Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Monday, October 20, 2008

Malaysia Tidak akan Dilanda Krisis Ekonomi....

Menurut laporan akhbar, Malaysia dijangka tidak akan mengalami krisis ekonomi, menurut kata Timbalan Menteri yang juga Menteri Keewangan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak..
PUTRAJAYA: Malaysia is not heading for a recession next year despite many countries taking a hit from the global financial crisis, Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said.
Najib, who is also the Finance Minister, said the Government had enough financial expertise among its various agencies to come up and implement appropriate policy responses towards any possible downturn.
(read more in the star)...
Kenyataan ini memang boleh melegakan, dengan jaminan dari pemimpin kanan negara. Tetapi musykil juga dengan pelan tindakan kerajaan untuk menyuntik sebanyak 10 billion untuk membeli saham-saham yang berada dibawah paras nilai (undervalued shares). Hmm kalaulah kita tahu apakah saham yang berada dibawah nilai tu, boleh jugak kita melabur sekarang.. . Lepas tu kalau kerajaan dah beli saham tersebut pada nilai yang "sebenar", boleh la jual balik saham tersebut...
Saya sebenarnya bukanlah seorang peminat pasaran saham, sebabnya saya merasakan ianya pasaran yang kabur, boleh dimanupulasi yang banyak ketidak telusan didalamnya... Untuk menilai sesebuah syarikat merupakan suatu proses yang sangat subjektif, dan sebuah syarikat yang mempunyai saham RM2.00 pun boleh dinilai sehingga berjuta-juta ringgit... Sebuah syarikat yang mempunyai nilai saham berbayar RM1,000,000 juga mungkin tidak mempunyai nilai langsung. Saham juga merupakan suatu "paper value" yang terlalu subjektif... Saya mungkin boleh membeli saham pada harga RM1.00, tetapi dipasarkan di Busra saham pada harga RM5.00... ianya terlampau subjektif... Bayangkanlah membeli dokumen-dokumen saham dengan harga yang tinggi... Sungguh-sungguh subjektif...
Hari ini, Tun Mahathir telah menulis satu artikel yang menarik mengenai krisis ekonomi. dan seperti biasa, apa yang Tun Mahathir suarakan, memerlukan suatu penilaian yang serius... Tun Mahathir juga menulis dalam point no 33 mengenai kredit.... Saya selalu menamakan sistem ini sebagai sistem ekonomi kredit. Ianya merupakan sumber ekonomi masa kini, iaitu meminjam daripada masa hadapan. Pada saya, sistem ini seharusnya ditukar menjadi sistem ekonomi debit.. Saya rasa saya pernah menyentuh isu ini dalam artikel bulan Jun lepas : Cadangan menurunkan harga minyak.. Tetapi untuk menukar sistem yang ada menjadi sistem ekonomi debit, menurut pandangan saya, ianya memerlukan suatu pengorbanan sosio-ekonomi yang besar kerana terdapat pelbagai aktiviti dan nilai kebendaan yang perlu dikaji semula. Proses perubahan ekonomi kredit kepada ekonomi debit juga akan menyebabkan berlakunya "pembetulan" didalam sistem yang ada. Kita akan menilai semula upah nilai seorang pekerja buruh diladang dengan upah nilai pengurus ladang. Kita akan menilai semula upah pekerja buruh kasar dan pengurus eksekutif. Kita akan meningkatkan produktiviti dan tidak boleh membiarkan terdapatnya kepincangan nilai didalam sistem ekonomi.
