai asas. Dalam suatu perniagaan biasa, jika kita membeli barang, kita akan memiliki barang tersebut, tetapi didalam sistem saham, pembelian sesuatu saham hanya akan menyaksikan transaksi nilai dengan sekeping kertas nilai sahaja, yang nilainya ditentukan pasaran semasa. Sememangnya jika kita membeli saham pada harga RM1.00 dan saham itu naik kepada harga RM3.00, maka kita mendapat keuntungan sebanyak RM2.00, tetapi ini semua suatu transaksi yang imaginary...
Apapun, perkembangan terkini didalam suasana ekonomi duna ini sudah menjadi semakin menarik, sama menarik dengan keadaan politik Malaysia kini yang menyaksikan perlumbaan untuk merebut kerusi-kerusi "kuasa" didalam UMNO. Well at least, we know already that we sould be expecting to get a new PM soon, unless, there is a very-very-very-very unforseen circumstances happening along the way (well I guess it is not a very uncommon event these days).... Apa pun daripada perkembangan terkini, nampaknya Datuk Seri Najib mendahului pencalonan untuk Presiden dan Tan Sri Muhyidin untuk jawatan Timbalan Presiden, suatu perkembangan yang menarik dan saya rasa agak bijak. saya kira Tan Sri Muhyidin merupakan seorang yang bijak berpolitik, dan bertanding untuk jawatan Timbalan merupakan sesuatu langkah yang bijaksana...
So what is my prediction for UMNO new line-up after March 2009?
Saya rasa UMNO kali ini akan menjadi lebih positif dan mampu mengambil inisitaif dari perkembangan-perkembangan semenjak 2004 dan melalui inisiatif baru akan menjadi lebih dinamik. Apa pun perkembangan UMNO kali ini kan menjadi lebih menarik, almaklumlah, kita sedang menanti untuk mendapat PM baru dan DPM baru, dan mungkin jugak lepas March 2009
dapat menyaksikan susunan kabinet baru...

Monday, October 6, 2008

Harga Minyak Pada Tahap USD 50 setong?

