
Portugal yang turun sebagai pasukan pilihan selepas menjuarai kumpulan A ternyata gagal menyaingi kehebatan Jerman dalam babak-babak awal permainan apaibla ketinggalan 2 - 0 hanya selepas 26 minit permainan, tetapi berjaya merapatkan kedudukan pada minit-minit akhir permainan separuh masa pertama hasil jaringan Nuno Gomes pada minit ke 41.
Dalam permainan separuh masa kedua, Portugal sekali lagi dikejutkan oleh jaringan Micheal Ballak pada minit ke 62 menjadikan kedudukan selesa 3 - 1 berpihak kepada Jerman sebelum pemain gantian Helder Prostiga merapatkan jurang jaringan pada minit ke 87. Walau bagaimana pun Jerman terus berjaya mengekalkan kedudukan 3-2 sehingga tamat separuh masa kedua untuk melakarkan kemenangan dan seterusnya melangkah ke peringkat separuh akhir.
2 comments:
Macamana Portugal boleh kalah? Hmm bolasepak memang sukar diduga....
Team Germany nie memang tournament team... selalu garang aje dalam tournament..
Portugal nie aksyen aje lebih... Tengokla Ronaldo tu, baru ok sikit dan nak demand la, nak lari bagi real madrid pulak...
Scolari pulak sibuk nak pergi Chelsea...
Post a Comment