Apapun, kali terakhir saya mengirim dokumen kurier, harganya telah meningkat daripada RM5.25 kepada RM10.00, tetapi tak tahulah jika harga tersebut akan dikurangkan sebanyak 15% pula sekarang... Rasa-rasanya tidak... begitu juga dengan harga barangan lain... Sukar untuk diturunkan...
Apa pun berbalik kepada persoalan inflasi, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada kemungkinan situasi inflasi dinegara ini juga akan menjadi tidak menentu.. cuma harapnya ianya tidak meningkat dengan mendadak...
Saya kadangkala berfikir, apakah sebenarnya yang menyebabkan keadaan inflasi yang agak tinggi... Harga sebuah rumah teres setingkat baru disekitar kawasan saya sudah meningkat daripada sekitar RM90k pada tahun 2000 kepada RM120k pada tahun 2008. Itu merupakan peningkatan sebanyak 33%. Bermakna setiap tahun, terdapat peningkatan harga sebanyak lebih kurang 4%.... Hmm nampaknya pelaburan rumah ini lebih kurang sama pulangannya dengan simpanan EPF (lebih kurang 4% atau 5% dividen setahun)... Tetapi saya terfikir pula, sebuah Laptop Dell Inspiron yang telah saya beli pada harga RM6000 dengan kemampuan RAM hanya sekitar 250M pada tahun 2002, kini (tahun 2008) pada harga RM4000, saya boleh membeli sebuah Laptop Dell Inspiron yang bukan sahaja mempunyai kapasiti yang lebih baik, tetapi juga jauh lebih canggih penggunaannya dengan model yang serupa Inspiron. Itu juga merupakan suatu penurunan harga sebanyak 33% dalam masa 6 tahun. Ini sudah tentu menyumbang kepada faktor deflasi dan bukan inflasi. Begitu juga dengan barangan elektrik yang lain...... PS2 mungkin berharga sekitar RM1000 2, 3 tahun lepas, tetapi kini boleh dibeli dengan harga RM500... Itu juga merupakan suatu penurunan nilai sehingga 50%...
Harga TV plasma dan harga TV biasa juga nampaknya sudah turun sekita 40% berbanding harga lama... Jadi, dimanakah perginya atau dari amnakah datangnya inflasi? Mungkin juga secara teori, sebuah kereta Toyota Camry masih dijual pada harga RM160k, tetapi dengan spesifikasi yang lebih canggih juga...
Mungkinkah terdapat kaitan langsung Inflasi, Deflasi dan produktiviti.... Jika kita melihat keadaan komoditi pula, harga emas, dan logam-logam lain serta harga getah terus mengalami peningkatan dan penurunan yang ketara dan sepatutnya terdapat keseimbangan antara inflasi dan deflasi yang seimbang... tetapi agak menghairankan, tatkala harga komoditi mengalami penurunan yang teruk, yang sepatutnya menyebabkan harga pembuatan barangan menjadi semakin murah, keadaan inflasi serta keadaan ekonomi hampir-hampir tidak berubah. Apakah ini kerana terdapatnya faktor pengambilan keuntungan yang diamalkan oleh peniaga-peniaga pasaran komoditi yang menyebabkan situasi kejatuhan harga tidak sampai kesannya kepada orang-orang biasa dan hanya dirasai oleh golongan tertentu... Mungkin itulah keadaannya dan sebab itulah, jika dilihat pada tahun 1997, kesan kejatuhan matawang amat terasa dikalangan para peniaga-peniaga saham dan kurang impaknya terhadap golongan petani dan sebagainya.... Peniaga-peniaga saham pada masa itu kehilangan sehingga 70% nilai saham, bahkan ade saham yang terus menggelupur dan kehilangan nilai dagangan langsung!! bayangkan jika satu lot saham 1000 unit pada harga RM1.00 sesaham kehilangan sehingga 70% nilai saham, bermakna jika kita memiliki 100 lot saham, kerugian kita pada masa itu akan menjadi sehingga RM70k... wow.. itu angka yang tersangat-sangat banyak...