Baru dua bulan yang lepas, kita terus dikejutkan dengan lonjakan harga minyak yang berterusan seakan-akan mahu menerjah kepada tahap USD200 setong (harga tertinggi mungkin kurang sedikit dari USD150 setong), tetapi semenjak dua menjak nie, harga minyak dunia sudah kehilangan momentum dan telah menyaksikan penurunan yang agak ketara. Dengan tiba-tiba, teori peak-oil seolah-olah telah dilupakan dan kita kali ini terus menerus dibelenggu oleh misteri ekonomi yang membingungkan... Kemanakah perginya permintaan tinggi yang telah melonjakkan harga minyak keparas melepasi USD140 tempohari? Kini sebaliknya harga minyak terus menurun sehingga keparas dibawah USD100, dan penganalisis ekonomi sudah mula mengira-ngira kemungkinan harga minyak dunia menurun keparas USD50 setong (suatu angka yang saya jangkakan dalam bulan June lepas) dan kemungkinan ini nampaknya tidak mustahil berlaku. Apa pun, senario ini sepatutnya memberikan harapan baru terhadap arah ekonomi negara dan memberikan suatu ilham baru kepada usahawan-usahawan untuk merebut peluang yang bakal muncul akibat daripada penurunan harga minyak.
Adalah agak menghairankan apabila melihat tahap harga minyak yang terlampau terdedah kepada spekulasi sehinggakan seolah-olah ianya tidak langsung berpandukan kepada asas-asas permintaan dan pembekalan, dengan kenaikan minyak yang terlampau tidak stabil. Kemanakah hilangnya teori "peak-oil" yang digunakan selama ini untuk menjustifikasikan tahap harga minyak pada USD 147 suatu ketika dahulu? Tetapi mungkin persoalan yang lebih penting, apakah serangan spekulasi kini sudah reda dan harga minyak akan kembali stabil dengan asas permintaan dan pembekalan yang kukuh. Namun begitu, jika benar harga minyak dunia akan kembali stabil pada tahap USD50 setong, maka sudah tentu terdapat pelbagai inisiatif baru yang mampu dijanakan oleh kerajaan dan lebih banyak aktiviti ekonomi yang boleh dijanakan.
Persoalannya lanjut sudah tentu akan menoleh kembali terhadap pelbagai kenaikan harga barangan semenjak awal tahun ini. Apakah harga apam balik akan turun kembali kepada harga RM1.50 atau RM1.00? Apakah saiz roti canai yang telah mengecil sedikit akan dibesarkan semula? Apakah yuran tambang bas sekolah yang naik sebanyak RM10 akan diturunkan semula? Mungkinkah harga pembinaan rumah akan turun semula sekitar 30% dan harga-harga barang-barang binaan akan turun semula?
Berdasarkan keadaan ekonomi semasa, pasaran komoditi sudah pasti akan dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran dan terdapat kemungkinan bahawa harga-haraga bahan binaan seperti besi dan sebagainya akan menunjukkan penurunan sejajar dengan penurunan harga minyak ini, tetapi bagi bahan-bahan yang bukan komoditi, penurunan harga sememangnya akan menjadi sukar, dan mungkin tidak berlaku langsung. Cuma mungkin peniaga apam balik akan menambah lebih banyak kacang dan bahan-bahan lain dalam apam baliknya supaya menjadikan apam baliknya lebih berperisa, atau peniaga murtabak akan menabur lebih banyak rempah dan daging cincang sejajar dengan penurunan harga minyak. Mungkin juga saiz roti canai akan diperbesarkan semuala selaras dengan penurunan harga minyak.
Apapun harapan negara sudah semestinya untuk melihat ekonomi negara kembali rancak dan untuk melihat kestabilan politik negara terus utuh. Kini terdapat pelbagai spekulasi mengenai tampuk pemerintahan negara dan jawatan Timbalan Presiden UMNO seolah-olah menjadi kerusi rebutan panas yang bakal direbut oleh ramai calon-calon yang ingin bertanding. Apakah kita bakal menyaksikan lebih banyak perpecahan akar umbi akibat daripada "perebutan" besar-besaran kali ini? Mungkin pencalonan untuk jawatan belum bermula, tetapi kita mungkin sudah boleh menyenaraikan sehingga lima nama calon yang menawarkan diri untuk kerusi Timbalan Presiden. Tetapi persoalan lain yang akan timbul ialah, jika semua orang terlampau asyik untuk kerusi no. 2, siapa pula yang akan merebut jawatan Naib Presiden UMNO? Nampaknya sehingga kini, jawatan tersebut yang mempunyai 3 kekosongan seolah-olah sudah dilupakan.
Apapun, sebagai rakyat biasa, kehidupan kita banyak bergantung kepada dinamik pertumbuhan ekonomi dan perkembangan pembangunan negara. Jika keadaan ekonomi negara berkembang dengan pesat dan jika pembangunan negara dijanakan dengan menyeluruh, maka tempiasnya mungkin dapat dinikmati oleh rakyat biasa. Walau pun visi kerajaan kini yang mula memfokus kembali terhadap kegiatan pertanian dapat menjanakan pendapatan penduduk kampung, terdapat juga penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai sebarang tanah untuk diusahakan dan mungkin aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih mampan dan lestari perlu dilaksanakan.........

