Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, November 5, 2008

Congratulations to Barrack Obama...


Tahniah untuk Barack Obama kerana berjaya memenangi kerusi Presiden Amerika...

Saya amat-amat tertarik apabila membaca serba sedikit biodata bakal Presiden Amerika yang baru yang penuh dengan fakta-fakta menarik dan mempunyai "connection" bau-bau bacang dengan masyarakat di Asia Tenggara ini khususnya di Indonesia dan Malaysia.. Membaca latarbelakang kehidupan Barack Obama yang penuh dengan pahit maung kehidupan amat-amat menginsafkan dan mengharukan dan semangat kental beliau didalam perjuangan politik beliau amat-amat mengagumkan. Ya, Barack Obama merupakan orang African-American pertama yang berjaya memenangi kerusi Presiden Amerika, dan beliau bakal mengangkat sumpah pada hari Selasa 20 january 2009 akan datang. yang menarik tentang Obama ialah ayahnya seorang warga Kenya, mempunyai ayah tiri seorang warga Indonesia, pernah belajar di Indonesia dan mempunyai adik tiri perempuan yang lahir di Indonesia dan adik tirinya ini berkahwin pula dengan seorang warga Kanada yang ibubapa mereka berasal dari Sabah... Jadinya, adik ipar Obama mempunyai pertalian saudara dengan orang Malaysia.

Apa pun saya sudah pasti ternanti-nanti pelan pengunduran tentera Amerika daripada Iraq yang telah digariskan didalam kempen Presiden beliau. Sememangnya kehadiran Barack Obama didalam kancah politik dunia seolah-olah memberi seakan suatu harapan dan nafas baru didalam arah politik, ekonomi dan sosial didalam kemelut dunia yang sudah seakan ketandusan idea dan seakan-akan terlalu hambar. Latar belakang kehidupan Barack Obama mungkin dapat dijadikan asas bagi mengharapkan suatu perubahan yang dinamik khususnya didalam kemelut ekonomi dunia semasa. Dengan keadaan kehidupan yang penuh berliku dan kisah kehidupan ibunya yang senantiasa prihatin terhadap nasib golongan-golongan bawahan, mungkin kita akan melihat seorang Presiden Amerika yang lebih mengutamakan kehidupan kekeluargaan dan keharmonian kedamaian....

Walaupun tarikh 20 Januari 2008 mungkin beberapa minggu lagi daripada hari ini, tetapi saya percaya ramai manusia sudah mula resah untuk menunggu tarikh tersebut. Mungkin sama keresahannya dengan penantian rakyat Malaysia yang menunggu bulan Mac 2009 akan datang. tetapi tidak seperti di Amerika yang tarikhnya 20 januari 2009, saya agak tercari-cari, pada tarikh bilakah didalam bulan Mac 2009 yang Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah akan menyerahkan kuasa kepada Dato Seri Najib? Apakah ada suatu tarikh yang telah ditetapkan, atau tarikhnya akan diumumkan kemudian? Saya kadangkala tertanya-tanya, mengapakah bendera negara kita Malaysia mempunyai sedikit persamaan dengan negara Amerika, apakah ini suatu suratan atau suatu kebetulan? Kini saya tertanya-tanya juga, kenapakah tahun pertukaran Presiden Amerika nampaknya sama dengan tarikh peralihan kuasa diMalaysia, adakah ini juga suratan atau suatu kebetulan?

