Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Sunday, June 8, 2008

Cadangan Menurunkan Harga Minyak

Apa nak buat.. Pergi pasar malam semalam, semua barang naik lebih kurang RM 0.20.. Apam balik dah jadi RM2.00 (sebulan lepas RM1.80) , Murtabak pun dah RM2.00 (sebulan lepas RM1.50)... Semua barang sudah naik... Kalau macam nie punya ekonomi, saya pun tak tahula apa lagi nak cakap. Oarang-orang kerja swasta paham apabila harga minyak naik, bisness mesti slow punya, semua orang pakat nak jimat duit. Kesannya banyak... lagi dahsyat dari 1997.. dulu 1997, yang sengsara kebanyakkannya adalah orang yang main saham... orang kaya-kaya.. memang terduduk losses diorang ( orang-orang kampung yang berani cuba-cuba beli saham negeri-negeri ASJ, dan lain-lain pun terduduk jugak)..
tetapi kini, tsunami ekonomi akan melanda seluruh negara, dan yang paling teruk kena ialah golongan berpendapatan rendah sebab harga minyak naik dan akan melarat kepada harga-haraga barangan lain...
Memandangkan nampaknya kerajaan ini agak terdesak untuk memperbaiki suasana ekonomi negara, saya juga ingin memberikan cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan Malaysia. Saya bukanlah pakar ekonomi, cuma seorang pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan, MSc (Engineering) dari sebuah Universiti tempatan. Saya rasa negara Malaysia sebenarnya tidak kurang pakar-pakar ekonomi, dan berdasarkan pemerhatian saya, Malaysia sebenarnya mempunyai pakar ekonomi yang hebat. Tun Mahathir merupakan seorang pakar ekonomi yang telah terbukti wibawanya. Krisis matawang 1997 menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang pakar ekonomi yang bijak dan berjaya membawa Malaysia keluar dari krisis tersebut dengan corak pemikiran ekonomi yang tersendiri.

Namun begitu, saya melihat ilmu ekonomi sebagai suatu ilmu yang menarik yang masih sukar difahami dan sukar diselesaikan. Ilmu ekonomi sukar untuk difahami secara mutlak seperti ilmu fizik atau ilmu metamatik yang hampir mutlak, tetapi lebih merupakan suatu ilmu yang berubah-ubah dan berevolusi mengikut masa. Konsep teori ekonomi mudah yang saya fahami ialah konsep permintaan dan pembekalan. Konsep ini nampaknya mudah, tetapi ianya boleh dipengaruhi oleh nilai-nilai artifisial yang menyebabkan konsep asas permintaan dan bekalan kadangkala dimanipulasikan untuk meraih keuntungan. Peniaga-peniaga profesional antarabangsa merupakan peniaga-peniaga yang bijak merancang strategi dan melakukan lonjakan harga dan mengaut keuntungan maksima dengan cara yang sedemikian. Mereka mempunyai meknaisme serta rangkaian sokongan yang kukuh untuk melaksanakan strategi-strategi mereka. Sebaliknya, bagi negara seperti Malaysia, suasana ekonomi kita mungkin terlalu kecil untuk mempengaruhi corak perdagangan dunia. Ekonomi kita terdedah kepada pelbagai bentuk kebimbangan dan ketidak pastian yang boleh menggugat kestabilan negara.

Berdasarkan pemerhatian data-data permintaan dan bekalan minyak dunia, tidak terdapat sebarang tanda-tanda bahawa permintaan minyak melebihi kadar kegunaan minyak. Data-data yang ada menunjukkan bahawa pengeluaran minyak dunia berada pada tahap yang mencukupi untuk menampung permintaan minyak dunia. Arab Saudi juga pernah menambah lebihan pengeluaran sebanyak 500,000 tong sehari dari kadar pengeluaran biasa untuk menolok permintaan asas minyak dunia dan menurunkan harga minyak, tetapi langkah tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap harga minyak. Ini menyebabkan negara-negara OPEC mengganggap bahawa kenaikan harga minyak ini tiada kaitan dengan keadaan sebenar permbekalan berbanding permintaan.

Jadi kita masih tertanya-tanya sebenarnya apakah yang berlaku dan apakah yang sebenarnya mempengaruhi faktor kenaikan harga minyak ini? Terdapat pelbagai teori yang cuba menerangkan faktor-faktor harga minyak dunia dan dalam keadaan sekarang, mungkin faktor utama kenaikan harga minyak ialah lebih dipengaruhi pembelian panik. Permintaan minyak masih lagi boleh diimbangi oleh pengeluaran minyak dan tiada lagi laporan yang menunjukkan bahawa bekalan minyak dunia tidak mencukupi.

