Saya tidak menolak kemungkinan berlakunya PEAK OIL, tetapi saya lebih tertumpu untuk melihat alternatif lain sekiranya berlaku PEAK OIL, atau adakah caranya kita hendak mengurangkan risiko PEAK OIL ini? Sepanjang pemerhatian saya dalam isu PEAK OIL, saya melihat teori atau trend minyak ini seakan-akan sama dengan trend harga timah sekitar tahun 1980an. Pada waktu tersebut harga timah berada sekitar RM30 sekilo. Melalui ITC, kita banyak menyuntik dana untuk mengekalkan harga timah pada paras tersebut, tetapi dalam tahun 1987, dengan penemuan deposit-deposit timah yang baru, serta peralihan penggunaan plastik menggantikan timah, harga timah tidak lagi dapat diselamatkan dan telah jatuh sekitar RM10-15 sekilo.
Adakah harga minyak kini juga terdedah dengan senario harga timah 1987? Atau pun harga minyak hari ini akan mengalami kejatuhan seperti didalam tahun 1980an? Data-data yang ada berkaitan dengan minyak kadangkala telah diolah dengan begitu tuntas sekali sehingga sukar untuk membaca dan memahami data-data tersebut secara straight forward. Dan yang menjadi masalah besar dalam mengintepretasikan serta memahami data ialah disebabkan terdapatnya faktor-faktor persamaan dan perbezaaan yang berkaitan antara peristiwa-peristiwa tersebut yang menyebabkan kita sukar untuk menjangka dengan tepat apakah yang bakal terjadi selanjutnya.
- Harga minyak yang terus meningkat akan menyebabkan pengurangan permintaan dalam pengunaan minyak. Berdasarkan trend sejarah, keadaan ini akan menyebabkan berlakunya aktiviti-aktiviti pencarian alternatif bagi minyak dan mengurangkan penggantungan minyak dunia.
- Terdapatnya peningkataan kepekaan bagi suasana PEAK OIL yang menyebabkan bahawa manusia kini lebih memahami kesan-kesan PEAK OIL yang menyebabkan bertambahnay aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk mengurangkan penggantungan kepada hasil minyak.
- Harga minyak dan bahanapi yang tinggi juga akan menyebabkan pertumbuhan sektor tenaga alternatif yang lainnya seperti sektor tenaga solar, biomass, teknologi hibrid, phyto-energy dan sebagainya yang mempunyai potensi tenaga renewable yang lebih murah dan berkesan.
- Peningkatan harga minyak juga akan menyebabkan terdapatnya minat untuk memajukan kawasan-kawasan telaga minyak yang mempunyai nilai komersial marginal. Dengan harga minyak yang tinggi, telaga-telaga minyak marginal kini mempunyai nilai komersial yang sesuai untuk dieksploit. Jika terdapat peluang pulangan modal yang singkat, kebanyakan kawasan reserve minyak yang marginal akan dapat diusahakan dan ini akan meningkatkan pengeluaran minyak dunia.
Jika pelan penyelidkan dan pembangunan tenaga renewable dan tenaga lain mampu memberikan alternatif kepada minyak pada tahap yang komersil dan berkesan, maka kemungkinan untuk melihat harga minyak mengalami nasib harga timah atau untuk menurun akan menjadi lebih tinggi. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, terdapat pelbagai faktor pengaruh yang akan menyebabkan kita terpaksa mengambil sikap tunggu dan lihat untuk memantau trend harga minyak dunia. Dalam bulan May - June ini nampaknya harga minyak agak stabil diparas USD130 - USD 140 PB. Jika dunia mampu untuk menyerap impak kenaikan harga minyak pada tahap ini maka terdapat kemungkinan besar bahwa harga minyak akan kekal pada tahap sekita USD130-USD140. Tetapi jika kesan kenaikan ini memberikan impak negatif kepada ekonomi dunia, maka harga minyak dijangka akan menurun disebabkan terdapatnya siling keupayaan pembelian pada tahap USD130-USD140 tersebut.
Manusia sebenarnya masih boleh hidup dan menyesuaikan kehidupan tanpa minyak, cuma mungkin manusia akan berubah untuk menikmati keindahan alam sekitar serta deruan ombak dipantai. Tiada lagi percutian mewah di Hawaii atau di PAris dan konsert-konsert mega di serata dunia, tetapi manusia akan belajar menghargai masa, kehidupan serta keindahan alam maya ini........
NOTA: Mungkin terdapat angka-angka data yang kurang tepat. Jadi harapnya pembaca menyelidiki dengan tepat fakta-fakta yang telah dibincangkan...
Bacaan pilihan/cadangan;-
The Price of Oil: A Reflection of the World
8 comments:
Suatu pandangan positif yang menyakinkan... Nampaknya adala lagi harapan dalam krisis minyak nie yea...
Bila pulak agaknya kerajaan nak turunkan harga minyak pulak??
aku pun rasa harga minyak akan turun dan stabil mungkin pada usd 80
mak saya kata...ini sume keje yahudi laknat...Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad kata...minyak cukup..dorang saje je manipulate pasaran..mentang2 dorang pgang ekonmi dnia..saje je...
Bro pemerhati bebas, sebol and mie amour..
Production kos untuk Petroleum sebenarnya sekitar USD20 usd per barrel...Itu bersamaan dengan RM0.60 seliter .. kalau ambik sekali dengan kos-kos keuntungan dan sebagainya sebanyak 70% sekali pun harga minyak petrol hanya patut naik sehingga RM1.50 paling tinggi pun...
Off course kalau kita ambik kos minyak dunia memangla kalau kita beli kat Pasaran terbuka harganya = USD100++, tapi kalau ambik nilai production yang betul-betul at the pump, harga nya sekitar USD20 sahaja..
Berdasarkan perkiraan aku, harga petrol kat Malaysia masih lagi boleh dijual dibawah harga RM2.70 seliter...Malah boleh dijual dibawah RM2.00 seliter dan masih untung, kalau ade inisiatif yang benar-benar ikhlas oleh kerajaan..
semoga ia turun, dan tidak membebankan org ramai!
terima kasih sdr aliff lawat blog saya. kalau ada masa bacalah majalah dewan budaya. ada peluang utk sdr berkarya.
salam hormat
Mengikut beberapa pakar ekonomi dunia, harga minyak tidak akan menurun malah harga miyak dunia akan terus meningkat sehingga usd200 1 barrel. Malaysia pula berpaksikan kepada amerika, sedangkan kita negara pengeluar minyak.
Persoalan dia, di mana sumber kekayaan minyak kita disalurkan?. Apakah rakyat menikmati hasil dari kekayaan bumi kita yang bertuah ini?.
Apa pun saya berharap kepada semua bangsa melayu, hidup dalam satu barisan, tolak kemungkaran dan tolak fahaman politik yg sempit. Kepada mereka yg ingin menjatuhkan rakyat dan bangsa melayu maka kita jatuhkannya terlebih dahulu.
Salam Hormat
princess
Saya rasa harga minyak akan turun... Kita tengok sajala.. tetapi jika harga minyak turun, adakah kerajaan akan menurunkan harga minyak tempatan?
denanz
Insyaallah
rizman
Saya sebenarnya tak berapa percaya kepada pakar... Pakar nie pun ade bermacam-macam pakar... Ade pakar kata minyak akan naik dan ade pakar kata minyak akan turun..
Jadi secara positifnya saya memang berharap minyak akan turun sehingga USD50PB....
Post a Comment