Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Monday, May 26, 2008

Gegaran-gegaran kecil di Bukit Tinggi....



Menurut Utusan Malaysia, bertarikh 25 Mei 2008, terdapat sebanyak 21 kejadian gempa bumi kecil yang telah menggegarkan kawasan Bukit Tinggi, Pahang sejak November tahun lalu.

Jabatan Meteorologi memberi jaminan ia hanya bermagmitud kecil dan tidak membahayakan namun kekerapan kejadian itu mencetuskan kebimbangan. Terbaru pada 25 May 2008, kawasan itu digegarkan dengan satu gegaran berukuran 3.1 pada skala Richter pada pukul 9.36 pagi ini.

Pada 15 Mac lalu, tiga gempa bumi kecil dengan ukuran antara dua dan 3.2 pada skala Richter telah dikesan di sekitar Bukit Tinggi dan Janda Baik. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan akhbarnya di sini memberitahu, gempa bumi itu hanya bermagnitud kecil. Oleh itu, ia tidak membahayakan penduduk di kawasan berkenaan dan orang ramai tidak perlu bimbang.

Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, gegaran itu dipercayai ancaman berterusan ekoran gempa bumi tidak menentu yang melanda negara jiran dan kesannya turut diterima Malaysia.
“Namun, dalam kesemua kejadian itu, tiada sebarang kerosakan harta benda dilaporkan,” katanya. Beliau juga menasihatkan orang awam supaya tidak bimbang akan kejadian gempa bumi kecil itu.

Komen Saya
Kecil atau besar gegaran tersebut, ianya merupakan tanda bahawa terdapat pergerakan bumi dikawasan tersebut. Kita tidak tahu aktiviti plat tektonik dikawasan tersebut dan sejauh ini tiada laporan yang mengatakan bahawa kajian geologi, kajian sesmik dan kajian lain-nya telah dijalankan dikawasan itu... Ini bermakna bahaya tetap ade... Jika saya duduk dikawasan tersebut, saya pun sudah tentu risau, melainkan terdapat penyelidikan dan penyiasatan telah dijalankan untuk menentukan bahaya dan risiko gempa dikawasan tersebut...

Saya syorkan satu kumpulan pakar geologi dan kajian gempa dihantar kekawasan tersebut untuk menentukan dengan tuntas mengenai risiko gempa bumi dikawasan tersebut...
Dalam kajian failure analysis, gegaran merupakan petanda bahawa sesuatu tersebut sudah berada pada tahap ketidakstabilan dan mungkin akan menyebabkan kegagalan... Sebesar atau sekecil mana kegagalan tersebut memang sukar dikenalpasti, tetapi kajian yang teliti sedikit sebanyak akan dapat menentukan magnitud kegagalan tersebut...

Kita tidak mahu satu keadaan dimana amaran-amaran awal telah diberikan tetapi kita masih gagal untuk bersedia menghadapinya.....

9 comments:

Lawyer Kampung said...

Tuhan nak peringat kita lah tu... banyak sangat kemungkaran daripada kebaikan sejak kebelakangan ni.. Anyaway,...cool blog bro! Thanks for stopping by mine the other day. Salam

Letting the time pass me by said...

Ya memang Tuhan sudah bagi amaran..

Itu tempat banyak kegiatan judi tu.

Thanks for the comment.. saya memang suka layar-layar blog orang...

Anonymous said...

orang yang tak duduk kat area situ memangla kata tak ade apa yang nak dibimbangkan...

Kalau diorang duduk situ, mesti diorang cuak jugak...

Anonymous said...

Mungkin tempat tu berat dosa kut... tu sebab asyik bergegar aje.. Bumi dah tak larat nak tampung dosa...

Anonymous said...

Agaknya Feng Shui kat situ dah pergi semenjak the founder sudah tiada....

Anonymous said...

Kita kat Malaysia walau pun tak berada dalam lingkaran gunung berapi pasifik, tetapi masih tidak boleh 100% yakin tiada gempaakan berlaku... kena sediakan payung sebelum hujan dan adakan kajian menyeluruh dikawasan tersebut...

Anonymous said...

Dunia akhir zaman... dunia sudah tua... kiamat hampir tiba....

Unknown said...

Kita dijadikan Tuhan untuk mentadbir bumi, walaupun Tuhan, dengan sifatnya yg Maha Mengetahui, telah menetapkan takdir.
Saya lampirkan cebisan dari laporan yg didapati dari internet merujuk kpd perbincangan mengenai Electromagnetic atau Scalar energy untuk renungan.Saya rasa satu kajian yg teliti perlu dilakukan kerana :
1.Gegaran tsb hanya berlaku dikawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik tetapi tidak dirasakan di kawasan Genting.
2.Fenomena ini hanya berlaku sekitar 8 bulan yg lalu, tetapi mereka yg telah berpuluh2 tahun bermastatutin disitu tidak mengalaminya sebelum ini.
3.Sebuah syarikat usahama kerajaan dan swasta terpaksa mengalihkan lokasi projek biotek bernilai RM200juta kekawasan lain kerana fenomena tsb.

Rujuk excerps dibawah untuk sama2 kita fikirkan

Four Collaborative Anecdotes
by J.R., Jan. 27, 2005

The article was interesting. There are however three other considerations:

1) In the early 20th century Nicola Tesla was studying mechanical resonance using a dual chambered device about the size of a soda can. He strapped it to he support beams in his laboratory in NY City and generated an earthquake that shook several square blocks. There is a court order on file blocking him from further testing of the device within the city limits of NY.

2) In the early 1980's a bored laid off oil field employee in southern California dropped seismic sensors into a hole under his mobile home and monitored them using his home PC. He found regular rhythm patterns that could only be artificial before several small earthquakes. Someone was trying to relieve the stress on the San Andreas fault. He reported it to the press and the day the news hit the papers, the rhythm stopped.

3) Much has been made about the relationship between the magnetic field and the earth's crust. The magnetic field strength has dropped from 4 gauss in the air (roughly 4000 gauss in the crust) to 0.4 gauss (400 gauss in the crust) in the past 2000 years. This weakening has weakened the integrity of the crust. Further, military experiments in Russia, Greenland, Finland, and the USA using atmospheric heaters (HAARP comes to mind) cause movement in the magnetic field. These movements lead to further weakening along critical stress points.

4) There have been two good correlations done between underground nuclear testing and earthquake activity. One of them was reported on the net. I'll try to find it again and give you the address. The other one is a classified Air Force document I had access to while working in a nuclear detection outfit in the 1970's. Watch the news for underground test announcements and then watch for a couple of days and you will see as many as three 6+ quakes.

Cokodok said...

salam..

bagi saya senang.. bila kita melawan alam.. inilah hasilnya... hutan ditebang.. laut dicemar.. bukit dirata... mmg patut mother earth lawan balik...

http://divermiskin.blogspot.com