Saturday, October 4, 2008

The price of crude oil dipping below USD90

Who would have imagine 2 months ago that the price of oil could dip below the USD90 mark? Nonetheless, the price of the black gold still remian volatile and swinging in both directions unpredictably. Maybe there is the fundamental truth taht the oil prices have been driven largely on speculations and non-fundamentals factors. It seems that the supply-and-demand for oil is much in the balance and the much being discussed peak oil maybe just a little further away, perhaps by 3 - 5 years, or maybe it is a theory that may be wrongly intepreted.
The development of the oil price should gives more hope for the people since there is a sense of stability in the economics and people are not panicking towards a doomsday scenario. It is good also to see the price of crude being traded at the lower level, hence stabilizing the overall pricing structures of goods. Perhaps the development in the crude oil prices is one of the more positive scenario, since the political and business condition in this country are still very much in a very misty state. It is very hard to see any clear direction and with the swapping of the ministrial portfolios between the PM and DPM, we certainly being posed with questions, questions and more questions. Is there going to be a big changes in the economic policy? or Malaysia will just continue with the current policy?
Is there still the feel good factor in Malaysia, or we are just waiting for a change in the political and economic wheather? The postponement of UMNO election also didn't do any help since instead of giving a clear direction, it has turn into a question mark? Well, at least I am puzzled. I may not be an UMNO member, but the President of UMNO and the Deputy President of UMNO is both the PM and DPM respectively and thus the UMNO election would definitely have an impact for Malaysians.
So what next for Malaysia? What will be the next headliners. I have run across some of the blogger who has posted saucy stories during the Hari Raya holidays. Anyway, I guess I am still in a festive mood, and I think I might just enjoy those kuih-muih Hari Raya.....


Cape of Tanjung Piai..........

Saturday, September 27, 2008

Selamat Tinggal Ramadan dan Selamat Datang Syawal

Bersempena dengan kedatangan Bulan Syawal, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pembaca-pembaca blog yang budiman jika terdapat sebarang kesalahan atau tersinggung kata. Almaklumlah, kekadang tu bila beri komen tu tak toleh kiri kanan. Diharapkan kedatangan bulan Syawal kali ini akan dipenuhi dengan keberkatan dan keinsafan....


- Letting the time pass me by....

Tuesday, September 23, 2008

Harga Minyak Terus Bergelora dan Ekonomi US yang Merudum

Harga minyak mentah dunia terus bergelora dan terus menunjukkan ketidak stabilan yang membimbangkan. Walaupun harga minyak telah terun kepada sekitar USD 100, namun, paras harga minyak kelihatan amat tidak stabil dengan kenaikan dan penurunan sehingga mencecah USD10 dalam jangkamasa sehari. Keadaan ini ditambah pula dengan keadaan ekonomi US dimana dilaporkan bahawa hutang amerika sebanyak lebih kurang USD47 trillion telah meletus dan perniagaan derivatif sebanyak USD180 trillion juga sudah meruntuh. Ini menyebabkan kerajaan Amerika telah membuat beberapa "bail-out" untuk mengekalkan tahap ekonomi supaya berada diparas yang stabil.



Namun begitu, seperti yang telah saya bincangkan sebelum ini, sistem ekonomi kredit ini sememangnya sukar untuk dipulihkan kerana ianya merupakan sistem kapitalis yang bersifat "imaginary' dan tidak didasarkan kepada nilai-nila "fundamental" yang kukuh. Saya percaya semasa melalui zaman getir kemelestan ekonomi 1997, Tun Dr. Mahathir telah menyedari betapa keadaan ekonomi dunia terlalu dipengaruhi oleh sistem matawang fiat ini. Ini telah menyebabkan beliau cuba untuk memperkenalkan penggunaan dinar emas sebagai sumber pertukaran nilai yang lebih stabil.


Sistem ekonomi dunia yang lebih didorong oleh sistem ekonomi kredit sememangnya tidak mampu untuk membendung inflasi dan pengeksploitan yang ketara didalam sistem kredit ini akan menyebabkan terdapat jurang yang besar antara nilai-nilai apungan dan nilai-nilai fundamental dan ini akan menyebabkan terdapatnya peluang bagi "pakar-pakar" ekonomi untuk mengeksploitasi keadaan ekonomi untuk mengaut keuntungan dan menyebabkan sistem ekonomi menjadi tidak stabil dan terdedah kepada pola-pola titak lemah yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan "bubble burst".


Saya tidak mahu mengulas panjang isu ekonomi ini kerana saya bukanlah seorang pakar, tetapi keadaan semasa di US memang perlu dibimbangi dan nasihat Tun Mahathir untuk "repeg" matawang Ringgit adalah wajar untuk mengelakkan kerugian kepada rakyat Malaysia. Saya khuatir jika pemimpin negara tidak mengambil langkah yang pantas dan berkesan, kesan ekonomi Malaysia akan menjadi parah dan merugikan negara kita. Harap-harap la kesan kemelesetan ekonomi US ini tidak merebak ke Malaysia.