Berbalik kepada perbincangan mengenai inflasi, deflasi dan produktiviti, kita sudah melihat bahawa dalam pembuatan barangan komputer misalnya, nilai inflasi telah berjaya dibending, bahkan ianya menjadi kesan deflasi juga... Mungkin situasi ini didorong oleh peningkatan produktiviti dikalangan pengeluar-pengeluar barangan komputer yang menyebabkan harga barangan komputer menjadi semakin murah. Thumbdrive 1 gig suatu ketika dahulu berharga sehingg RM100 seunit, kini diberi percuma dan harga Thumbdrive 2 gig cuma berharga RM25.00 .. Hmm memang menakjubkan...
Tetapi apakah kita tidak mampu untuk mengadaptasikan situasi harga barangan komputer kepada situasi harga barangan lain, seperti barangan pembinaan perumahan, barangan makanan, barangan pengangkutan dan sebagainya? Atua apakah, disebabkan terlalu banyak ketirisan dan suasana korupsi, menyebabkan terdapat pelbagai halangan untuk kita mengadaptasikan situasi ekonomi perdangangan komputer yang menunjukkan halatuju deflasi kepada persekitaran ekonomi lainnya. ataupun, terdapatnya suatu keadaan kepincangan ekonomi kredit yang sukar untuk mencegahnya berlaku keadaan inflasi?
Saya juga tertarik dengan senario yang berlaku didalam trend penggunaan internet kini. berapa banyakkan laman web yang percuma? Blog saya ini pun dihasilkan dan dihostkan secara percuma tanpa membayar apa-apa kepada google dan syarikat-syarikat lain, sehingga membuatkan saya tertanya-tanya, apakah layak saya meminta bayaran terhadap "perkhidmatan" saya yang kadangkala tidak seberapa jika dibandingkan dengan appikasi canggih yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan-perkhidmatan web yang canggih ini... Amat membingungkan kerana saya membayar sehingga RM77.00 kepada Telekom sebulan hanya untuk mengakses kepada internet, tetapi syarikat lain seperti penyedia applikasi Skype, Yahoo, Google, facebook dan sebagainya memberikan perkhidmatan canggih mereka dengan percuma...Gmail misalnya memberikan akses sehingga 1 gig percuma email ditalian sedangkan perkhidmatan TMNET berbayar hanya memberikan saya sekitar 10M ruangan penyimpanan maklumat email.
Jadi apakah terdapat kepincangan ekonomi ketara dan terdapat ketidak seimbangan produktiviti didalam sistem ekonomi hari ini yang menyebabkan inflasi, deflasi dan produktiviti tidak berada didalam keadaan yang seimbang? Amat membingungkan juga apabila seorang penyanyi boleh meminta bayaran sehingga RM40k, hanya untuk melontarkan suara selama satu jam, yang hanya menyedapkan halwa telinga, tetapi jika sorang tukang paip meminta bayaran RM100 sejam untuk membetulkan paip tersumbat yang baunya "yaa amaaat", dirasakan terlalu mahal... Walhal takde orang diberitakan mati jika tidak mendengar lagu dendangan the cyber jammers....
Apapun, sistem ekonomi kapitalis ini meruapakan suatu sistem yang perlu dikaji semula... Mungkin Rusia dan China sudah mula merasakan kesan positif akibat pendedahan dan penerimaan sistem ekonomi kapitalis, tetapi, kesan negatif peningkatan jurang kekayaan kemiskinan terus dirasai... Mungkin itulah kesan negatif paling ketara didalam sistem kapitalis ini apabila terdapat ketidak seimbangan pengagihan kekayaan dikalangan rakyat, tetapi bukankah itu didorong oleh sifat tamak naluri manusia? Dan apakah harus disalahkan sistem kapitalis itu sendiri? atau pun sistem kapitalis itu sendiri sebenarnya diilhamkan oleh sifat tamak manusia yang ingin mengeksploitasikan sistem ekonomi supaya memberikan peluang untuk merebut dan mencilok kekayaan?
Baru-baru ini nampaknya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar ibrahim telah menuntut agar kerajaan Malaysia mengusulkan belanjawan baru bagi memastikan bahawa ekonomi Malaysia tidak terjejas dengan kemelesatan ekonomi dunia... Cuma saya agak terkejut kerana kebanyakan bank-bank dunia kini nampaknya telah mengikut langkah Tun Mahathir didalam langkah mereka untuk menyelamtkan ekonomi mereka... US contohnya telah menyuntik modal sehingga USD700 billion untuk menyelamatkan syarikat-syarikat US supaya tidak muflis... Amat menarik juga kerana pakar ekonomi Barat seakan-akan mengiktiraf plan pemulihan ekonomi ala Tun Mahathir.... Tapi apakan daya, nampaknya rakyat Malaysia sendiri kadangkala tidak menghargai kebijaksanaan pemimpin mereka sendiri...
Apa pun, berbalik kepada perbincangan inflasi, deflasi dan produktiviti, saya kira, didalam keadaan kegawatan ekonomi, peningkatan produktivi memang amat-amat diperlukan dan saya kira jika peningkatan produktiviti dapat ditingkat sebanyak 25%, maka kesan ekonomi mungkin tidak terjejas teruk... Apa pun, keadaan ekonomi biasanya akan banyak dipengaruhi oleh paras pengangguran... Jika para penggangguran rendah sekita 0.25%, maka, keadaan ekonomi mungkin tidak akan terjejas teruk... Cuma mungkin perlu dibuat perlarasan sedikit dan kerajaan sepatutnya menumpukan fokus terhadap meningkatkan tahap fundamentalisme ekonomi negara ini. Jika ekonomi negara terus dikukuhkan dengan sistem ekonomi debit, dan didorong oleh nilai fundamental dan disokong oleh transaksi dagangan yang stabil dan penuh bersandar, tidak ade sebab mengapa ekonomi negara akan menghadapi kemelestan teruk...
Apapan ini cuma pandangan 2 sen saya... Almaklumlah, kita belajar engineering, manala tahu sangat pasal ekonomi nie... tetapi jangan dilupa, Tun Mahathir adalah seorang graduan Doktor, tetapi beliau juga terbukti seorang pakar ekonomi yang hebat.....
7 comments:
Menarik
saya kasi 80 markah
Bro...
Bagus2! 80%? Ishhh...82.5%! Huhuhu...
Hai Kou Tian Kou satuuuu....!
Roger!
hasbullah pit
Terimakasih... kalau kat U, 80/100 tu dah kira A tu...
aboo
Wah... saudara nie memang lebih murah hati... Tima kasih...
gua ada tulis puisi inflasi.
pasal economy macam saudara kata berkenaan laptop n tv plasma dan sebagainya
ialah...1st product akan mahal sebab benda tu adalah new product yg belum pernah dihasilkan mana2 company lagi..
tetapi selepas itu akan murah sebab syarikat lain akan mula mengeluarkan product yg lebey kurang sama untuk bersaing
dan masing2 akan memberi harga yang paling rendah supaya2 barang itu akan dapat dijual...
dan secara teori atau realitinya apabila harga naik...ia akan sentiasa naik...
dan jika harga minyak jatuh...barang2 yg sudah naik harga sangat mustahil untuk turun...
semuanya nak kan keuntungan
itulah kesimpulannya
danielle_corleonne
Itu puisi cinta ke pusi ekonomi?
hans
Hopefully harga minyak akan bertambah turun... sebagai pengguna juga kita kena memainkan peranan supaya harga barangan dapat dibeli pada harga minimum..
Penurunan yg boleh dikatakan mendadak kan...so0..jika difikir secara kasar...
harga minyak spt0tnya perlu ke semahal sebelom ini??
best harga minyaak tulo0n..leh merayaap.. :)
Post a Comment