Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Sunday, May 25, 2008

Harga minyak yang semakin naik......



Harga minyak semakin naik dan semakin mahal... Dalam masa setahun, ianya sudah naik 100% dan dalam masa 3 bulan yang sudah minyak mentah naik hingga 30% dan hari ini harga minyak berlegar pada paras RM USD130-USD140 dan mungkin hujung bulan nie harga minyak lepas pulak paras USD150 per barrel... Ini sudah jadi macam krisis 1997, mungkin lebih teruk lagi... Negara kita Malaysia cuma masih bernasib baik tak terkena tsunami harga minyak nie kerana kita masih lagi merupakan net exporter... Kita tak perlu mengimport minyak untuk kegunaan sendiri kerana kita boleh keluarkan minyak sendiri...
Tetapi, yang menjadi tanda tanya dan yang menjadi kebimbangan sekarang ialah kenapa harga minyak naik mendadak? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan harga minyak naik ke paras yang tinggi dan terus naik dan terus naik seakan-akan dunia sudah kehilangan kapasiti pengeluaran minyak mentah yang mencukupi. Pada kadar hari ini, kenaikan harga minyak kini adalah merupakan senario yang sangat-sangat membimbangkan dan kerajaan perlu bertindak dengan pantas untuk mengurangkan penggantungan kita pada minyak... Kegagalan kita untuk berbuat demikian akan menyebabkan negara akan menjadi bergantung kepada import minyak dan mengakibatkan ekonomi negara menjadi semakin parah...
Data beberapa tahun lepas menunjukkan bahawa kita mengeluarkan lebih kurang 600,000 minyak sehari dengan pengeluaran sebanyak 750,000 tong minyak sehari, dengan lebihan lebih kurang 150,000 tong sehari... Ini bermakna kita mempunyai lebihan 20% dari pengeluaran minyak dan keadaan ini adalah kurang selamat... Jika kita mempunyai cara dan alternatif lain dan mampu mengurangkan penggunaan minyak kita, maka ianya akan memberikan kelebihan serta faktor selamat yang lebih selesa. Mungkin negara kita boleh mensasarkan matlamat untuk mengurangkan penggunaan minyak daripada 600,000 tong sehari kepada 300,000 tong sehari dan dengan cara ini akan meningkatkan faktor selamat kita kepada satu faktor yang lebih selesa.
Brazil merupakan salah satu negara yang dikatakan berjaya dalam misis mengurangkan penggantungan kepad sumber minyak mentah dengan dasar bio-etanol nya... Dengan menggunakan sumber bio-etanol yang diperolehi melaui jagung dan tebu, penggunaan minyak dinegara itu berjaya diturunkan kerana bio-etanol boleh menggantikan lebih kurang 20% - 25% penggunaan minyak... Walau pun terdapat pelbagai perbahasan mengenai kebaikan dan keburukan bio-etanol, pada dasarnya, Brazil telah berjaya mengurangkan penggantungan-nya kepada import minyak...
Kesan kenaikan minyak kini serta kesan kenaikan harga beras dan kesan kenaikan harga makanan mungkin mempunyai kaitan secara langsung antara satu sama lain. Dari segi asasnya, trend penggunaan minyak tidak banyak berubah tetapi lebih dipengaruhi faktor luar.
Dengan kejatuhan nilai matawang US, kebanyakan pelabur kini telah beralih kepada sumber-sumber komoditi untuk menangani kemerosotan nilai wang US. Kebanyakan pelabur telah membeli sumber-sumber komoditi untuk mencegah kerugian mereka terhadap simpanan nilai wang US. Ini menyebabkan permintaan terhadap komoditi bertambah dengan mendadak. tetapi ini bukan disebabkan kadar penggunaan komoditi tersebut telah naik mendadak, tetapi disebabkan permintaan belian untuk pasaran hadapan yang menyebabkan harga-harga barangan menjadi keliru dan tidak mampu untuk mendapatkan arah niaga daripada nilai-nilai asas permintaan dan pembekalan...

Fakta-fakta mengenai harga minyak:-
  1. Pada May 2007 harga minyak mentah sekitar USD65 setong naik sehingga USD135setong pada bulan Mat 2008.

  2. Data-data penggunaan minyak menunjukkan perbezaan antara permintaan dan pembekalan adalah seimbang.

  3. Pakar-pakar menjangkakan permintaan penggunaan minyak dunia akan meningkat kepada 87 juta tong sehari pada tahun 2008.

  4. Menurut artikel Oil Price Bubble?, pengeluaran minyak dunia sudah meningkat sehingga 3.3% sedangkan permintaan minyak hanya meningkat 1.6%.

  5. Lebihan permintaan minyak terhadap bekalan minyak kini adalah diparas 3 juta tong sehari berbanding 1.5 juta tong sehari dua tahun lepas.

  6. Harga minyak ialah serendah USD8 setong pada tahun 1999, naik sehingga USD35 setong dalam tahun 2000 dan terus meningkat USD50 setong dalam tahun 2004.
  7. Harga minyak terus miningkat dalam tahun 2008 naik kepada USD110 etong dalam bulan Mac, USD 125 setong pada 9 Mei 2008,dan terus meningkat dan melepasi USD130 setong pada bulam Mei ini dan ianya masih lagi tidak stabil dan meningkat.