Lebih membimbangkan di Malaysia ini ialah kemelut kepimpinan negara dan perlumbaan untuk merebut kuasa yang semakin meresahkan rakyat. Budget 2009 nampaknya lebih mesra kepada sektor-sektor perkhidmatan awam dan nampaknya kurang peka terhadap peranan sektor-sektor swasta dalam menjana pendapatan negara. Sebagai individu yang berkecimpung dalam IKS, keghairahan kerajaan menaikkan gaji pekerja-pekerja sektor awan amat meresahkan. Ini kerana, didalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan keadaan perniagaan yang agak suam-suam kuku, mana mungkin pihak IKS mampu untuk menawarkan kenaikan gaji yang tinggi untuk bersaing dengan langkah kerajaan. Industri IKS bergantung penuh kepada pergerakan ekonomi semasa, dan tanpa pergerakaan serta perkembangan ekonomi yang positif, maka agak sukar untuk IKS menambah pendapatan semasa dan ini sudah tentu menyukarkan IKS untuk menaikkan gaji pekerja mereka.


Hopefully, there will be some refresing initiatives from the goverment to rejuvenate the economy and to reengineered the economy in this country. At the moment, the situation is so dull and there is hardly any excitement in the industrial sector. There is a very urgent or pressing need to spur the economy and to reinject fresh new ideas to the market.

Tuesday, September 9, 2008

Harga Minyak jatuh dibawah Paras USD100

Harga minyak nampaknya telah turun sehingga dibawah nilai USD100 setong apabila harga minyak Brent diniagakan serendah USD98.52. Walau pun terdapat kebimbangan mengenai kedatangan ribut Ike dikawasan Teluk Mexico, tetapi kenyataan President Opec yang juga Menteri Tenaga Algerian Minister Chakib Khelil bahawa OPEC akan terus mengekalkan tahap pengeluaran semasa membantu untuk mengekalkan harga minyak pada harga yang lebih fundamental.
Hmm.. berapa pulakah penurunan harga minyak pada bulan September nanti? Mungkinkah minyak akan turun RM0.30? Harap-harap bolehlah kita menikmati harga minyak petrol pada harga RM2.25 seliter kelak.

Monday, September 1, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Hmm.. Lama sungguh saya tidak menulis didalam blog Letting the time pass me by nie... Kepada semua umat Islam, Selamat Menghadapi Bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh berkat ini...
Bulan Ogos yang lepas nie penuh dengan peristiwa-peristiwa yang tidak disangka-sangka yang menyebabkan saya agak "slow" sikit didalam arena blogging.... Bermula dengan technical glitches komputer, lepas tu diikuti dengan motherboard failure menyebabkan saya terpaksa menjadi kurang aktif didalam blogging... Tambah-tambah pulak dengan kehadiran Olimpik Beijing yang penuh sensasi dengan kehadiran manusia terpantas didunia Usain Bolt yang memecahkan 3 rekod dunia dan kehebatan Micheal Phelps...
Tetapi disebalik kemeriahan Olimpik, dibulan Ogos ini juga saya kehilangan beberapa saudara rapat saya yang kembali kerahmatullah dan yang paling menghibakan ialah perginya Moyang saya yang lebih mesra dengan panggilan "Embah Buyut" (panggilan orang jawa pangkat moyang) pada hari Rabu 27 Ogos 2008 pada usia 93 tahun. Pun begitu saya bersyukur kerana diizinkan Allah untuk sempat hadir menyempurnakan sembahyang jenazah dan seterusnya pengkebumian dan pada sebelah malamnya mengadakan tahlil arwah. Benarlah kata orang-orang tua, jika hendak berbakti kepada orang tua kita, berbaktilah semasa mereka masih hidup dengan penuh ikhlas...
Semoga arwah Embah dicucuri rahmat dan disemadikan bersama golongan-golongan hambaNya yang soleh.. Al-Fatihah.....