Graf kegunaan minyak negara juga menunjukkan pengeluaran minyak yang melebihi penggunaan yang stabil.. Jadi perlukah harga minyak dinaikkan sebegitu tinggi?
Walau bagaimana pun, keputusan sudah diambil, dan nampaknya kerajaan lebih suka melihat rakyat menderita kesusahan (saya masih merasakan terdapat pelbagai alternatif lain untuk menangani isu harga minyak dan menaikkan harga minyak sebanyak RM0.78 sen saya kira agak keterlaluan... tapi mungkin juga ade manusia yang sedang tersengih-sengih melihat rakyat Malaysia ditimpa bala besar..... Mungkin taufan Ngargis melanda Myanmar, tapi kita kat Malaysia pun dilanda taufan ekonomi yang dahsyat juga) dan saya sebenarnya ingin menulis mengenai langkah-langkah yang saya terjumpa semasa berbincang dengan rakan-rakan dalam menangani cabaran baru ekonomi negara nie...So, apa yang saya dapat hasil perbincangan dengan rakan-rakan saya? Saya rasa petua ini bukanlah langkah-langkah materialistik tetapi lebih kepada spiritual...
Antaranya.....
Banyakkan membaca ayat seribu dinar (surah At-Talaq- ayat 2 -3 )
- Maksudnya ialah : “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Banyakkan membaca Surah Al-Waqiah
Ada hadis yang diriwayatkan antara lain oleh al-Baihaqi dari shahabat Ibn Mas'ud r.a. yang berkata: 'Aku mendengar Rasulullah bersabda:"Barangsiapa membaca surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, maka dia tidak akan menderita kemelaratan."
The Prophet said, ‘Whoever recites surah al Waqiah at night would never encounter poverty’ [Ibn Sunni 620]
The Prophet said, ‘Surah al Waqiah is the Surah of Wealth, so recite it and teach it to your children’[Ibn Asakir]
Melakukan sembahyang Dhuha
Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
Walau bagaimana pun, saya syorkan bagi saudara-saudari yang nak mengamalkan perkara-perkara diatas, buatlah dulu penyelidikan dan tanyala kepada ustaz-ustaz yang ariff dalam hal ini, supaya tak timbul kekhilafan pula...
3 comments:
Memang kita kena tawakkal kepada Allah supaya dimurahkan rezeki...
Ini semua ujian semata-mata
Ahmad Adham..
Saya pun memang dah tak de idea macamana nak menangani isu minyak nie... Insyallah nak cuba amal-amal petua-petua nie...
Bro, memanglah digalakkan kita bertawakal selalu kpd Allah. Ttg ayat seribu dinar tu, Ustaz aku bagi tau kita kena hayatinya dan apply dlm kehidupan kita.
wallahu alam.
Post a Comment