On the other hand, there are also findings from research that feeling positive (authentically positive, not Pollyanna-ish) has a huge number of benefits: increased happiness and life satisfaction, enhanced productivity, better health, more efficient problem-solving, more creativity, more satisfying relationships, etc……
Peringatan untuk aku yang selalu lupa
سُوۡرَةُ آل عِمرَان
رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ
[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".
Wednesday, May 28, 2008
A GLANCE AT POSITIVE POLITICS
On the other hand, there are also findings from research that feeling positive (authentically positive, not Pollyanna-ish) has a huge number of benefits: increased happiness and life satisfaction, enhanced productivity, better health, more efficient problem-solving, more creativity, more satisfying relationships, etc……
Tuesday, May 27, 2008
SEBUAH HARAPAN
Bumi terbentang luas,
Langit biru yang indah,
Mengingatkan aku kepada yang Esa,
Dia Maha Pencipta
Mencipta segalanya
Anugerah yang tiada terhingga,
Bintang-bintang dilangit,
Bertaburan dimalam,
Bulan mengambang penuh keinsafan,
Segala yang ada,
Tidak yang sia-sia,
Untuk manusia merenunginya,
Berikanlah daku cahaya kehidupan,
Memberikan sinar menyinari lestari,
Agar dunia ini menjadi ceria,
Kanak-kanak bebas bermain gembira,
Hiaskanlah diriku dengan nilai yang murni,
Penuhkan hatiku dengan keikhlasan,
Hakikat duniawi yang sukar difahami,
Ketawa dan tangisan terus mengiringi,
Hidupku,
Monday, May 26, 2008
Gegaran-gegaran kecil di Bukit Tinggi....

Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan. Terbaru pada 25 May 2008, kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.
Pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil. Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.
Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.
“Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya. Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu.
Komen Saya
Kecil atau besar gegaran tersebut, ianya merupakan tanda bahawa terdapat pergerakan bumi dikawasan tersebut. Kita tidak tahu aktiviti plat tektonik dikawasan tersebut dan sejauh ini tiada laporan yang mengatakan bahawa kajian geologi, kajian sesmik dan kajian lain-nya telah dijalankan dikawasan itu... Ini bermakna bahaya tetap ade... Jika saya duduk dikawasan tersebut, saya pun sudah tentu risau, melainkan terdapat penyelidikan dan penyiasatan telah dijalankan untuk menentukan bahaya dan risiko gempa dikawasan tersebut...

Saya syorkan satu kumpulan pakar geologi dan kajian gempa dihantar kekawasan tersebut untuk menentukan dengan tuntas mengenai risiko gempa bumi dikawasan tersebut...
Dalam kajian failure analysis, gegaran merupakan petanda bahawa sesuatu tersebut sudah berada pada tahap ketidakstabilan dan mungkin akan menyebabkan kegagalan... Sebesar atau sekecil mana kegagalan tersebut memang sukar dikenalpasti, tetapi kajian yang teliti sedikit sebanyak akan dapat menentukan magnitud kegagalan tersebut...
Kita tidak mahu satu keadaan dimana amaran-amaran awal telah diberikan tetapi kita masih gagal untuk bersedia menghadapinya.....
Sunday, May 25, 2008
Harga minyak yang semakin naik......

- Pada May 2007 harga minyak mentah sekitar USD65 setong naik sehingga USD135setong pada bulan Mat 2008.
- Data-data penggunaan minyak menunjukkan perbezaan antara permintaan dan pembekalan adalah seimbang.
- Pakar-pakar menjangkakan permintaan penggunaan minyak dunia akan meningkat kepada 87 juta tong sehari pada tahun 2008.
- Menurut artikel Oil Price Bubble?, pengeluaran minyak dunia sudah meningkat sehingga 3.3% sedangkan permintaan minyak hanya meningkat 1.6%.
- Lebihan permintaan minyak terhadap bekalan minyak kini adalah diparas 3 juta tong sehari berbanding 1.5 juta tong sehari dua tahun lepas.
- Harga minyak ialah serendah USD8 setong pada tahun 1999, naik sehingga USD35 setong dalam tahun 2000 dan terus meningkat USD50 setong dalam tahun 2004.
- Harga minyak terus miningkat dalam tahun 2008 naik kepada USD110 etong dalam bulan Mac, USD 125 setong pada 9 Mei 2008,dan terus meningkat dan melepasi USD130 setong pada bulam Mei ini dan ianya masih lagi tidak stabil dan meningkat.
- Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa peningkatan harga-harga barangan pertanian seperti beras dan sebagainya mungkin berpunca daripada peralihan daripada tanaman tersebut kepada tanaman jagung dan tebu yang lebih menguntungkan untuk bekalan kepada loji pemprosesan bio-etanol.
Mungkin terdapat 3 atau 4 senario perubahan yang akan berlaku akibat kenaikan berterusan harga minyak dunia ini;-
- Kesan positif - Dengan kenaikan harga minyak, pengguna-pengguna mula mengurangkan penggunaan minyak dan dengan itu mengurangkan kadar permintaan berbanding pembekalan dan ini akan menyebabkan lebihan bekalan minyak dan akan menyebabkan harga minyak kembali menyusut dan menstabilkan keadaan ekonomi dan pasaran minyak.
- Kesan negatif - Harga minyak terus naik dengan kadar permintaan terus tinggi dan akhirnya menyebabkan keadaan dimana ketidak stabilan ekonomi terjadi dan menyebabkan dunia mengalami krisis ekonomi yang teruk dan menghasilkan kesan rantaian lainnya yang menyebabkan ekonomi dunia terjejas teruk
- Kesan neutral - Harga minyak akan terus naik sehingga kadar tepu, dan keadaan permintaan dan pembekalan kembali stabil akibat suasana ekonomi yang kembali stabil, tetapi terdapat pelbagai inisiatif perubahan corak kehidupan dan gaya hidup.
- Kesan Luar Jangka - Kita tak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan, mungkin juga dengan izin Allah kitakan menemukan sumber alternatif tenaga lain yang lebih murah dan lebih banyak simpanannya seperti gas hidrat yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai sumber tenaga bagi tempoh jangka panjang.

