Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Thursday, November 20, 2008

Mana lagi mahal? Harga petrol di Malaysia atau di US?

Baru kelmarin rasanya saya menulis mengenai kemungkinan harga minyak menguji paras USD40 - USD 50, dan hari ini harga minyak sudah menjunam lagi sehingga sekitar USD45 setong. Menurut AP, harga ini merupakan harga yang terendah didalam tempoh 3 tahun, bermakna harga minyak mentah hari ini adalah lebih murah jika dibandingkan harga bahan mentah tersebut pada May 2005.


Hmm... jika harga minyak mentah dunia terus menjunam dan Malaysia nampkanya masih mempunyai harga siling petrol, adakah ini bermakna harga petrol di Malaysia akan menjadi lebih mahal berbanding harga petrol di US? Pada hari ini, berdasarkan akhbar AP, harga petrol di US berlegar sekitar USD2.00 se gallon, atau lebih murah dari USD 2/gallon... Ini bermakna harga seliter bahan api petrol di US sekitar RM1.91 - RM1.95 seliter berbanding RM2.00 bagi RON 97 dan RM1.90 bagi RON92 di Malaysia. Apakah ini bermakna harga petrol di Malaysia kini lebih mahal daripada harga petrol di US?


Saya amat berharap dengan perkembangan harga minyak ini dapat memperbaiki seluruh aspek perniagaan di Malaysia. Tetapi nampaknya courier service ditempat saya masih lagi mengenakan caj RM10 berbanding RM5 sebelum ini... Sebenarnya konsep menurunkan harga barangan selepas menaikkan harga tersebut memang susah untuk dilaksanakan. Bayangkanlah jika seluruh syarikat baru melaksanakan pelan menaikkan gaji kakitangan serta elaun petrol atau pun baru sahaja membuat pelarasan bagi claim petrol, mungkin dari RM0.20 sekm kepada RM0.50 sekm, maka hari ini nampaknya syarikat akan terpaksa membuat pelarasan semula, dan ini sudah semestinya melibatkan sessi-sessi perbincangan dan mesyuarat yang akan memakan masa. Sesetengah syarikat juga sudah semestinya mengamalkan sikap tunggu dan lihat sebelum melakukan perlarasan baru. sebagai sebuah syarikat yang perlu bersaing dengan dinamik, perubahan-perubahan jangka pendek yang terlampau kerap akan menyebabkan kehilangan fokus dan tumpuan terhadap perkara yang lebih penting. Sesebuah syarikat komersial mempunyai komitmen untuk memastikan bahwa imbangan pendapatan dan perbelanjaan berada pada suatu kadar yang sihat dan selamat. Untuk melaraskan sesuatu yang bersifat "overhead" akan memerlukan analisa mendalam dan menyeluruh supaya pendapatn dan perbelanjaan akan terus dapat diimbangkan.


Apa pun dengan perkembangan ini, mungkin kita akan melihat kembali satu perubahan fundamental didalam pasaran barangan dan pengguna. Nilai fundamental merupakan suatu nilai yang penting untuk memastikan sesuatu keadaan ekonomi benar-benar stabil.


Saya tertarik dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa sistem perbankan Islam boleh menjadi sumber penyelesaian terhadap kemelut ekonomi dunia kini. Menjawab pertanyaan media media mengenai beberapa isu, Tun Mahathir ade menyebutkan beberapa isu, antaranya...


Islamic banking should not be dismissed as a potential solution for the ongoing global financial crisis, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamed said today.He said those who had put in place the current financial system used were in denial and did not want to admit that the system they have been using all these while were wrong and open to abuse.“They try to patch up here and there with bailouts. But that is not going to solve anything,” Dr Mahathir told reporters at the Fourth International Convention on Takaful and Retakaful here.


Asked if he thought the RM7 billion stimulus package announced by the government was enough to stimulate economic growth during these trying times, Dr Mahahtir said “It may contribute to something, but it is like a patchwork kind of treatment.” “You have a headache because you are sick, and you just treat the headache.That is not good enough. You have to treat the whole body,” he said.“So this RM7 billion Panadol given may solve the headache, but there are other parts of the body that are going to be very sick.”


Asked about his thought of the current domestic economic situation and if it could withstand the global recession, Dr Mahathir said Malaysia as a trading nation would be affected.“To say that we can withstand the effects of this terrible recession is wrong. There must be an impact because we are a trading nation,” he said.“We have to sit down and think what has gone wrong with the rest of the world and how does it affect us. We exist by selling things to 200 different countries. That’s how we built our economy, in trade. If our trading partners are not doing well, we cannot very well do well,” he added.