Sistem ekonomi yang wujud ketika ini banyak dijanakan oleh falsafah pemikiran demokrasi kapitalisme, yang mana suatu sistem yang mengambil prinsip majoriti sebagai dasar yang boleh menentukan kesalahan dan kebenaran. Demokrasi berpelembagaan merupakan suatu sistem yang boleh menjamin kestabilan asas demokrasi tersebut apabila amalan demokrasi dipengaruhi oleh sifat-sifat murni seperti jujur, amanah, ikhlas, bertanggungjawab, bertimbang rasa, murah hati, rendah hati, zuhud kepada dunia dan sifat-sifat murni lainnya. Berpandukan sifat-sifat murni manusia, keputusan majoriti akan lebih tertumpu kearah memperbaiki nilai-nilai kemanusiaan, mewjudkan sifat-sifat tolong menolong dan sentiasa berusaha untuk merubah dunia menjadi tempat yang aman, makmur damai dan sejahtera. Sifat-sifat murni juga mendorong manusia untuk menolong sesama manusia untuk meringankan beban kehidupan dan berusaha bersama-sama untuk menikmati kehidupan yang murni.

Selagi sistem demokrasi manusia ini terus dipengaruhi oleh nilai-nilai murni yang positif dan dinamik, maka seharusnya ia akan menghasilkan suatu suasana yang kondusif dan harmoni.

Malangnya, apabila sesuatu sistem itu disalah gunakan untuk kepentingan individu dan digunakan untuk mewujudkan keuntungan segolongan pihak, maka sistem tersebut akan mengalami ketidak seimbangan dan sistem demikrasi juga tidak lari dari akibat yang sedemikian. Sistem Demokrasi Kapitalisme menekankan prinsip-prinsip kapitalisme. Ianya mementing keuntungan berbanding kebajikan. Didalam sistem demokrasi kapitalisme, majoriti akan memihak kepada idea-idea kapitalism dan meihak kepada idea-idea kapitalism. Tiada lagi sikap untuk membantu manusia yang miskin dengan ikhlas. Bantuan haruis mempunyai kepentingan dan keuntungan juga. Setidak-tidaknya sebarang bentuk derma yang didermakan boleh ditolak dengan cukai pendapatan. Ini merupakan sistem demokrasi kapitalsm. Majoriti melihat kapitalsm sebagai cara yang betul. Sebagai contoh, dalam sistem demokrasi kapitalism, majoriti melihat bahawa sistem riba yang dikenakan keatas pinjaman merupakan suatu nilai yang diterima umum, sebagai suatu nilai yang boleh diterima pakai dan ianya sesuatu yang munasabah.

Dalam Islam, riba tidak pernah dihalalkan, tetapi yang dihalalkan ialah perniagaan. Yang dihalalkan ialah konsep perkongsian untung. Didalam konsep riba, ekonomi akan sentiasa berada didalam tahap inflasi kerana sistem tersebut menetapkan bahawa nilai matawang akan menjadi lebih kecil dan bertambah kecil dengan bertambahnya pinjaman. Berbeza dengan konsep perniagaan, nilai matawang boleh menjadi kecil atau boleh meningkat dengan dasar perkongsian keuntungan yang menyeluruh. Seseorang peniaga tidak akan rugi dan sesebuah bank juga akan menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memastikan semua pelaburan dilakukan dengan penuh berhemah. Dengan konsep perkongsian keuntungan, sistem ekonomi akan menjadi lebih dinamik kerana dengan sistem ini inflasi akan berkurangan.

Saya melihat sistem ekonomi kredit yang diamalkan kini adalah penyumbang tetap kepada nilai inflasi kerana dengan pertambahan pinjaman, nilai matawang akan menjadi semakin kecil Sebarang bentuk riba yang dikenakan keatas pinjaman akan menyebabkan nilai matawang menjadi lebih kecil dan ini akhirnya akan menjejaskan sistem ekonomi itu sendiri.

Saya melihat bahawa, dalam keadaan ekonomi yang lembab sebegini, kerajaan mungkin boleh memperkenalkan sistem yang lebih berani dan lebih menentang arus.

1. Untuk meningkatkan nilai matawang, Bank Negara harus memperkenalkan sistem perkongsian keuntungan untuk mengurangkan kesan inflasi negara. Sistem ini boleh dilaksanakan dengan berkesan dan ini akan mengurangkan impak sistem riba.