  8. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa peningkatan harga-harga barangan pertanian seperti beras dan sebagainya mungkin berpunca daripada peralihan daripada tanaman tersebut kepada tanaman jagung dan tebu yang lebih menguntungkan untuk bekalan kepada loji pemprosesan bio-etanol.
Walau apa pun, senario ini merupakan senario yang membimbangkan dan ianya merupakan masalah dunia keseluruhan-nya. Ramai juga berpendapat bahawa ketidak stabilan harga pasaran banyak dipengaruhi oleh kejatuhan pasaran nilai matawang US, yang menyebabkan pelabur-pelabur sudah mula menukarkan simpanan US mereka untuk membeli barangan-barangan komoditi bagi mengurangkan kerugian akibat kejatuhan nilai wang US.


Mungkin terdapat 3 atau 4 senario perubahan yang akan berlaku akibat kenaikan berterusan harga minyak dunia ini;-

  1. Kesan positif - Dengan kenaikan harga minyak, pengguna-pengguna mula mengurangkan penggunaan minyak dan dengan itu mengurangkan kadar permintaan berbanding pembekalan dan ini akan menyebabkan lebihan bekalan minyak dan akan menyebabkan harga minyak kembali menyusut dan menstabilkan keadaan ekonomi dan pasaran minyak.
  2. Kesan negatif - Harga minyak terus naik dengan kadar permintaan terus tinggi dan akhirnya menyebabkan keadaan dimana ketidak stabilan ekonomi terjadi dan menyebabkan dunia mengalami krisis ekonomi yang teruk dan menghasilkan kesan rantaian lainnya yang menyebabkan ekonomi dunia terjejas teruk
  3. Kesan neutral - Harga minyak akan terus naik sehingga kadar tepu, dan keadaan permintaan dan pembekalan kembali stabil akibat suasana ekonomi yang kembali stabil, tetapi terdapat pelbagai inisiatif perubahan corak kehidupan dan gaya hidup.
  4. Kesan Luar Jangka - Kita tak tahu apa yang akan terjadi dimasa hadapan, mungkin juga dengan izin Allah kitakan menemukan sumber alternatif tenaga lain yang lebih murah dan lebih banyak simpanannya seperti gas hidrat yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai sumber tenaga bagi tempoh jangka panjang.

9 comments:

Anonymous said...

Apakah yang boleh dilakukan kerajaan sekarang? Bolehkah kita menurunkan harga minyak?

Apakah tindakan kerajaan untuk menangani isu minyak nie?

Nampaknya sudah terlampau banyak krisis sekarang nie yang menyebabkan kita sukar maju kehadapan..

Mungkin TDM tahu sesuatu yang tidak kita tahu?

the indie story said...

artikel ni puas hati beb!

pueh hati den!

gua dapat perspektif baru tentang petroleum industri.

memang pueh ati!

Letting the time pass me by said...

Bro moderator.. sebenarnya de banyak lagi point-point yang tak masuk kat sini... Ini baru dala 40% - 60% aje point...

Banyak sangat teori sebenarnya...

Tapi aku rasa mungkin Tun Mahathir tahu sesuatu sebab George Soros ade berjumpa Tun Mahathir masa Soros datang sini...

Tapi TDM walau pun dia tak jumpa George Soros, dia mesto tahu apa sebab utama hraga minyak dengan beras naik... Dia bukan orang jenis duduk diam... dia nie orang yang membaca...

Yana Ismail said...

hm, apakah solution terbaik?

Letting the time pass me by said...

Cik princess..

Saya pun tiada solution yang saya anggap the best solution...

Tetapi solution yang baik bagi sesebuah negara ialah mula membina kekuatan sumber dalaman tanpa penggantungan kepada import...

Kurangkan penggantungan kepada diesel.. Tingkatkan pengeluaran beras negara untuk menampung keperluan negara.. Pastikan semua sumber-sumber utama kehidupan seperti gula, beras, makanan dapat dikeluarkan oleh negara sendiri..

Pastikan sumber-sumber asas ini berada 50% melebihi tahap keperluan negara...

Pastikan negara mempunyai strategi penimbal bekalan yang strategik yang mampu bertahan sehingga 10 tahun misalnya....

Dalam hal ekonomi, saya suka dengan cara Tun Mahathir kerana beliau merupakan seorang yang amat teliti apabila merancang sesuatu.

Jika dia merancang sesutu, sudah pasti dia akan menimbangkan segala kemungkinan-kemungkinan dan kemudian melaksanakannya dengan yakin..

Saya setuju jika Tun Mahathir dilantik sebagai penasihat ekonomi negara kerana pada 1997, belaiau membuktikan bahawa pengetahuan ekonomi beliau setanding dengan IMF dan Bank Dunia...

Anonymous said...

Kena tawakal bro... rajin-rajin berdoa supaya dirahmati dan dikurniakan rezeki yang sentiasa mencukupi...

Anonymous said...

Keadaan ekonomi sekarang amat membimbangkan.. harga barang sudah meningkat dengan pesatnya..

Macam mana agaknya kita nak bertahan sehingga tahun 2020?

Anonymous said...

Bro... boleh tak blog mengenai cadangan penggunaan tenaga alternatif... terutamanya gas hidrat... minat juga nak tahu selanjutnya...

Anonymous said...

tak lama lagi, kapal terbang dah tak boleh nak terbang sebab bekalan minyak sudah tidak mencukupi...

Kena la belajar belayar naik tongkang....