Sebagai orang yang berpegang kepada Al-Quran dan As-sunnah, sudah tentu didalam hal perbankan Islam, saya merasakan sistem perbankan Islam merupakan suatu penyelesaian yang ideal. Tetapi amat penting sistem perbankan Islam itu tidak disalah ertikan dengan bank yang mempunyai nama Islam... Saya kekadang terkeliru atau tertanya-tanya, apakah sistem "perbankan Islam" yang ada hari in benar-benar mengikut hukum dan menjalankan dasar-dasar dan prinsip-prinsip perniagaan yang berteraskan nilai-nilai murni islam. Adakah sistem yang diadaptasikan itu benar-benar menjiwai nilai-nilai Islam sebagaimana yang digariskan didalam Al-quran dan Assunnah?

Seringkali juga saya terdengar rungutan yang menyatakan bahawa sistem perbankan Islam didalam pembelian rumah misalnya amat berbeza daripada sistem konvensional, dan ianya lebih "mahal" jika dibandingkan dengan sistem konvensional. Apakah sistem perbankan islam yang ade kini masih menerapkan nilai-nilai kapitalis dan tidak bertunjangkan kepada konsep Islam yang sebenarnya? Saya sememangnya tidak begitu mahir didalam system ekonomi Islam, tetapi sebagai seorang penganut Agama Islam, saya memandang Islam sememangnya amat menitik beratkan perlunya untuk tidak menindas orang lain. Didalam system perniagaan dan jual beli didalam Islam, sememangnya ditekankan pentingnya ketelusan dan kejujuran. Didalam system islam juga ditekankan pentingnya melakukan sesuatu perniagaan dengan penuh kejujuran dan kebenaran. Islam tidak membenarkan perniagaan dijalankan secara penipuan dengan unsur-unsur penipuan, apatah lagi jika terdapat unsur-unsur penindasan.

Sistem ekonomi yang diamalkan oleh Rasullullah saya kira amat menakjubkan. Rasullullah, sebagaimana yang selalu saya baca didalam kitab-kitab hadis amat bersederhana didalam kehidupan, sehinggakan kehidupan dan kesederhanaan beliau didalam kehidupan menyebabkan kehidupan saya terasa terlampau mewah. Rasullullah setelah diangkat menjadi Rasul, selalu diceritakan hanya memakan roti yang tidak begitu tinggi mutunya, sedangkan saya selalu makan nasik beras wangi dengan lauk kari ayam. Rasullullah memakai baju yang sederhana harganya, dan ade diriwayatkan bahawa Rasullullah menampung bajunya yang telah koyak. Saya pula ade kot dua tiga helai yang harganya mungkin mencecah sehingga beratus ringgit. Kesederhanaan ekonomi Rasullullah sememangnya amat mengagumkan, tetapi dimasa yang sama terdapat juga hadis-hadisRasullullah juga mengingatkan kita bahawa kita perlu memastikan bahwa kita tidak terlalu mengejar keduniaan ;-
Antaranya:

‏لَا الْفَقْرَ أَخْشَى عَلَيْكُمْ وَلَكِنْ أَخَشَى عَلَيْكُمْ أَنْ تُبْسَطَ عَلَيْكُمْ الدُّنْيَا كَمَا بُسِطَتْ عَلَى مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ فَتَنَافَسُوهَا كَمَا تَنَافَسُوهَا وَتُهْلِكَكُمْ كَمَا أَهْلَكَتْهُمْ
Maksudnya: “Bukan kemiskinan yang ku bimbang menimpa kamu tetapi yang aku bimbang ialah dibentangkan di hadapan kamu kemewahan dunia sebagaimana telah dibentangkan kepada umat sebelum kamu, lalu kamu berlumba-lumba mengejarnya sebagaimana umat dahulu kala juga berlumba-lumba mengejarnya, lalu ia membinasakan kamu seperti mana umat dahulu kala juga telah dihancurkan oleh sifat sedemiian.” (Hadis Bukhari-Kitab al-Jizyah no 2924)

Kehancuran umat didalam mengejar kekayaan mungkin bukan bersifat fizikal, mungkin kebinasaan itu bukan merupakan malapetaka fizikal, tetapi lebih kepada malapetaka sosial. Mungkin apa yang lebih dibimbangi oleh Rasullullah ialah, apabila manusia terlampau fokus dengan kemewahan yang ingin dikecapi, nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai kehidupan semakin dilupakan. Mungkin manusia sudah lebih mementingkan poket mereka dan pendapatan mereka, berbanding dengan nilai-nilai integriti dan nilai-nilai murni kehidupan itu sendiri..

Kegagalan sistem sosial dan keruntuhan moral mungkin akan memacu kepada kelembapan serta keruntuhan ekonomi. Sebuah sistem yang bergantung kepada sinergi dan lestari kehidupan dengan interaksi diantara sesama manusia perlu di-imbangi dengan sistem ekonomi yang mantap yang akan menstabilkan keadaan ekonomi dan keadaan sosial masyarakat. Jika jurang kekayaan-kemiskinan menjadi terlalu jauh berbeza, sudah tentu akan berlaku ketidak tentuan dan ketidak stabilan sosial yang akan mengakibatkan krisis kemanusiaan dan sebagainya. Didalam pengamatan saya mengenai perjalanan hidup Rasullullah, sememangnya sebelum diangkat menjadi rasul, beliau menjalani kehidupan sebagai peniaga yang menjalankan perniagaan Siti Khadijah. Tetapi, setelah diangkat menjadi Rasullullah, beliau telah menjalani kehidupan yang lebih sederhana dan penuh zuhud.

