Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Friday, June 20, 2008

TURKI KE SEPARUH AKHIR EURO2008


Turki meneruskan kemaraan mereka dalam saingan EURO2008 apabila menumpaskan Crotia dalam satu lagi perlawanan yang penuh dramatik. Saingan kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat masa sebenar permainan sebelum permainan disambung semula dalam masa tambahan. Ivan Klasnic seolah-olah sudah memsatikan kemaraan Crotia apabila berjaya menewaskan Rustu Recber pada minit 119. Tetapi pemain gantian Semih Senturk berjaya menjadikan kedudukan 1-1 pada minit-minit terakhir permainan masa tambahan untuk mengheret pemainan kepada sepakan penalti.
Dalam penentuan sepakan penalti, Turki berjaya menewaskan Crotia (3-1) untuk meneruskan perjuangan mereka didalam kejohanan EURO2008.
Crotia - Turki
Final Score: 1-1
Penalty : Crotia (1) - Turkey (3)
Ini merupakan kali ketiga Turki bangkit dari ambang kekalahan untuk bangun kembali untuk menewaskan lawan mereka. Kali pertama semasa menewaskan Switzerland 2-1, kemudian menumpaskan Republik Chech dengan 3-2. Turki akan berdepan dengan Jerman dalam saingan pusingan separuh akhir pertama di St Jakob Park pada 25 Jun 2008.

4 comments:

Anonymous said...

Turkey.. the comeback king in EURO2008...

mohad said...

salam... saya telah link blog ni..

Yana Ismail said...

alahai,bola lagi:)

Monster Mom said...

Perlawanan tu mmg menakjubkan dan penuh dgn aksi dramatis lebih - lebih lagi di saat akhir....

Semangat waja pemain Turki mmg patut dicontohi.. never say die attitude..

Tak macam Holland semalam... but Russia deserved to win....