Saturday, May 24, 2008
How much increase of the local oil prices?

Friday, May 23, 2008
The Sexy School Uniform
Singapore win Pedra Blanca


Wednesday, May 21, 2008
Manchester United Juara Eropah
Manchester United berjaya memenangi kejuaran Eropah selepas menewaskan Chelsea dengan sepakan penati sudden death 6-5, apabila kedua-dua terikat 1 -1 selepas masa penuh dan masa tambahan perlawanan... Penyerang sensasi Ronaldo meletakkan United didepan seawal minit ke-26, tetapi Frank Lampard mengikat kedudukan 1-1 sejurus sebelum tamat separuh masa pertama pada minit ke-45...
Chelsea nampak lebih mengusai permainan separuh masa kedua dengan Drogba membuat satu rembatan kencang yang menggegarkan tiang sebelah kiri Van der Sar... United juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tetapi percubaan Tevez tidak cukup untuk menewaskan Petr Cech..
Chelsea sekali lagi menggegar palang gol United pada masa tambahan melalui percubaan Frank Lampard, dan dengan keputusan seri 1-1, sepakan penalti terpaksa diadakan...
United bermula dengan baik dengan Tevez dan Carrick berjaya menyempurnakan sepakan mereka disaingi dengan kemas oleh Ballack dan Beletti... Pada sepakan ketiga, Ronaldo gagal menjaringkan sepakan penalti apabila Petr Cech berjaya merebahkan badan kesebelah kanan dan menampan kemas sepakan Ronaldo. Frank Lampard kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti ke 3 Chelsea menjadikan kedudukan 2 - 3 berpihak kepada Chelsea, Hargreaves kembali mengikat kedudukan 3-3 dengan sepakan penaltinya dan Cole kembali mletakkan Chelsea didepan. Nani kemudiannya menyepak masuk penalti dan kini Chelsea berupaya memenangi Piala Eropah jika John Terry berjaya menyempurnakan penaltinya. Malangnya, John Terry tergelincir dan menyebabkan bola tersasar keluar sebelah kiri Van der Sar dan mengikat kedudukan 4-4... Anderson dan Giggs seterusnya menyempurnakan sepakan mereka dengan Kalou... Dengan kedudukan 6 - 5 , Anelka perlu menjaringkan gol untuk meneruskan sepakan sudden-death.
Dalam saat yang genting, Van der Sar merebahkan badan kesebelah kanan dan sepakan Anelka telah berjaya ditampan dan diselamatkan...
Manchester United merangkul kejayaan buat kali ke-3 dalam sejarah Piala Eropah.
Tidak syak lagi, Sir Alex Ferguson merupakan arkitek kejayaan Manchester United yang telah berjaya membina kejayaan demi kejayaan. Ini merupakan kali kedua Sir Alex Ferguson memenangi Juara Eropah, dan mungkin bukan kali terakhir...
Sir Alex Ferguson telah berjaya membentuk pasukan Manchester United sebagai pasukan yang unggul yang mampu mengusai dunia bolasepak Eropah. Dia merupakan seorang Pengurus yang bijak dan arif dalam selok belok bolasepak dan dia boleh membaca corak permainan dengan baik.
Cristiano Ronaldo menyumbatkan gol ke 42 dalam musim yang gemilang dengan tandukan yang menewaskan Petr Cech.. Dengan kejayaan ini, Ronaldo mungkin berpeluang memenangi pelbagai lagi anugerah individu. Tidak syak lagi beliau ialah pemain paling "menjadi" musim ini.
Van der Sar sekali lagi membuktikan keunggulan beliau dalam menyelamatkan sepakan penalti, membantu Manchester United menjulang Piala Eropah untuk kali kedua...
Syabas Manchester United