Sistem ini juga akan menyebabkan pelbagai pembetulan semula didalam struktur kewangan dan perniagaan itu sendiri, dan sistem debit dijangka dapat mengatasi masalah "credit crunch". Apa pun, semua sistem pasti ada kelemahannya, dan saya merasakan, kelemahan paling ketara sistem ekonomi debit ialah ianya akan menyebabkan keadaan ekonomi akan menjadi perlahan dan bergerak didalam ruang fundamental yang lebih berhati-hati.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri merupakan sesuatu yang agak melegakan, tetapi apakah ekonomi negara ianya akan terus stabil sehingga melepasi tahun 2009 ke tahun 2010 dan seterusnya? Saya rasa sudah ramai orang menulis mengenai perlunya membina sistem ekonomi mampan dan lestari yang mampu menempuh rintangan serta serangan ekonomi luar, dan sekiranya keadaan ini perlu dilaksanakan, kemungkinan juga rakyat Malaysia terpaksa menukar sedikit stail kehidupan mereka. Saya kira, untuk menjalani suatu kehidupan yang selesa tanpa sebarang bentuk kemewahan, kehidupan asas dikampung mungkin hanya memerlukan sekitar RM1000 dan kehidupan dibandar mungkin memerlukan antara RM3000 - RM5000, bergantung kepada dimana bandar yang diduduki. tetapi perlu diingat, ini merupakan corak kehidupan asas tanpa kemewahan. ianya suatu kehidupan asas dengan makanan dan aluk sederhana, tanpa santapan satey pasar malam hujung minggu dan tanpa makan malam berhawa dingin direstoran dihotel 5 bintang. Dan berdasarkan pemerhatian saya, kehidupan rakyat diMalaysia kini adalah lebih selesa kini, berbanding kehidupan sewaktu saya masih belajar sekolah rendah.
Tetapi, disebalik kehidupan yang lebih selesa ini pula, terdapat kebimbangan lain yang timbul, seperti keadaan keselamatan yang agak longgar, kebimbangan terhadap peningkatan kadar jenayah, kebimbangan dengan gejala sosial yang semakin menjadi-jadi dan sebagainya. 30-40 tahun yang lalu, saya rasa kita tidak merasa terlalu risau untuk membiarkan kanak-kanak berusai 8-10 tahun bermain diluar rumah, tetapi kini keadaan sudah berubah. Tahap keselamatan perlu ditingkatkan dan hampir setiap masa juga kita perlu memastikan bahawa anak-anak kita sentiasa berada dikawasan yang selamat. Rumah juga terpaksa dikunci selalu, dan barang-barang kemas perlu disimpan dengan sempurna. Kita juga dilanda kebimbangan kini bahawa anak-anak kita mungkinkah bakal terjebak dengan kegiatan tidak bermoral. saya rasa tidak timbul isu pandai makan pandai simpan, kerana pada amnya, kita tidak mahu masyarakat kita sendiri menjadi korup dengan pelbagai isu-isu kemasyarakatan. Akhir-akhir ini dengan kemajuan teknologi canggih telefon bimbit dan internet timbul pula fenomena baru merakam aksi-aksi panas dan sensasi dan menyebarkannya sehingga mencetuskan pelbagai reaksi.
Apakah masyarakt kini sudah berubah menjadi semakin liberal dan terbuka? Apakah dengan bersifat liberal dan terbuka bermakna lebih banyak aktiviti-aktiviti "sosial" yang semakin menjadi bertambah sosial? Apakah dengan menjadi semakin liberal dan terbuka kita akan menjadi suatu masyarakat yang akan mengenepikan akar umbi budaya ketimuran kita?
Apa pun, tempoh 5 bulan lagi akan menjadi semakin panjang bagi sesetengah manusia, dengan penantian dan dengan pelbagai rintangan yang akan melanda. Parti MCA sudah pun selesai menjalankan tanggungjawab demokrasi parti tersebut dan nampaknya MCA sudah pun mengorak langkah melakukan perubahan reformasi terhadap parti mereka. Kini, Malaysia sedang menunggu satu lagi pemilihan yang bakal menentukan hala tuju negara, iaitu pemilihan UMNO. Seperti yang sudah diketahui, PAU telah pun ditunda daripada bulan Disember 2008 kepada bulan Mac 2009, dan tempoh 5 bulan ini akan menjadi bertambah menarik apabila aspirasi-aspirasi calon-calon yang bertanding akan memulakan kempen untuk meraih undi mereka. Bak kata Zubir Ali, "penantian suatu siksa yang tidak tertanggung" ......

5 comments:

Nizam Gtz said...

