Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Saturday, June 7, 2008

EURO 2008...

Pasukan manakah yang bakal mengungguli EURO 2008? Adakah Greece sebagai juara bertahan masih mampu memberikan kejutan atau Italy selaku juara dunia akan memenangi kejohanan kali ini. Atau pasukan-pasukan pilihan lainnya seperti bekas juara dunia dan juara eropah Perancis dan Germany, atau pun negara-negara lain yang pernah memenangi Kejuaraan Eropah sebelum ini seperti Russia, Sepanyol, Republik Chech atau Belanda?

Kejohanan Eropah biasanya merupakan kejohanan yang sukar dijangka kerana kesemua pasukan mempunyai keupayaan skil dan teknikal yang sama, tidak seperti Piala Dunia yang kadangkala mempunyai pasukan-pasukan belasahan, kejohanan ini biasanya membariskan pasukan-pasukan yang mempunyai kekuatan yang hampir seimbang.

Itali merupakan sebuah pasukan kerana selaku Juara Dunia 2006, Itali mempunyai kekuatan pertahanan yang sukar digugat. Pasukan Itali selalu mempunyai rekod yang cemerlang dan keupayaannya perlu dihormati. Dengan penyerang sensasi Bayern, Luca Toni, Itali mampu menjadi sebuah pasukan pencabar dikejohanan ini.

Greece sebagai juara bertahan merupakan sebuah pasukan yang sukar diduga. Otto Rehhagel selaku jurulatih Greece merupakan sumber inspirasi kekuatan pasukan Greece yang bermain tanpa pemain yang ternama, tetapi lebih mempamerkan kekuatan mental dan fizikal dan disiplin tinggi berpasukan. Jurulatih dari Jerman ini berjaya memperkukuhkan pasukan Greece dengan mentaliti meniti kejayaan yang tinggi.

Lain-lain pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini termasuklah Portugal yang memiliki penyerang sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo serta midfiled Barcelona Deco, Belanda seperti biasa akan menjadi salah satu pasukan pilihan dengan penyerang berbisa Ruud Van Niesteroy dan penjaga gol veteran Ven Der Sar, Perancis yang mempunyai pemain berbisa Thery Henry, Crotia, Republik Chezh dan Sepanyol.

Pasukan Jerman, mungkin tidak sehebat pasukan-pasukan Jerman yang bertanding sebelum ini, dan memang agak oprimistik untuk meletakkan Jerman sebagai sebuah pasukan pilihan. Dengan kemerosotan liga Bundesliga pada tahun ini dikejohanan Eropah, pasukan Jerman mungkin kelihatan tidak terlalu memberangsangkan.

Lain-lain pasukan seperti Rusia, Ramonia, Sweden, Austria dan Switzerland juga mampu untuk menjadi juara. Berdasarkan keputusan-keputusan kejohanan yang lepas, EURO 2008 mampu melahirkan kejutan, sebagaimana dalam tahun 1992 apabila Denmark menjadi juara Eropah dan 2004 apabila Greece muncul juara menewaskan Portugal dengan 1-0.

Apa pun kejohanan EURO 2008 pasti menjanjikan suatu kejohanan yang hebat, sekurang-kurangnya melupakan seketika tsunami ekonomi negara kesan daripada kenaikan harga minyak.....



14 comments:

Letting the time pass me by said...

Keputusan terkini

Chech 1 - Switzerland 0
Portugal 2 - Turki 0

azlishukri said...

saya pun suka bola..

Anonymous said...

Salam

Hmmm, with England out, I'm going to root for the Germans. We're probably going to have a German and Portugal Final. German to win the Final 2-1.

the indie story said...

Salam bro letting aka. sham jabar.

gua dan tengok latest video lu kat you tube.

cisss...gilo ko! main gitar stok sambil makan biskut marrie.

gua betol2 jeles beb!

Mencari Joe Satriani memang handal!


wa jarang puji orang, tapi cara lu belasah itu gitar dan bikin itu video clip memang bole gua kategorikan muzik 'indie story...'

video sempoi tapi dia punya music arangement tahap guitar hero daaaa...practice lagi k...best!

Anonymous said...

updated result

Austria 0 - Crotia 1
Germany 2 - Poland 0

Yana Ismail said...

err..bola..hehe.no idea sgt:p

Mie Amour said...

yaa...optimis gak yg jerman akan mlangkah at least ke semi...jgn bgi si ronaldo tu menang dah...ckup2lah...xkan skong MU...

Anonymous said...

Germany memang kuat. tapi defend Germany mungkin rapuh, dua central defender metzelder dan mertesacker tidak berada dalam kesebelasan utama semasa di kelab.

Hehe, kita tunggu dan lihat, saya masih menyokong spain walaupun spain belum main game pertama lagi. hehe

thanks for dropping by

ruzaimiramza.wordpress.com

Letting the time pass me by said...

LATEST RESULT

ROMANIA 0- FRANCE 0
BELANDA 3 - ITALY 0

RinG said...

italy italy italy! the last result didn't show the true image of Italy. we'll win straight to the final! haha.. hope Italy and Germany will fight each other in final! har har har

Malaysian Joe said...

Hehe... I caya pada Agent Oranj!!!!

Anonymous said...

Bro...

Jerman dah kalah la..

Kalau Jerman boleh masuk QF pun dia kena lawan Portugal...

Boleh menag ke?

Anonymous said...

Bro... Aku rasa you punya prediction sudah lari...

Portugal dan Crotia sudah tentu juara kumpulan, so kalau Jerman dan Chezh masuk, Portugal akan lawan Jerman dan Chech akan lawan Crotia...

@xiM said...

Holand dan spain pasukan yang harus digeruni..

smalam Germany da kalah ngan Croatia...

Portugal pun mantap EURO kali nih...

APa apa pun aku tetap sokong Azzuri(walaupun da kena belasah ngan holland 3-0)haha