Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, June 4, 2008

PETROL NAIK RM2.70 SELITER


Berita mutakhir harga petrol naik lagi.... NST online melaporkan bahawa harga petrol ULG 97 naik kepada RM2.70 seliter, harga ULG 92 naik 74 sen dan harga diesel naik RM1.00 berkuatkuasa 12.00 tengah malam ini (MULAI 5/6/2008)....

Pendapat saya:

Saya mempunyai pandangan positif dan negatif berkaitan dengan isu kenaikan harga...

Saya juga pernah menulis mengenai kemungkinan kenikan harga minyak dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan impak dan mengurangkan/menyelesaikan masalah ini.tapi perlu diingatkan saya nie engineer bukan pakar ekonomi..

Dari sudut negatif, tak tahula macamana ekonomi kita nak bertahan dengan perancangan yang sebegini rupa... Segala macam harga sudah naik.... Apalagi usaha yang nak kita buat? Mampukah kita terus hidup dengan keadaan ekonomi yang sebegini rupa...

Kita mungkin tidak kisah, atau boleh bersabar dan merangka arah tuju ekonomi keluarga kita jika harga barang naik diseimbangkan dengan kenaikan gaji atau sumber pendapatan lainnya.. Tetapi yang menjadi dilema dan masalah besar ialah kenaikan harga barangan ini tidak langsung selari dengan kenaikan gaji...

Kenaikan harga 78 sen adalah bersamaan lebih kurang 40% kenaikan harga minyak...

Apa yang lebih merungsingkan ialah kerajaan seolah-olah tidak mempunyai rancangan alternatif untuk mengurangkan penggantungan kepada bahanapi minyak dan kenaikan demi kenaikan harga minyak dengan kadar yang tinggi akan terus meyebabkan rakyat tertekan. Kita juga tertanya-tanya, jika Malaysia sudah menjangka bahawa bahanapi Malaysia akan berkurangan menjelang 2010, mengapa tiada usaha yang lebih produktif di ambil oleh kerajaan untuk mengurangkan penggantungan kepada minyak...

Brazil misalnya telah diketahui berjaya mengurangkan kadar penggunaan minyak mereka kepada 30%... langkah kerajaan menaikkan harga minyak dengan drastik tidak akan banyak menolong pembangunan ekonomi Malaysia...

Saya menjangkakan dengan kenaikan sebanyak 40% harga bahanapi, segala bentuk aktiviti ekonomi akan menjadi lembab dan pertumbuhan ekonomi akan terjejas dengan teruknya. Apabila harga bahanapi meningkat 40%, harga barangan lain juga akan meningkat... Mungkin ade yang meningkat sehingga 5% dan mungkin juga ade yang meningkat sehingga 100%...

Sememangnya, dalam keadaan kemelut harga barangan dan kenaikan harga minyak yang tidak terkawal ini, jalan mudah mengimbangi senario ini ialah dengan menaikkan harga minyak... Tetapi bagi sebuah kerajaan, menaikkan harga barangan merupakan suatu langkah yang paling berat dan meninggalkan impak yang besar kepada rakyat. Dalam dunia berlandaskan sistem kapitalisme dan sistem ekonomi kredit, kenaikan harga barang hanya akan menambah jurang gaya hidup dan ini akan menyebabkan keadaan masyarakat yang agak tertekan.

Jika harga petrol naik, sudah tentu harga tambang bas sekolah akan naik... Ini akan menambah beban kepada golonga berpendapatan rendah, dan ini tentu menjadikan kehidupan semakin sukar dan semakin menekan.

Mampukah majikan menaikkan gaji pekerja-pekerja mereka sebanyak 40% lagi untuk mengimbangi kenaikan harga bahanapi ini? Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, dengan keadaan pertumbuhan ekonomi negara yang semakin suram, apakah majikan kita mampu menaikkan gaji sebanyak 40%. Kontraktor-kontraktor sekarang pun ramai yang sudah mengeluh dan terdapat pelbagai kes-kes penyelewangan dan penganiayaan kontraktor yang tidak membayar pembekal dan pekerja...

Dari sudut pemikiran positif, kita sebenarnya perlu mengambil inisiatif ini untuk bekerja dengan lebih gigih. Kita lupakan dulu segala kesusahan yang berpunca daripada kenaikan harga minyak dan barangan yang lainnya. Kita fokuskan tenaga dan usaha kita untuk merancang masa hadapan dan membina kehidupan baru. Kita kena buat analisa kekuatan dan kelemahan diri kita dan ekonomi kita dan kita akan terus berusaha memperbaiki kehidupan kita.

Kita tidak perlu subsidi, kita tidak perlu tongkat, tetapi kita perlu usaha dan keazaman diri yang tinggi dan kecekalan maksima. Kita perlu suatu sistem kerajaan yang adil dan saksama yang mampu memberikan kita harapan baru dan suatu falsafah dan kepercayaan kepada diri kita sendiri. Kita memerlukan suatu keadaan dan suasana ekonomi dan pentadbiran yang positif, suatu keadaan yang mampu memberikan kita harapan baru untuk berusaha dengan gigih ... Kita perlukan suatu suasana yang menggalakkan masyarakat berfikiran positif dan berfikiran membina dan suatu suasana yang mendorong perlakuan dan nilai-nilai positif. Kita perlu suasana yang menyakinkan kita bahawa jika kita benar-benar berusaha dengan bersungguh-sungguh, kita mampu mencipta kejayaan kita... Kita perlukan suatu suasana yang mampu memberikan inspirasi kepada diri kita untuk maju kehadapan...

Jika sistem ekonomi dunia bergerak dalam teori fundamental supply-and-demand, harga-harga barangan ini sepatutnya akan turun semula dalam tempoh 12 bulan... Jika tidak turun pun, harga barangan ini sepatutnya menjadi stabil dalam tempoh 12 bulan...

Melainkan jika ekonomi kita sendiri sebenarnya berada diatas paras selesa, harga barangan tidak mungkin akan terus naik jika terdapat pelbagai sumber alternatif yang mampu di tukar ganti untuk diguna pakai oleh manusia. Semua harga komoditi dunia telah melalui zaman jatuh bangun pasaran harga dan biasanya harga pasaran komoditi memang tidak lari dari masalah permintaan dan bekalan yang berubah-ubah....

3 comments:

Anonymous said...

Memang tempatan jangkaan bro yang harga petrol akan naik...

Hopefully we can survive this crisis...

Anonymous said...

Terpaksala tukar pakai motor pulak pegi kerja....

Cokodok said...

salam...

betul kata saudara... kerajaan perlu lebih mengambil serius ttp kajian terhadap tenaga alternatif... kalau tak silap UTM pernah menghasilkan kereta tenaga elektrik... harap kajian mendalam dpt dilakukan agar kereta berkenaan dpt dikomersialkan... bukan shj tenaga lebih murah.. tp ia lebih mesra alam...

http://divermiskin.blogspot.com