Penantian suatu penyiksaan.. Penyiksaan pula??

Mula-mulanya, saya tak brapa nak amek port pasal ekonomi ni.. maklumlah, kita belajar sains hayat, manalar nak fasih ekonomi2 ni...

Tetapi,keadaan semasa dan global hari ni memaksa saya untuk amek tau dan mencuba pelbagai cara untuk menghadapi dan membentengi diri dari mati kelaparan... haha...

Tetapi, bagaimanakah cara yang paling baik untuk kekalkan ekonomi diri??

Adry said...

kalau Malaysia tak dilanda krisis ekonomi tu bagusla .. hehehe.. tenang skit hidup.. hehehe


Adry @ http://www.adrysabry.com

Firaz said...

Salam...
Satu artikel yang menarik bro... tp kenyataan najib tu yg kurang enak dan kurang menarik... 'tidak dilanda krisis ekonomi'...??? ohh yaa.. memang la pak2 menteri tak pernah di landa krisis ekonomi.. kita rakyat kebanyakkan yang menanggungnya...

tertarik dengan ekonomi debit yang bro kupas, walaupun bagi sy dasar ekonomi debit sukar utk diamalkan dlm situasi ekonomi negara yang menyusut, tp ia adalah suatu langkah yang perlu di praktikkan oleh individu mahupun syarikat2 kecil agar kita terus berada dlm jajaran ekonomi yang selamat tanpa perlu takut 'collapse' pada bila2 masa seperti yang berlaku pada ekonomi US yg terkenal sebagai 'penghutang paling dahysat dlm sejarah..';-) bayangkan 80% nilai pinjaman dunia berlegar dalam sebuah negara yg digelar US...

Unknown said...

Najib tu pun bukannya pandai ekonomi macam Pak Lah juga... 2x5 je. Setakat nak keluar statement bebal camtu, nenek aku pun boleh.

Kita heboh bajet berhemah tapi di mana berhemahnya bajet kita?

Kenapa kita perlu beli Camry (contoh je) sedangkan Waja atau Persona sebenarnya pun dah memadai?

Kenapa kita perlu 'melantak' 3 kali (atau lebih) sehari padahal perut kita hanya perlu 1/3 ruang makanan saja (selebihnya, air & udara) setiap kali makan?

Kita bising harga barang naik, tapi bila shopping, kalau boleh nak angkut tauke hypermarket tu sekali.

Pada aku, ekonomi diri ni akan terurus dengan sendirinya bila urusan nafsu-nafsi kita dapat dikekang dan dikawal sepenuhnya. Kalau ekonomi diri baik, insyaallah ekonomi negara ikut sama baik.

Letting the time pass me by said...

zamspotte
Prinsip ekonomi yang paling mujarab... Earn more spent less.. Kalau boleh adjust 50% utuk expenses, 50% untuk simpanan/long term prudent investment..

adry
Tak tahula samada ekonomi negara akan stabil atau tidak.. tetapi keadaan sekarang memang sudah slow.. semua perkembangan agak slow..

firazzurri
Thanks for the comment.. Memang masalah bila ekonomi dijanakan oleh "hutang".. Amerika yg merupakan pencetus idea matawang "float" pun tidak mampu mencari penyelesaian masalah mereka.. mana mungkin kita sebagai "follower" dapat lari dari terjebak dalam masalah yg sama.. Mungkin kunci kestabilan ekonomi kini terletak dinegara-negara Eropah dan negara maju Asia seperti Jepun dan juga negara-negara pengeluar minyak Timur Tengah...

cmk
Bro.. jangan marah sangat, nanti kena jual.. Tapi gua setuju dengan lu.. pasal apa nak pakai Mercedes.. pakai waja pun dah canteek..

Masalah ekonomi dunia nie bukan tak cukup kekayaan untuk diberi kepada semua orang, tetapi masalahnya terlampau banyak orang tamak yang mengaut kekayaan hanya untuk diri mereka, so, menyebabkan ramai manusia terpaksa menjadi mangsa ketamakan golongan tamak ini..