2. Bank Negara juga boleh mewujudkan suatu keadaan deflasi dengan mewujudkan sistem kewangan perniagaan DEFLASI yang menggunakan konsep dinar emas, barter atau TUKARAN NILAI dan melaraskan semuala nilai penggunaan Ringgit. Ini akan menyebabkan nilai matawang akan meningkat dan mewujudkan keadaan deflasi dan keadaan ini akan membantu rakyat Malaysia untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

3. Dengan sistem dinar/TUKARAN NILAI/barter dan dengan konsep perkongsian keuntungan, keadaan ekonomi negara akan menjadi lebih stabil dan sistem ekonomi akan menjadi lebih kukuh dengan wujudnya mekanisme ekonomi yang berteraskan nilai-nilai asas yang nyata.

4. Bank Negara juga perlu mengurangkan pengeluaran matawang ringgit, dan dengan adanya sistem dinar/TUKARAN NILAI/barter, kegunaan matawang Ringgit boleh dikurangkan dan dengan itu permintaan Ringgit dipasaran antarabangsa akan bertambah dan nilai ringgit akan meningkat dengan lebih tinggi.

5. Apabila nilai ringgit sudah menjadi sekitar RM1.00 = USD1.00, sudah tentu kita akan lebih mampu untuk hidup dengan gaji sebanyak RM1,000 sebulan, yang pada nilai waktu itu sudah menjadi lebih kurang RM3200 sebulan.

6. Dan pada nilai Ringgit Malaysia RM1.00=USD1.00, harga petrol boleh dikurangkan sehingga RM0.90, dan sudah tentu ini akan menambah kuasa belian pengguna.

7. Kerajaan Malaysia juga perlu mengambil inisiatif untuk mengukuhkan sumber keperluan asas negara dengan menggalakkan industri-industri asas pemakanan, pembinaan serta pembangunan. Kerajaan haruslah memastikan bahawa pengeluaran negara utnuk hasil-hasil ruji seperti beras, minyak masak, garam gula dan sebagainya mampu ditampung oleh pengeluaran dalam negeri tanpa penggantungan kepada import. Bekalan-bekalan untuk bahan-bahan binaan juga seharusnya mencukupi untuk menampung keperluan negara. Dengan mengurangkan penggantungan kepada import, negara Malaysia akan lebih mampu untuk menangani krisis-krisis makanan dan krisis-krisis tenaga.

8. Kerajaan juga mungkin perlu menjanakan semula industri perlombongan negara yang mampu memberikan pulangan hasil bumi yang lumayan. Dengan permintaan terhadap bijih besi dan bijih timah yang lebih tinggi dan harga yang lebih lumayan, industri perlombongan perlu diberi perhatian kerana ianya berupaya memberikan pulangan eksport kepada negara.

9. Kerajaan juga seharusnya menggalakkan pertumbuhan industri-industri perniagaan berasakan eksport dan kegunaan tempatan dan mengurangkan industri-industri serta perniagaan yang berteraskan import.

10. Kerajaan harus menggalakkan pembangunan tenaga alternatif yang menggunakan sumber-sumber janasemula (renewable) seperti tenaga solar dan tenaga alam semualajadi. Kerajaan seharusnya mensasarkan Malaysia untuk menjadi negara yang tidak bergantung kepada bahanapi minyak. Malaysia seharusnya mensasarkan pengurangan penggunaan minyak sebanyak 50% dalam jangkamasa 10 tahun dan seterusnya mengurangkan lagi sehingga 25% menjelang 2020-2025.

11. Menggalakkan teknologi pertanian moden dan terkini serta konsep-konsep pertanian lain yang mampu meningkatlkan gunapakai tanah sehingga 100%.

12. Meningkatkan prestasi kemudahan pengangkutan awan.

13. Meningkatkan prestasi-prestasi individu-individu diMalaysia dengan meletakkan KPI kepada setiap individu. Memberikan bonus serta insentif yang bersesuaian kepada individu-individu yang berjaya mencapai sasaran KPI mereka.

14. Memperbaiki pencapaian individu-individu diMalaysia dengan mensasarkan peningkatan kecekapan individu sebanyak 10% setiap tahun. ( Contohnya jika dulu tidur 10 jam sehari, kena perbaiki masa tidur, hanya 9 jam sehari (10% improvement)).

