Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Sunday, May 18, 2008

Tun Mahathir sedia disiasat: Bola tanggung ditengah gelanggang



Okla.. sekarang Tun Mahathir sudah kata dia sedia masuk mahkamah untuk disiasat...




Tun Mahathir telah melambong bola ditengah gelanggang, dia kata saya sedia dibicarakan...
Lambongan nie bukan libasan, tapi lambongan bola tanggong... boleh main "jaru", terus libas, atau timang tiga kali baru libas....


Kita selalu diajar prinsip TAKUT KERANA SALAH BERANI KERANA BENAR dan nampaknya Tun Mahathir melaung-laungkan prinsip ini...

Beliau kata beliau sedia dibicarakan dan beliau yakin bahawa apa yang telah dilakukan oleh beliau tidak menyalahi undang-undang Malaysia...

Saya bukan lulusan undang-undang yang mahir undang-undang, hanya sarjana kejuruteraan, yang lebih selesa bermain dengan kalkulus, dy/dx, trigonometri dan hukum relativiti... Pada saya bidang-bidang sastera nie terlampau subjektif dan banyak dipengaruhi oleh corak pemikiran manusia... Ilmu pengurusan contohnya ada pelbagai-bagai teori mengurus manusia... Tak macam bidang matematik atau sains, yang pembuktian-nya hampir mutlak... 1+1=2, 1X1=1, 5X2=10.... F=ma, Q=mVA, H2O=air ... Itu yang ajaib-nya sains nie, Hidrogen bercampur dengan Oksigen boleh menghasilkan letupan, tetapi gabungan yang lebih atomik menghasilkan air yang boleh memadamkan kebakaran dan boleh menghilangkan dahaga tekak dengan air cendol.....

Berbalik kepada isu Tun Mahathir, apakah pihak-pihak yang sentiasa menuding jari mengecam dan menuduh Tun Mahathir melakukan kesalahan akan puas hati... Nampaknya sehingga kini pun ramai orang masih lagi mencari alasan dan cover yang kononnya siasatan terhadap kes ini pastinya berat sebelah dan tidak transparent dan sebagainya...

Pada saya Tun Mahathir telah menjelaskan apa yang patut dijelaskan dan kesediaan-nya untuk disiasat merupakan suatu signal jelas bahawa beliau yakin beliau tidak melanggar mana-mana undang-undang negara... Saya pun bukanla penyokong Tun Mahathir, tetapi saya menghormatinya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia, dan saya menghormati track recordnya sebagai bekas PM... Saya dengar cerita yang dia nie seorang yang menepati waktu dan sangat tajam pemikirannya... Jarang-jarang dia sampai lewat pada satu-satu Majlis, mungkin disebabkan beliau sentiasa dibantu oleh "outrider" jadi tak dela terperangkap sangat dalam trafik jammed...

Jadi kalau kita nak cerita kebaikan Tun Mahathir pun ade, nak cerita kelemahan pun ade.. sedangkan Rasullullah insan ma'sum yang berahlak Al-Quran pun ade yang menghormati beliau dan ade yang memusuhi beliau, apatah lagi kita nie yang tak payah cerita la ahlaknya...

Soal orang nak dakwa, terpulangla, tapi pada pemikiran teknikal saya, saya lebih suka menjadi orang yang pemaaf... saya lebih suka hal-hal subjektif diadili yang Maha Adil, sebab saya rasa Allah maha Adil.. jika tak diadili didunia, diakhirat takkan terlepas.. dan sebagai orang Islam, kita tahu kadangkala lebih baik kita dibalasi didunia daripada dibalas diakhirat... Kita pun sedar, jika tiada bukti dan tiada saksi yang adil dan berkredibiliti, sukar untuk sesuatu itu diputuskan tanpa "bias" dan tanpa prejudis...

Saya rasa, memandangkan Tun Mahathir telah pun bersara, dan tidak lagi mempunyai sebarang campur tangan langsung dalam kerajaan, maka kita boleh terus melangkah kehadapan dan tidak lagi menoleh kebelakang.. oleh itu mungkin pada pandangan teknikal saya, lebih baik kita bersangka baik terhadap Tun Mahathir daripada tersilap mendakwa dan menghukum orang yang tak bersalah...

Saya juga berpendapat, tindakan-tindakan menoleh ke belakang ke masa lampau and revisiting the past hanya menimbulkan nostalgia lama pemerintahan Tun Mahathir dan menyukarkan usaha kita untuk keluar dari era kegemilangan Malaysia zaman Tun Mahathir dan melakarkan sejarah gemilang pasca era Tun Mahathir...

Apa pun ini hanya pandangan peribadi saya...

Jadi kini bola sudah dilambung, maka terpulangla kepada pihak yang lain untuk menyambut atau melibas atau membuat libasan gulung maut kepada pihak lawan... Tapi harus diingat sekali pun libasan dibuat, pihak lawan masih boleh melakukan blocking atau kalau libasan tu tak mengena, bola tu boleh disambut ditimang dan akan dilibas balik kepada "lubuk"...

6 comments:

Anonymous said...

Yeah it is time to clear Tun Mahathir name...

Tun Mahathir is a real Stateman and a real gentleman... He surely earned my respects...

He is punctual and his vision are full of wisdom...

One of the great leader in the world.

Anonymous said...

Saya setuju dengan pendapat saudara letting...

Kita kena move forward dan terus mencipta kejayaan...

Anonymous said...

Tengok ajela... Tun pun dah kata yang beliau sedia menerima apa-apa keputusan Mahkamah...

Wallahu'alam..........

Anonymous said...

Hahaha...biar ler Tun dengan dunia nyer...Apa kah yang di fikir oleh nyer sukar utk di ramal..

dunia politik kotor oleh sebab org-org didlam ner mengotorinya..

sukar utk dicari yg benar2 bersih..

Anonymous said...

Pada pendapat aku Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang hebat, bijak, menepati masa dan pemimpin yang berwawasan. Sukar sebenarnya mencari pengganti seperti beliau. Beliau hebat di dalam dan di luar negara. kalau di luar negara, bila kita sebut sahaja Malaysia, orang dari negara lain akan terus mengaitkannya dengan Mahathir Mohammad. Kadang2 orang tu dari negara yang kita jarang dengar, dari Eriteria misalnya, tetapi dia kenal Mahathir.
Memang sedia maklum semua orang ada melakukan kesilapan dan kelemahan, tetapi dari segi kebaikan dan kehebatan Mahathir kita tetap tak boleh sangkal. Dia di kagumi oleh kawan dan lawan. Itulah bezanya Mahathir dengan lain-lain pemimpin di Malaysia.

Anonymous said...

TM dah keluar parti. Apakah tujuan sebenar beliau buat tindakan sedemikian? Adakah benar-benar kerana perjuangan parti? Atau marah berkenaan isu video VK Lingam dan siasatan atas penglibatannya?

Bak kata commentator mat kg, apa yang difikir oleh TM adalah sukar diramal. Perlu diingat TM sorang politician yang bijak memanipulasi keadaan. Kini dia sedang hebat mengambil kesempatan atas kelemahan DSAAB iaitu orang yang beliau sendiri pilih.