Jika melihat kepada era-era kegemilangan awal islam, fokus masyarakat pada masa tersebut kebanyakannya tertumpu kepada pembangunan ilmu, insaniah dan mungkin pembangunan serta kemajuan insaniah dan kemajuan sosial masyarakat yang dipenuhi dengan nilai-nilai murni ini telah juga mendorong kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi. Mungkinkah juga penerapan prinsip-prinsip perniagaan dan perbankan Islam ini akan menjadi kunci utama didalam pemulihan ekonomi dunia?

9 comments:

tigabelas said...

salam.
Walau ape pon urusan,xkirelah perbankan,management,politic,etc..kalo ikut landasan Islam..segalanya2 baik..kerana peraturan Islam tidak dibuat2..bukan pki kepala otak manusia yg ada hadnya..peraturan Islam dtg dari Allah.

Gabenor kite byk kali menyebut melalui media tentang peranan perbankan Islam dalam penyelesaian krisis ekonomi dunia..stiap kali itulah saya tersenyum..."baru nak sedar ke.."

terima kasih kerana sudi singgah blog saya..moga dapat bertukar2 pendapat lagi.

zewt said...

Hello,

Good article. The problem with malaysian traders is that once price goes up, it will never come down unless someone points a gun to their head, and maybe the govt should do that, metaphorically of cos.

the US just confirmed that they are in recession causing a massive selling spree on wall street... let's see how our local ppl react to that.

Unknown said...

Salam

1. Yang baik itu sentiasa datangnya dari Allah. Yang jelek itu sentiasa datangnya dari kejahilan manusia.

2. Manusia biasanya lebih suka kepada yang jelek. Yang jelek biasanya lebih "mudah & murah". Yang baik biasanya lebih "susah & mahal".

3. Kita berdoa agar dapat ganjaran syurga, tapi kita berusaha dengan cara "neraka". Di mana logiknya...?

the indie story said...

Bro... ko memang power bab2 petrol nih.

Hassan Marican patut ambik ko jadi setiausaha sulit dia. heh!


Selamat Raya Aji!


Salam Ukhuwah.

Letting the time pass me by said...

13
Bila la agaknya orang akan melaksanakan sistem ekonomi Islam?

zewt
Yeah.. the price of oil has gone down almost 60%, but there seems no price movement from the traders.. In fact some of the prices have moved up some more...

cmk
spot on bor... Tapi kalau penyakit NKC (nak kaya cepat) dan PHD - bukan PhD, tebal susahla..

MODERATOR
Selamat Hari Raya Haji bro... aku pun dah slow sikit buat posting nie.. tak de idea baru...

Danielle_Corleone said...

bila agaknya kemuncak petrol?

Anonymous said...

Bro Syam!

Turun lagi daaaa...Peehh!Dasat kerajaan kita nihhh!

Hmmm..Kat UK,harga minyak pada setiap stesen berbezakan?!Kan seragam macam kita nih...

Next Election,gua pangkah BN kot..KoT??!!!InsyaAllah...semoga dibukakannn pintu hati...!

Rogger!

Letting the time pass me by said...

Danielle_Corleone
Teori Peak Oil nie banyak sangat "flaw"... orang sebenarnya dah predict semenjak 1970's, tetapi nampaknya semuanya tak berapa tepat..

Saudi kata simpanan minyak boleh tampung lagi 50 tahun....

Aboo
Kerajaan sudah buat "silap", itu hari bagi subsidi RM625 bagi orang pakai kereta, sekarang sudah kena turunkan harga minyak pulak... kepala pun sudah pening ....

Nak pangkah apa-apa pun tak pe... Yang penting pemimpin tu kenalah bagus dan bertanggung jawab...

Anonymous said...

ye la, konon-kononnye petrol kontrol ekonomi, ade plak yg ade power kontrol petrol kata sistem bank patutnya blh kontrol ekonomi, nanti ntah2 sape plak yg ade power kontrol bank nak kata interest/aset plak kontrol ekonomi... lps tu sape plak yg blh kontrol interest/aset blh kontrol ekonomi,

lps tu ade plak yg kata khinzir blh kontrol aset/untung... lps tu ade plak yg kata ade org yg blh kontrol khinzir... lps tu ade plak yg kontrol org yg kontrol khinzir... tak ke gitu??

...tp yg aku tau bila khinzir dan riba dimansuhkan oleh the 2nd last rasul, pada abad tu le islam menjadi gilang-gemilang...

dan tiada lg org miskin untuk disalurkan zakat, dan tiada lg kezaliman, dan lain-lain lagi

...walllahu a'lam