15. Mewujudkan pusat-pusat pembekalan keperluan makanan asas negara yang menawarkan harga-harga murah untuk barangan-barangan keperluan asas pada harga yang rendah. Barangan-barangan tersebut tidak semestinya bermutu tinggi, tetapi perlu mencapai standard minimum, masih boleh digunakan (tidak melebihi tarikh luput) dan harganya mestilah sekurang-kurangnya 50% lebih murah daripada harga pasaran.

16. Majikan-majikan juga digalakkan untuk mewjudkan sistem kerja flexi hours yang mengurangkan beban pekerja untuk sampai ke ofis pada waktu-waktu puncak. Dengan cara flexi hours, lebih ramai pekerja yang boleh menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

17. Mewujudkan inisiatif kerja-kerja yang boleh dilaksanakan dari rumah sahaja. Dengan sistem komunikasi yang moden seperti internet dan telefon, terdapat kerja-kerja yan boleh dilakukan terus dari rumah tanpa perlu kerap ke pejabat. Melalui kaedah ini, negara dapat mengurangkan kadar perjalanan pekerja dari rumah ke pejabat dan menjimatkan kos petrol.

18. Menggalakkan inisiatif penjimatan dan menggalakkan perbelanjaan berhemah dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan kepada tahap seminima yang mungkin dan mnegambil pendekatan penjimatan maksima. Sebarang bentuk perbelanjaan yang boleh dijimatkan haruslah dijimatkan sebanyak yang mungkin.

Saya rasa cukup dulu untuk kali ini... kalau ade idea lagi saya akan sambung lagi didalam penulisan akan datang...

Saya tertarik dengan tulisan Minda Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin http://www.drmaza.com/, Agama Bukan Candu Untuk Mengkhayalkan Orang Miskin, yang mengupas tentang kisah-kisah pemimpin-pemimpin Islam yang bersungguh-sungguh memperjuangkan dan menegakkan kerajaan Islam dan menunjukkan contoh yang sangat-sangat mulia dengan kerendahan hati yang penuh takwa. Mereka bersungguh-sungguh mencontohi kesederhaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan sanggup bersusah-susah bersama dengan rakyat. Mereka sanggup menghadapi kesusahan rakyat dan memahami kesusahan rakyat untuk mencari penyelesaian terbaik untuk masyarakat.

Sebagai sebuah negara yang mempunyai nilai-nilai sumber tanah, sumber galian serta sumber tenaga rakyat yang berpotensi, saya melihat Malaysia mempunyai keupayaan untuk menjana sendiri keperluan asas negara tanpa bergantung kepada negara luar. Malaysia boleh memajukan industri pertanian untuk memenuhi permintaan beras tempatan, mempunyai sumber galian nesi, batu kapur serta granit dan pasir yang mencukupi untuk menampun keperluan pembinaan negara, rakyat Malaysia juga merupakan rakyat yang dinamik yang berpotensi untuk menjadi rakyat bermentaliti kelas pertama yang mampu menyokong pertumbuhan pembangunan negara. Dengan strategi pengukuhan keperluan asas negara, kita mungkin akan dapat mengatasi sebarang bentuk cabaran ekonomi luar dengan lebih berkesan.

17 comments:

Anonymous said...

Bagus juga idea-idea nie? Bolehkah dilaksanakan, dan dapatkah langkah-langkah ini mengurangkan harga minyak?

Anonymous said...

Demokrasi kapitalisme? Tak paham saya bahasa politk nie..

Tapi saya rasa langkah-langkah nie mungkin perlu dikaji dengan lebih lanjut dan lebih mendalam....

Anonymous said...

Saya rasa konsep perniagaan barter nie ade persamaan dengan konsep dinar emas....

t i u n g said...

idea bagus ni..

Mie Amour said...

bernas...bernas...harap2 ada yg akan take note dan bwk ke atas I-Allah..ya...thanx sbb pass by kat blog saya...

melayuangkat said...

Salam Alif,

Mak Cik faham perasaan kamu dalam situasi ekonomi dunia hari ini. Ya, kita semua menanaggug akibat kenaikan harga minyak global yang semakin hari tiada nampak akan turun pun.

Ianya bukan sekadar teori ekonomi biasa - minyak ini.
Walaupun kita lihat permintaan tidak melebihi stok simpanan dalam negara2OPEC harga masih meningkat kerana faktor faktor lain seperti Politik.

Contohnya baru Ahad lalu, bila Israel buka mulut akan serang Iran pun Pak Arab dah mengelabbah maka naik lah harga minyak setong!!

