Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, May 21, 2008

Manchester United Juara Eropah

Manchester United 1 - Chelsea 1
(Man U menang 6 - 5 sepakan penalti)
Cristiano Ranaldo 26'
Frank Lampard 45'
Manchester United menang penentuan penalti
Teves (masuk)
Carrick (masuk)
Ronaldo (tak masuk)
Hargreaves (masuk)
Nani (masuk)
Anderson (masuk)
Giggs (masuk)
Chelsea
Ballack (masuk)
Benetti (masuk)
Lampard (masuk)
Cole (A) (masuk)
Terry (tergelincir dan tak masuk)
Kalou (masuk)
Anelka (kena selamtkan)



Manchester United berjaya memenangi kejuaran Eropah selepas menewaskan Chelsea dengan sepakan penati sudden death 6-5, apabila kedua-dua terikat 1 -1 selepas masa penuh dan masa tambahan perlawanan... Penyerang sensasi Ronaldo meletakkan United didepan seawal minit ke-26, tetapi Frank Lampard mengikat kedudukan 1-1 sejurus sebelum tamat separuh masa pertama pada minit ke-45...

Chelsea nampak lebih mengusai permainan separuh masa kedua dengan Drogba membuat satu rembatan kencang yang menggegarkan tiang sebelah kiri Van der Sar... United juga mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol, tetapi percubaan Tevez tidak cukup untuk menewaskan Petr Cech..

Chelsea sekali lagi menggegar palang gol United pada masa tambahan melalui percubaan Frank Lampard, dan dengan keputusan seri 1-1, sepakan penalti terpaksa diadakan...

United bermula dengan baik dengan Tevez dan Carrick berjaya menyempurnakan sepakan mereka disaingi dengan kemas oleh Ballack dan Beletti... Pada sepakan ketiga, Ronaldo gagal menjaringkan sepakan penalti apabila Petr Cech berjaya merebahkan badan kesebelah kanan dan menampan kemas sepakan Ronaldo. Frank Lampard kemudiannya menyempurnakan sepakan penalti ke 3 Chelsea menjadikan kedudukan 2 - 3 berpihak kepada Chelsea, Hargreaves kembali mengikat kedudukan 3-3 dengan sepakan penaltinya dan Cole kembali mletakkan Chelsea didepan. Nani kemudiannya menyepak masuk penalti dan kini Chelsea berupaya memenangi Piala Eropah jika John Terry berjaya menyempurnakan penaltinya. Malangnya, John Terry tergelincir dan menyebabkan bola tersasar keluar sebelah kiri Van der Sar dan mengikat kedudukan 4-4... Anderson dan Giggs seterusnya menyempurnakan sepakan mereka dengan Kalou... Dengan kedudukan 6 - 5 , Anelka perlu menjaringkan gol untuk meneruskan sepakan sudden-death.

Dalam saat yang genting, Van der Sar merebahkan badan kesebelah kanan dan sepakan Anelka telah berjaya ditampan dan diselamatkan...

Manchester United merangkul kejayaan buat kali ke-3 dalam sejarah Piala Eropah.


Tidak syak lagi, Sir Alex Ferguson merupakan arkitek kejayaan Manchester United yang telah berjaya membina kejayaan demi kejayaan. Ini merupakan kali kedua Sir Alex Ferguson memenangi Juara Eropah, dan mungkin bukan kali terakhir...

Sir Alex Ferguson telah berjaya membentuk pasukan Manchester United sebagai pasukan yang unggul yang mampu mengusai dunia bolasepak Eropah. Dia merupakan seorang Pengurus yang bijak dan arif dalam selok belok bolasepak dan dia boleh membaca corak permainan dengan baik.


Cristiano Ronaldo menyumbatkan gol ke 42 dalam musim yang gemilang dengan tandukan yang menewaskan Petr Cech.. Dengan kejayaan ini, Ronaldo mungkin berpeluang memenangi pelbagai lagi anugerah individu. Tidak syak lagi beliau ialah pemain paling "menjadi" musim ini.


Van der Sar sekali lagi membuktikan keunggulan beliau dalam menyelamatkan sepakan penalti, membantu Manchester United menjulang Piala Eropah untuk kali kedua...

Syabas Manchester United

link berkaitan

4 comments:

Cristiano ronaldo... said...

Well, I've said in my earlier posting to you, I will score one goal in the final..

MU is now the European Champion...

This is for the fan....

Glory.. glory... Man U

footbal focus said...

Hmm... almost a similar result as the FA comunity sheild in 2007...

Giggs (35')
Malouda (45')

Man U 1 - Chelsea 1

Man U win 3 - 0 penalty shoot out

mie said...

hoho~

betul juga tekaan ku pada awalnya.. hehe~

Anonymous said...

bola mcam poltik,sepak terajang n terjah-prostrategik.blogspot.com