Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Monday, October 6, 2008

Harga Minyak Pada Tahap USD 50 setong?

Baru dua bulan yang lepas, kita terus dikejutkan dengan lonjakan harga minyak yang berterusan seakan-akan mahu menerjah kepada tahap USD200 setong (harga tertinggi mungkin kurang sedikit dari USD150 setong), tetapi semenjak dua menjak nie, harga minyak dunia sudah kehilangan momentum dan telah menyaksikan penurunan yang agak ketara. Dengan tiba-tiba, teori peak-oil seolah-olah telah dilupakan dan kita kali ini terus menerus dibelenggu oleh misteri ekonomi yang membingungkan... Kemanakah perginya permintaan tinggi yang telah melonjakkan harga minyak keparas melepasi USD140 tempohari? Kini sebaliknya harga minyak terus menurun sehingga keparas dibawah USD100, dan penganalisis ekonomi sudah mula mengira-ngira kemungkinan harga minyak dunia menurun keparas USD50 setong (suatu angka yang saya jangkakan dalam bulan June lepas) dan kemungkinan ini nampaknya tidak mustahil berlaku. Apa pun, senario ini sepatutnya memberikan harapan baru terhadap arah ekonomi negara dan memberikan suatu ilham baru kepada usahawan-usahawan untuk merebut peluang yang bakal muncul akibat daripada penurunan harga minyak.
Adalah agak menghairankan apabila melihat tahap harga minyak yang terlampau terdedah kepada spekulasi sehinggakan seolah-olah ianya tidak langsung berpandukan kepada asas-asas permintaan dan pembekalan, dengan kenaikan minyak yang terlampau tidak stabil. Kemanakah hilangnya teori "peak-oil" yang digunakan selama ini untuk menjustifikasikan tahap harga minyak pada USD 147 suatu ketika dahulu? Tetapi mungkin persoalan yang lebih penting, apakah serangan spekulasi kini sudah reda dan harga minyak akan kembali stabil dengan asas permintaan dan pembekalan yang kukuh. Namun begitu, jika benar harga minyak dunia akan kembali stabil pada tahap USD50 setong, maka sudah tentu terdapat pelbagai inisiatif baru yang mampu dijanakan oleh kerajaan dan lebih banyak aktiviti ekonomi yang boleh dijanakan.
Persoalannya lanjut sudah tentu akan menoleh kembali terhadap pelbagai kenaikan harga barangan semenjak awal tahun ini. Apakah harga apam balik akan turun kembali kepada harga RM1.50 atau RM1.00? Apakah saiz roti canai yang telah mengecil sedikit akan dibesarkan semula? Apakah yuran tambang bas sekolah yang naik sebanyak RM10 akan diturunkan semula? Mungkinkah harga pembinaan rumah akan turun semula sekitar 30% dan harga-harga barang-barang binaan akan turun semula?
Berdasarkan keadaan ekonomi semasa, pasaran komoditi sudah pasti akan dipengaruhi oleh faktor-faktor persekitaran dan terdapat kemungkinan bahawa harga-haraga bahan binaan seperti besi dan sebagainya akan menunjukkan penurunan sejajar dengan penurunan harga minyak ini, tetapi bagi bahan-bahan yang bukan komoditi, penurunan harga sememangnya akan menjadi sukar, dan mungkin tidak berlaku langsung. Cuma mungkin peniaga apam balik akan menambah lebih banyak kacang dan bahan-bahan lain dalam apam baliknya supaya menjadikan apam baliknya lebih berperisa, atau peniaga murtabak akan menabur lebih banyak rempah dan daging cincang sejajar dengan penurunan harga minyak. Mungkin juga saiz roti canai akan diperbesarkan semuala selaras dengan penurunan harga minyak.
Apapun harapan negara sudah semestinya untuk melihat ekonomi negara kembali rancak dan untuk melihat kestabilan politik negara terus utuh. Kini terdapat pelbagai spekulasi mengenai tampuk pemerintahan negara dan jawatan Timbalan Presiden UMNO seolah-olah menjadi kerusi rebutan panas yang bakal direbut oleh ramai calon-calon yang ingin bertanding. Apakah kita bakal menyaksikan lebih banyak perpecahan akar umbi akibat daripada "perebutan" besar-besaran kali ini? Mungkin pencalonan untuk jawatan belum bermula, tetapi kita mungkin sudah boleh menyenaraikan sehingga lima nama calon yang menawarkan diri untuk kerusi Timbalan Presiden. Tetapi persoalan lain yang akan timbul ialah, jika semua orang terlampau asyik untuk kerusi no. 2, siapa pula yang akan merebut jawatan Naib Presiden UMNO? Nampaknya sehingga kini, jawatan tersebut yang mempunyai 3 kekosongan seolah-olah sudah dilupakan.
Apapun, sebagai rakyat biasa, kehidupan kita banyak bergantung kepada dinamik pertumbuhan ekonomi dan perkembangan pembangunan negara. Jika keadaan ekonomi negara berkembang dengan pesat dan jika pembangunan negara dijanakan dengan menyeluruh, maka tempiasnya mungkin dapat dinikmati oleh rakyat biasa. Walau pun visi kerajaan kini yang mula memfokus kembali terhadap kegiatan pertanian dapat menjanakan pendapatan penduduk kampung, terdapat juga penduduk-penduduk kampung yang tidak mempunyai sebarang tanah untuk diusahakan dan mungkin aktiviti-aktiviti ekonomi yang lebih mampan dan lestari perlu dilaksanakan.........