Mak Ci tabik idea idea kamu yang patut kerajaan kita jalankan sebagai ikhtiar kita menangani masalah ini dan juga baik untuk masa hadapan kita.

Kita semua boleh beri idea, tak salah. Kita tak ganggu gugat sesiapa. Kalau ada yang mahu terima, Alhamdulillah.

Bagi Mak Cik pula, Mak Cik sarankan agar pihak Kerajaan membantu rakyat Malaysia dalam situasi sekarang menukarkan kereta mereka dari penggunaan petrol ke NGV (Natural Gas Vehicle)

Mak Cik diberitahu bahawa kos menukarkan sistem ini memakan belanja ribu ringgit juga, tapi kalau ada galakkan dari pihak berwajib, sejenis bantuan atau diberi mereke menukar secara ansuran, InsyaAllah tentu ramai rakyat Malaysia mahu meletakkan tong gas ini dalam kereta mereka dan mula dapat menyesuaikan diri mereka kepada penggunaan Gas.

Memang Mak Cik dengar bila guna Gas ini tak berapa power macam guna Petrol. Bagi Mak Cik baiklah tak ada Power sangat. Power tu nak ke mana pun?? Biarlah jangan laju sangat, memudaratkan sahaja.

Bila ada kemalangan ngeri kebanyakkannya orang Melayu yang terlibat.
Memang ajal ditangan tuhan, semua orang tahu tapi kita pun diajar agama kita supaya berhati hati tidak membuat sesuatu dengan sengaja mengundang malapetaka. Bila kita sendiri yang cari nahas maka jadilah itu 'takdir' kita. Walaupun kadang kadang memang kita pula dilanggar orang. Namun baik berhati hati.

Berbalik pada saranan Mak Cik tadi, Selain dari bantuan untuk rakyat menukarkan kereta kereta mereka dari guna Petrol ke Gas, banyak stesen stesen minyak seluruh negara mesti dilengkapkan guna dengan stesen NGV selain dari Petronas sahaja.

InsyaAllah, kalau sebesar rakyat guna Gas, mereka juga agak lega kerana belanja kos pengangkutan akan berkurangan dengan drastik dan kerajaan juga untung kerana penjimatan penggunaan petrolium.

Alif, teruskan menulis. Matapena kadang kadang lebih tajam dari mata pedang, tapi gunakanlah matapena kita untuk kebaikan. Sekarang tak lagi matapena tetapi keyboard. SubhanaAllah, segalanya sedang berubah. Inilah kehendakNYA.

WaAllahuAlam.

Kerajaan Rakyat said...

Salam,

Tahniah!! Pendapat dan penulisan yang baik. Satu pandangan anak muda yang akal panjang.

semoga saudara terus dapat membantu rakyat dengan penulisan seperti ini.

Salam takzim,
Sofi

Snowflake said...

Assallamualaikum
Sebagai seorang pemegang Ijazah Sarjana Kejuruteraan, cadangan anda didalam artikel ini sungguh mengkagumkan. Sepertinya seorang "ekonomist". Ide ide anda sangat lumayan.
Wassallam

Letting the time pass me by said...

Saya pun berfikir daripada menjadi marah dan mengutuk-ngutuk, mungkin ade baiknya saya cuba menyumbang idea untuk mengatasi masalah ini...

Sedih memikirkan masalah ekonomi negara yang pastinya akan menekan orang-orang miskin, dan semestinya saya juga terlibat sama....

Yana Ismail said...

hm, macam mana mahu buat ek?

said mirro said...

make sense. walau dlm banyak hal agak emsional dgn mahathir tetapi pada pandangan saya beliau masih boleh menyumbang idea dlm ekonomi. dlm politik sempit spt dimalaysia kita bagai dinafikan untuk bertukar idea. seakan saja kerajaan yg memerintah mempunyai hak mutlak untuk menggarap semua waima idea. itu saya kuranh setuju, mereka jelas tidak punya semuanya.

Norae said...

Assalamualaikum,

Idea yang bagus.. tapi sampai bila kita mampu bertahan??..

Apabila kos sara hidup meningkat dua kali ganda, apabila kenaikan gaji hanya sekadar 5%, kadar hutang akan meningkat, kadar jenayah juga meningat... apabila rakyat tidak mampu untuk membayar keperluan asas... semakin ramai rakyat jatuh miskin.

Norae

Anonymous said...

bagus la awak tulis. tak ada mencarut dan maki hamun.

idea2 awak tu pun bagus.

terima kasih sebab sudi singgah kat pondok saya.

MsFigure said...

Assalamualaikum...

Thank u sebab sudi baca blog saya ;)

Sudi2 la jengok & baca lagi eek..tinggalkan komen sekali.hehe

wassalam

Rizman said...

Assalamualaikum dan Salam hormat.

Saya amat berterima kasih di atas komen anda yang diberikan di dalam blog saya, buat pengetahuan anda, hal Kerajaan ini sememangnya ramai di kalangan kita tidak tahu kerana mereka ini dipengaruhi oleh media semasa yang tidak memberikan kita gambaran yang tepat akan permasalahan Negara kita yang tercinta ini.

Di sini saya tidak menyokong mana-mana parti politik walaupun abang saya merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bayan Baru dan juga merupakan calon Adun bagi kawasan Batu Maung di Pulau Pinang pada pilihanraya ke-12. Manakala ayah saya juga seorang penasihat keamanan dunia di bawah naugan PBB dan juga penasihat kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Di sini bukan lah saya nak banggakan diri tentang keluarga saya, apa yg ingin saya katakan adalah berkenaan permasalahan Negara pada masa ini kerana keluarga saya amat rapat dgn Pak Lah, Tun Dr. Mahathir dan menteri-menteri yang lain.

Oleh yang demikian, permasalahan yg kita hadapi sekarang ini sebenarnya boleh di atasi dan bukanlah sesuatu yg mustahil untuk kita turunkan harga minyak.

Pengeluaran minyak Negara hanya boleh bertahan sehingga tahun 2014. Apakah langkah-langkah kerajaan yang ada pada hari ini bagi mengatasi masalah minyak ini?. Kerajaan yang ada pada hari ini merupakan kerajaan yang mengaut keuntungan peribadi. Hari ini Pak Lah telah membuat keputusan untuk tidak lagi mendengar kata-kata menantu kesayangannya kerana beliau sendiri telah tersungkur akibat mendengar kata-kata org terapat.

Ramai di kalangan kita tidak tahu sememangnya Kerajaan pimpinan Pak Lah ini banyak mengamalkan politik wang dan rasuah. Ada yang nampak dan tahu tetapi tidak semua yg tahu hal yg sebenar. Hanya kenalan rapat dan mereka yang melakukan perniagaan bersama dengan Pak Lah yang tahu akan hal ini.

Saya bukan nak burukkan sesiapa,permainan politik mmg licik dan jika kita buat laporan polis atau badan pencegah rasuah sememangnya tidak berguna kerana mereka ini tadi sudah bersedia dengan semua itu. Itulah yang dikatakan licik.

Ingin saya nyatakan di sini tentang satu hal, Mengapa Kerajaan tidak mahu mengeluarkan subsidi bagi pemasangan NGV TANK?. Kita boleh beralih kepada NGV dan kerajaan boleh berjimat banyak dalam hal ini, di mana Kerajaan tidak perlu keluar subsidi setiap tahun.

Fikir-fikirkan lah. Seperkara lagi, walau apa pun yang tejadi tentang Negara kita, pastikan kita sedara seislam tidak akan sesekali berpecah dek kerana fahaman politik yang sempit. Majulah bangsa melayu dan islam. Perjuangkan apa yang telah menjadi hak kita. Salam Hormat.

Wakmasnoor said...

Salam Bro. Ketemu kita buat sekian kalinya kembali.

Bagus cadangan2 tu. Walaupun tak semua mempunyai penyelesaian yang relevan, ianya mempunyai matlamat yang sama. Iaitu memperkenalkan suatu dasar pembaharuan ekonomi.

Berbalik kepada tajuk "Cadangan Menurunkan Harga Minyak"; saya sebenarnya lebih tertarik kepada mekanisma harga MINYAK BERSUBSIDI yang dikatakan ditanggung kerajaan. Sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia masih belum didedahkan sepenuhnya kepada mekanisma sebenar pengurusan dasar subsidi minyak negara.

Seperti persoalan: MENGAPA HARGA MINYAK YANG DIPERUNTUKKAN KERAJAAN BAGI KEGUNAAN RAKYAT MALAYSIA OLEH PETRONAS DARI HASIL BUMI SENDIRI, DINILAI BAYAR MENGIKUT HARGA PASARAN MINYAK DUNIA?

paneh said...

Cadangan2 yang idealistik tetapi tidak bersandarkan pada realiti. Hanya satu atau dua cadangan yang boleh dipertimbangkan. Mungkin boleh diperbaiki lagi.