Jika rakyat Amerika kini seolah-olah mendapat nafas baru dan harapan baru untuk perpaduan dan pembangunan negara, apakah peralihan kuasa Perdana Menteri di Malaysia akan menjanjikan suatu harapan baru kepada rakyat? apakah kita akan mempunyai sebuah kerajaan yang lebih mesra kepada golongan miskin dan berusaha untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia akan menjadi masyarakat yang harmoni, dinamik dan mencukupi keperluan hariannya? Apakah kerajaan akan dapat menyemak semula struktur ekonomi kehidupan diMalaysia untuk mendorong keadaan pertumbuhan ekonomi yang lebih mantap? saya berpendapat bahawa struktur ekonomi diMalaysia memerlukan suatu "re-engineering" yang menyeluruh untuk memastikan bahwa kita mampu untuk menjadi sebuah negara yang lebih stabil dengan jurang kekayaan-kemiskinan yang lebih kecil. Mungkin perubahan sistem ekonomi yang menggalakkan pengurangan jurang kekayaan antara orang miskin dan orang kaya akan menyebabkan berlakunya kelembapan ekonomi interim, tetapi saya kira kesan jangka masa panjangnya akan memberikan kesan positif yang mampu membuatkan kuota ekonomi 30% bumiputra tercapai. Apa pun sasaran 30% ekuiti bumiputra ini mungkin terlalu subjektif untuk diukur secara mutlak.
Tun Mahathir baru-baru ini telah menulis didalam blognya beberapa isu yang menarik, antaranya Dinar Emas, rasuah politik dan kesan krisis ekonomi terhadap negara termasuklah Malaysia... saya melihat Tun Mahathir sebagai seorang pemimpin bertaraf dunia, dengan skill kepimpinan yang saya rasa mempunyai prinsip "walk the talk". Jika muncul dikaca TV, sudah pasti komen-komen Tun Mahathir akan dijadikan topik perbincangan dan idea-idea beliau sememangnya padat dengan kebijaksanaan. Saya juga melihat corak kepimpinan dan pengurusan Tun Mahathir seperti yang sering dicetuskan oleh Stephen Covey 7 Habits of Highly Effective people - Habit 2: Begin with the End in Mind: Principles of Personal Vision dan pelbagai lagi nilai-nilai "lagendary" Tun Mahathir seperti menepati masa. Saya rasa terdapat suatu hubung kait yang kuat diantara kemelut ekonomi, rasuah dan dinar emas. Oleh kerana korupsi itu merupakan suatu tindakan negatif yang agak luas interpretasinya, ade kemungkinan unsur-unsur korupsi telah merebak dengan meluas kedalam sistem ekonomi, yang menyebabkan sistem ekonomi itu sendiri menjadi semakin parah dengan sendirinya. Ini menyebabkan lebih banyak terjadinya kepincangan ekonomi dan kepincangan nilai dan akhirnya menyebabkan krisis ekonomi berlaku. bayangkanlah sahaja jika kesan daripada aktivit korupsi menyebabkan peningkatan kos sebanyak 30%-50%, maka sudah tentu kesan peningkatan kos ini akan di salurkan kepada pengguna dan ini menyebabkan pengguna secara tidak langsung akan menjadi mangsa korupsi. Sebagai seorang rakyat Malaysia dan sebagai seorang pencarum KWSP, saya juga mempunyai kemusykilan terhadap langkah kerajaan ingin menyuntik dana ke dalam syarikat-syarikat tertentu sebagai paket rangsangan ekonomi. Saya amat berharap agar kerajaan telah melakukan suatu analisa yang menyeluruh yang termasuk juga mengambil kira sensitiviti pencarum KWSP terhadap wang caruman mereka yang menjadi taruhan hari tua mereka. Kadangkala saya tertanya-tanya, adakah hak pencarum KWSP ini telah dijaga sepenuhnya? Bolehkah wang KWSP itu membantu untuk menyara kehidupan dihari tua atau adakah perlu lagi bekerja sebagai jaga dan sebagainya hanya untuk memenuhi keperluan kehidupan harian...




5 comments:

Anonymous said...

Hmm.. banyak isu panas sekarang.. eurokopter dan sebagainya...

Anonymous said...

Good posting... Barack Obama, ade saudara diMalaysia dan Indonesia.. waaa itu informasi yg menarik ...

AbGJaS said...

Salam,
Saya tertanya2 adakah kemenangan besar Obama hanya disebabkan imej beliau yg mengisi kepuasan mereka yg bencikan Bush?

Jika imej Obama x selari dgn kemampuan diri beliau, takut2 beliau akan menerima nasib yg sama spt Pak Lah..

Danielle_Corleone said...

Kita tunggu!

Letting the time pass me by said...

abgjas
Saya pun tertanya-tanya juga.. Saya rasa one of the most important atau significant issue yang dunia mahu tengok ialah pengunduran tentera Amerika dari Iraq.. Kalau Obama mampu mengotakan manifesto pengunduran tentera Iraq, saya rasa beliau sememangnya "the man".. tetapi kalau Obama tidak mampu melaksanakan pelan pengunduran tersebut, imej akan terjejas...

danielle corleone
Yaa ... kita akan tunggu 20 Januari 2009 tahun hadapan....