Saya baru sahaja membaca tulisan posting terbaru Tun Mahathir mengenai pencalonan UMNO yang menyentuh pelbagai aspek berkisar tentang pemilihan UMNO yang akan menjelang tiba. Didalam tulisannya Tun nampaknya begitu serius dan melahirkan kebimbangan beliau mengenai masa depan UMNO. Banyak juga nampaknya isu yang disentuh, termasuklah isu yang kian popular, isu rasuah yang dikatakan berleluasa. Isu rasuah sememangnya isu yang berat. Isu ini sememangnya merisaukan saya, kerana saya berpendapat ianya merupakan suatu isu yang menyoal integriti kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara kita Malaysia.
Suatu ketika, saya pernah ditanya oleh guru saya dahulu, jika saya menjadi seorang Pengarah Syarikat, dan terpaksa merasuah untuk mendapatkan projek, adakah saya akan terlibat didalam rasuah, atau adakah saya lebih rela melihat 500 pekerja syarikat saya terpaksa diberhentikan kerana syarikat akan kehilangan projek tersebut. Mungkin Dr. Mohammad Asri boleh tolong bagi jawapan atau buah fikiran yang bernas untuk soalan ini. tetapi soalan ini penuh dengan nilai integriti dan kemanusiaan. Mungkin juga ianya menjadi isu keutamaan pula. Apakah yang lebih utama? Nasib 500 pekerja kita atau nilai integriti kita yang akan dipersoalkan?
Tetapi saya tidak menjawab soalan tersebut, tetapi bertanya pula kepada guru saya, apakah didalam dunia ini tiada lagi peluang perniagaan beretika dan adakah hanya dengan merasuah sahaja saya boleh mendapatkan kontrak? Apakah didalam dunia ini tiada lagi manusia yang penuh berkerja dengan jujur dan ikhlas?
Saya suka membaca tulisan Stephen Covey the & Habits of Highly Effective people yang membincangkan mengenai sikap proaktif dan kemampuan kita untuk memilih reaksi kita... Didalam dunia ini, kita sentiasa berdepan dengan pelbagai pilihan. Kita akan membuat pilihan dan membuat keputusan.. Ketepatan dan kejituan keputusan yang kita buat mungkin akan banyak dipengaruhi oleh nilai-nilai kehidupan kita.
Apa pun, integriti seorang manusia mungkin adalah asset yang sangat bernilai bagi seseorang. Kita mungkin mempunyai banyak wang dan kaya, tetapi dapatkah ianya menjamin integriti kita?
Saya tertarik mengenai suatu kisah seorang budak pengilat kasut, yang kerjanya mengilat kasut sahaja. Tak tahulah kebenaran cerita ini, kerana saya hanya mendengar cerita sahaja. Sekali ia bertemu dengan seorang kaya yang ingin mengilat kasut. Lalu disebabkan kesian melihat pengilat yang agak miskin dia ingin memberi upah yang lebih sedikit daripada upah yang biasa tetapi ditolak budak pengilat kasut itu. Alasan budak pengilat kasut itu ialah, ia tidak boleh menerima upah tersebut, kerana usahanya yang sedikit itu tidak setimpal dengan upah yang hendak diberikan, bahkan budak pengilat kasut tersebut memulang kembali lebihan upah tersebut dan mengambil hanya upah yang biasa sahaja. Mungkin ade banyak lagi kisah-kisah integriti yang boleh kita baca setiap hari yang mampu menjadikan kita proaktif terhadap nilai-nilai murni dan integriti ini.
Apa pun saya ingin juga merakamkan ucapan tahniah saya kepada staff-staff di SEGI PERKASA (M) SDN BHD kerana mendapat Anugerah Perniagaan Beretika baru-baru ini. Saya rasa nilai-nilai etika dan integriti ini masih lagi diamalkan dengan meluas dinegara ini, cuma mungkin ianya kurang mendapat publisiti yang sepatutnya....
4 comments:
kalau disuruh pilih terima rasuah atau 500 pekerja hilang pekerjaan...
fuh,sukarkan....
Salam tuan,
Bagi saya rasuah di dalam pemilihan dan pembahagian projek dalam UMNO sudah tidak boleh di hapuskan. Dikurangkan, mungkin.
Sebabnya ialah rasuah sudah menjadi adat atau darah daging di dalam UMNO. Cek Det jangan buat tidak tahu, perkara ini mula berakar umbi dengan seriusnya adalah di zamannya. Saya tahu, saya juga berkubang di dalam lumpur UMNO dan pernah berenang di arus deras PAS satu ketika dulu.
Kontraktor nak dapat projek kecil di kampung-kampung pun kena ada bahagian Ketua Cawangan. Inikan pula projek besar-besar.
Bro Hisyam!
Integriti...Baru 1-2thn ni gua dgr perkataan tu! Gua pun taktau lah apa maksud sebetolnya integriti tu...Haha! So..gua taktau baik gua takyah cakap...Hahaha..
Tadi baru ada kes lebih kurang sama dgn gua, gua ditawarkan pakej melancong ke Jerman 3-4ari oleh supplier if gua beli 1boiler 5Mt dari supplier kat sana. Spec. sgt cun, banding spec.2 yg ada kat M'sia nih,tp mahal lah skit...!Kalau gua beli boiler tu,over budget...kena potong mana2. Kalau gua beli boiler kat Msia nih,budget lebih gua boleh beli heat exchanger yg lagi best..
Well....Gua masih terpikir2 nihhh,best jugak kalau ke Jerman...Engineering Procument mmg mencabar betol lahhh! Hahaha...
Integriti Amalan Kita - Hidup Abg Polis!
Roger!
hans
Itulah kekadang dilema dialam pekerjaan... banyak perkara yang tidak diajar dalam korikulum dasar pendidikan sekarang... kat Universiti pun tak diajar..
mountdweller
Betul tu Tuan... sedangkan projek kecil-kecilan pun sudah penuh dengan unsur rasuah, apatah lagi perkara yang lebih besar..
tapi elok jugak Tun Mahathir bersuara.. harapnya dia memang benar-benar ikhlas didalam menyuarakan harapan-nya...
Bro Aboo
Itu belum jadi Manager lagi kut.. baru Procurement Team aje kut?
Dalam hal ini, memang saya akui, peluang untuk merasuah dan dirasuah akan ade didalam perniagaan, tetapi terpulanglah kepada kita, samada untuk makan rasuah atau tak makan...
Tapi dalam bab procurement you nie, saya rasa you kena make decision base on the company aspiration, objective, mission statement and vision.. Company you mesti ade quality control and objective yg tersendiri.. Jika ade justification untuk membeli boiler yg lebih mahal dengan sepsifikasi yg lebih cun, dengan harga yg lebih, maka kenalah beli boiler tersebut...
Nak terima atau tak nak terima pakej melancong tersebut bergantung kpd individu.. tapi yg penting decision utk membeli dibuat berdasarkan prioriti dan keutamaan untuk syarikat tuan, dan bukan sebab nak pergi melancong ke Jerman..
Syarikat pun sudah tentu ade polisi mengenai syarat-syarat "entertainment" daripada pihak supplier...
Memang Engineering Procurement ade banyak line utk "buat duit"... tapi kita mempunyai pilihan untuk membuat keputusan yang betul..
Lagi satu, jangan manjakan diri dengan entertainment dari supplier.. nanti kalau dah ketagih susah... Nak main golf pun kang nak supplier tolong belikan golf set dan bayarkan green fees...
Post a Comment