Sebenarnya pergolakan politik ini semua adalah suatu perkara yang tak produktif dan membazirkan masa dan tenaga rakyat... Rakyat Malaysia akan terus menjadi mangsa keadaan dan akan terus poning kepalo, sebab pemimpin-pemimpin sibuk nak jaga periuk nasi masing-masing...
Tapi saya rasa, semua pemimpin kena jujur dan ikhlas la.. barulah boleh melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan berkesan...
Semua orang ade pendapat dan confident level masing-masing...
Dalam hal pentadbiran ekonomi dan pembangunan, saya lebih confident dengan kemampuan Tun Mahathir untuk menyelesaikan masalah ekonomi kerana beliau membuktikan-nya pada tahun 1997,... (mungkin kerana cara penyelesaian itu sama dengan apa yang ade dalam pemikiran saya ketika itu) ... saya juga confident dengan Tengku Li, kerana beliau mempunyai rekod yang baik. Tun Daim juga merupakan seorang ahli ekonomi yang baik, tetapi mungkin terdapat keraguan dalam ketelusan pengurusan...
DSAI dulu sewaktu menjadi Menteri Kewangan telah menunjukkan bahwa beliau cenderung untuk mengikut nasihat luar terutamanya dari Barat, jadi saya kurang confident dengan sistem ekonomi barat yang berasaskan sistem ekonomi kredit dengan sistem matawang fiat...
Saya suka kalau sistem ekonomi digerakkan dengan sistem debit... Walaupun ianya lebih sukar dan lebih perlahan perkembangannya, ianya lebih straightforward dan lebih kecil risikonya... Sistem ekonomi debit akan melambatkan perkembangan ekonomi, tetapi ianya dapat mengukuhkan asas dan fundamental ekonomi tersebut... Ianya dapat mengembalikan nilai matawang sebenar dan dapat mengurangkan jurang-jurang nilai apungan dan nilai terbitan yang kadangkala melampaui nilai nyata dan nilai fundamental sesuatu barangan atau perkhidmatan...
Seperti yang Tun Mahathir jelaskan mengenai perlantikan hakim, setiap sistem itu adalah baik tetapi orang-orang yang diamanahkan untuk mentadbir sistem mungkin ade agenda-nya sendiri. Saya juga percaya sistem ekonomi berasakan kredit juga baik, tetapi jika terlampau ramai yang ingin mengeksploitasi sistem tersebut dan menggunakan konsep kapitalisme untuk kepentingan dan keuntungan yang berlebihan, maka dengan sendirinya keseimbangan yang terbentuk menyebabkan yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin...
Akhirnya sistem tersebut mungkin menjadi tidak stabil dan meledak dan menyebabkan krisis ekonomi serta kejatuhan nilai matawang yang teruk... Ekonomi merupakan suatu bidang yang kompleks kerana ianya perlu diseimbangkan oleh pelbagai sektor, perladangan, perindustrian, perkilangan, perlombongan, sektor peruncitan, komersial, hartanah dan sebagainya... Ianya perlu diseimbangkan dengan saksama supaya inflasi dapat diminimakan dan jurang "supply and demand" distabilkan... Kebanyakan pakar ekonomi sedar bahawa sistem kapitalisme mungkin merupakan suatu sistem yang demokratik, tetapi ianya tidak mampu memberi keseimbangan yang adil... Jadinya, mengimbangi angkubah-angkubah ekonomi ini memerlukan pemikiran yang tajam dan menyeluruh dan penyelesaian ekonomi memerlukan pendekatan yang strategik dan saksama... Ianya tidak boleh dilakukan dengan cara memadam kebakaran atau dengan cara "fix-it-when-it-broke" mentaliti... Ianya perlukan dengan pendekatan sustainable economic development atau pembangunan ekonomi lestari...
Politik tidak mungkin dapat menyelesaikan masalah ekonomi dengan jayanya kerena keputusan-keputusan politik lebih tertumpu kepada memperkasakan kuasa politik dan kuasa pemerintahan... Mana-mana keputusan yang diambil berdasarkan perhitungan politik dibuat dengan matlamat untuk memperbaiki pegangan kuasa dan kurang keutamaan untuk menyelesaikan masalah sebenar ekonomi tersebut...
Jadi dalam situasi sekarang, saya tak nampak sebarang penyelesaian yang dapat menstabilkan suasana politik dalam jangka masa yang singkat, tetapi liku-liku politik ini akan melalui denai-denai yang lebih berliku... Jika politik tak stabil, maka ianya juga akan menjejaskan kestabilan ekonomi dan mungkin akan mengakibatkan suasana ekonomi muram seperti tahun 1997...
Dalam tahun 1997, impak ekonomi lebih tertumpu kepada kejatuhan nilai matawang dan nilai-nilai saham... saya masih ingat dalam tahun 1997, harga-harga barangan tetap distabilkan dan kenaikan harga barangan hampir tidak terasa... Mungkin terdapat sedikit perubahan gaya hidup, tetapi rakyat masih boleh makan nasi dengan lauk ayam dan ikan tanpa disuruh belajar jadi orang putih dan makan kentang dan ubikayu...tetapi kali ini, impak ekonomi mungkin akan turut dirasai oleh rakyat-rakyat miskin yang hidup dalam serba kekurangan.. Dengan kenaikan harga beras, serta lonjakan harga minyak yang berterusan, ianya petanda awal bahawa krisis ekonomi kali ini mungkin akan menjadi parah dan lebih parah dari tahun 1997... Tapi yang lebih merungsingkan, kenaikan-kenaikan ini semua tidak disokong oleh permintaan tinggi yang melebihi permintaan, tetapi lebih diorong oleh pasaran-pasaran derivatives dan pasaran-pasaran hadapan yang nampaknya dimotivasikan oleh dorongan spekulasi...
Nampaknya sistem ekonomi kredit ini telah semakin menunjukkan pola-pola tepu dan menuju kepada fenomena ledakan buih (bubble burst - apa punya direct translation)...
Mungkinkah Tun Mahathir mempunyai kunci kepada masalah ini dengan sistem dinar emasnya?
4 comments:
wow.. satu analisis ekonomi yang berlainan dari biasa...
Ekonomi debit vs ekonomi kredit? Ini satu idea yang canggih nie...
Tun Mahathir sudah membuktikan dalam tahun 1997 yang dia mempunyai pemahaman yang baik dalam bidang ekonomi...
Keadaan ekonomi yang agak gawat ini tak membantu golongan miskin...
Saya pun tak tahu apa aan jadi kepada arah tuju ekonomi Malaysia.
Artikel di Blog ini bagus dan berguna bagi para pembaca.Anda bisa lebih mempromosikan artikel anda di www.infogue.com dan jadikan artikel anda topik yang terbaik bagi para pembaca di seluruh Indonesia.Telah tersedia plugin/widget.Kirim artikel dan vote yang terintegrasi dengan instalasi mudah dan singkat.Salam Blogger!!!
http://politik.infogue.com/
http://politik.infogue.com/ekonomi_dan_politik_
yg lagi patut ditengok mungkin pasal flowchart mcmana pejalanan ekonomi dua hala tu, lps tu mcmana plk nak menguasai arah tuju utk menfaat rakyat negara ni, sblm tu mcmana debit tu wujud dan dari mana, mekanisme apa pulak yg menggerakkan dia... apa kekuatannya, langkah2 keselamatannya, mcmmana pulak kita boleh involve?
entahlah, tp yg plg pnting ialah nak bagi semua paham apa benda ekonomi debit tu sndri...
Post a Comment