18 comments:

saat omar said...

Selamat hari raya...maaf zahir dan batin.

saya tak tahu banyak tentang ekonomi dan bagaimana saham sesuatu negara tu boleh effect negara lain hehe...kalau rajin tolonglah ajarkan saya ahak.

sakurasa 2 said...

Salam kenal n tq sudi berkunjung ke blog sakura.Rasanya masih sempat ucapkan Selamat menyambut Aidilfitri

Anonymous said...

slmt hari raya gark.. sama lah kite.. maap zahir dan batin..

p/s: bile laa nak turun minyak kat sini nih

Letting the time pass me by said...

saat omar
selamat Hari Raya, saya pun bukan arif sangat pasal ekonomi nie sekadar menulis untuk berkongsi buah fikiran sesama bloggers...

sakurasa 2
Bulan syawal ade sebulan, memang masih relevan untuk mintak maaf...

ien
Kalau mengikut kenyataan Menteri Hal Ehwal Datuk Shahrir, kenala tunggu hujung bulan nie baru diorang nak "revise" harga minyak...

Ajeem said...

walau apa keadaan sekali pun,kepentingan rakyat harus ditempat pertama...pemimpin harus menjadi seperti bapa yang mengutamakan kepentingan anaknya.bukannya menjadi perompak kepada apa yang dimiliki rakyat.

The Island of NAMOYAKI, said...

:)


Salam kenal & Salam hormat,
ZR

IamYonna said...

selamat hari raya! :)

Yana Ismail said...

hmm..btol tu.economy memang mempengaruhi..alaahai

Danielle_Corleone said...

wah! naik turun dan naik turun lagi. tapi skarang ni trend dier turun je. hehehe.

Letting the time pass me by said...

ajeem
mana ade pemimpin yang mementingkan kepentingan rakyat? Semuanya hanya mementingkan survival politic and of course survival periuk nasik.... Si there going to be any new hope?

zul rahman
Salam hormat... thanks for dropping by......

yonna bebot=)
Same to you... maaf zahir batin...

princess liyana
Semuanya melibatkan ekonomi ... hopefully harga minyak akan bertambah murah diMalaysia sebab harga minyak dunia sudah turun....


danielle corleone
Hopefully they will revise the petrol and diesel price soon....

Faisal Admar said...

minyak turun pun harga barang turun ke? ah! bosan betul.

perfectwater75 said...

Salam!

Terima kasih atas kunjungan tuan ke blog saya...

thx!

Ajeem said...

yes..i'm sure there will be hope in future...there is possible if we strugle according tu 'internal power'. i hope u can understand what i mean.

Ajeem said...

saudara kerapkan lagi buat posting kalau boleh setiap hari jika masa mengizinkan.i will be always follow ur blog.k

azlishukri said...

saya sudah link blog saudara. salam aidilfitri dan maaf zahir batin daripada saya.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

dari

aberamly.wordpress.com

ramlyotai.blogspot.com

Unknown said...

Walau pun minyak dah turun tetapi kerajaan malaysia masih tidak turunkan. masa nak naik, nak berak pun tidak sempat. masa nak turun terlalu lambat, kalah siput babi.

Letting the time pass me by said...

perfectwater75
You are always welcome,

ajeem
Hopefully, there will be some drastic improvement soon, especially with the announcement that the PM will retire in March 2009.

muhamad azli shukri
Terimakasih... your blog is a cool blog, full of good stories and wonderful photos..

otai
salam....

mountdweller
Itulah dilema ekonomi dizaman Pak Lah, terlalu mengikut sentimen yang merugikan rakyat... Sekarang pun nampaknya harga minyak semakin menjunam.,...