Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, November 12, 2008

Harga minyak menjunam dibawah USD60 setong...

Harga minyak mentah dunia terus menjunam dan mencatatkan nilai terendah di London (USD52.7/barrel - Brent Spot) dan New York (USD57.7 - Nymex Future) dalam tempoh 20 bulan semenjak Januari 2007, sehingga menyebabkan terdapat ura-ura negara pengeluar minyak untuk mengurangkan proses penghasilan minyak. Apa pun, kita berharap agar kerajaan boleh mengkaji semula nilai harga minyak kini, kerana nampaknya harga minyak hari ini adalah lebih murah jika dibandingkan dengan purata harga minyak dalam tahun 2006 (purata sekitar USD58.30 setong). Apa pun, harga minyak mentah dijangka terus menjadi aktif dan berlegar-legar didalam lingkungan USD 50 setong - USD70 setong.
Mungkin kerajaan Malaysia boleh mengambil inisiatif-inisiatif ekonomi yang lebih dinamik untuk membantu golongan-golongan berpendapatan rendah. Sejauh ini, kebanyakan pakej rangsangan ekonomi nampaknya lebih tertumpu kepada inisiatif untuk golongan "orang senang". Mungkin kerajaan boleh juga melihat-lihat apakah bentuk-bentuk inisiatif yang boleh diberikan kepada golongan berpendapatan sederhana dan berpendapatan kecil.

No comments: