Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Sunday, May 18, 2008

PAGI YANG INDAH


Keikhlasan, kejujuran dan amanah merupakan nilai-nilai murni yang tinggi nilainya dan jika ianya disulami dengan kezuhudan dan cara hidup yang sederhana akan menambahkan keindahan diri manusia sendiri.... Mungkin ramai manusia berfikir atau beranggapan bahawa harta dan kemewahan mampu memberikan kebahagiaan, tetapi sesiapa yang mencari ketenangan abadi sedar bahawa ketenangan datang dari hati yang suci dan bukan dari gelojak hati materialistik yang membara...


Sejarah manusia juga menceritakan bagaimana ramai manusia yang telah meninggalkan kerusi empuk dan tahkta kerajaan hanya untuk mencari kedamaian hati untuk mengenali kehidupan ini serta mengenali Maha Pencipta kehidupan ini...

Mungkin itulah hakikat dunia ini, yang diciptakan penuh dengan misteri, teka teki dan penuh persoalan yang tidak mungkin mampu dijawab oleh akal pemikiran manusia... Dalil-dalil ayat-ayat Al-Quran yang penuh dengan hikmah zahir dan batin juga hanya mampu difahami dengan izin Allah jua yang menguasai hati-hati dan jiwa manusia...

Sesetengah manusia ingin menguasai dunia, sesetengah manusia ingin menguasai hatinya dan hakikat kehidupan ini akan menjadi nyata apabila hilang gelap terbitnya terang...

Pujangga jiwa dan tokoh ilmuan pernah berkata jika kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita, tetapi jika kita mengejar akhirat, maka dunia akan mengejar kita... Itulah kata-kata pujangga yang penuh makna yang sukar dimengerti maksud sebenarnya melainkan mereka yang diberi jiwa dan ilham untuk memahaminya...

Kadangkala kita mudah disalah sangka, tersalah sangka dan meyalah sangka dan kita mudah lari dari fokus kita dalam mencari erti sehingga kita terlupa bahawa kehidupan ini hanya sementara. Itulah anugerah Ilahi kepada manusia sehingga kita berasa selesa hidup diatas muka bumi ini walaupun kita bukanlah asal dibumi ini, hanyalah kembara yang berkelana dalam dimensi ruang dan masa...

"Hoi Bro... apa yang kau dah melalut nie? bangun-bangun..... hari dah pagi dah......"

4 comments:

Anonymous said...

Bro... gua tahu lu nie jenis orang yang cinta pada kedamaian.. Tak payah nak malu-malu untuk terus berpujangga....

phillix-starscreamer said...

hi, thanks for dropping by my blog :) will come by yours!

tasekM said...

aku hampir percaya bahawa dunia tiada bahagia....

lawatan balas...

Anonymous said...

Ingat video klip kumpulan hujan..