Peringatan untuk aku yang selalu lupa


سُوۡرَةُ آل عِمرَان

رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ


[3:8] (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia)".

Wednesday, June 25, 2008

JERMAN MARA KE FINAL EURO2008

Philip Lahm menjadi wira pasukan Jerman apabila menyumbat masuk gol kemenangan pada minit ke-90 dalam perlawanan separuh akhir pertama yang berlangsung di St Jakob Park di Basel. Jerman meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir Piala Eropah EURO2008 apabila menewaskan Turki dengan 3 gol berbalas dua didalam perlawanan yang penuh dramatik. Ketinggalan seawal minit ke-22 menerusi jaringan Ugur Boral, pasukan Jerman bangkit untuk mengikat kedudukan melalui jaringan Bastian Schweinsteiger pada minit ke-26. Dalam perlawanan separuh masa pertama, Turki jelas mempunyai kelebihan dengan serangan-demi serangan berbahaya yang menyaksikan percubaan bahaya Kazim-Kazim menggegarkan palang gol Jerman seawal minit ke-13 perlawanan.
Pada separuh masa kedua, Jerman membuat pertukaran memasukan Torsten Frings menggantikan Simon Rofles yang cedera dan Jerman kelihatan menjadi lebih dinamik berbanding pada separuh masa pertama. Philip Lahm dijatuhkan betul-betul pada garisan kotak penalti, tetapi pengadil Massimo Bussaca dari Swiss meneruskan permainan. Pada minit ke 79 perlawan, Miroslav Klose melanjak tinggi untuk menanduk masuk hantaran Philip Lahm untuk menjadikan kedudukan 2-1 berpihak kepada Jerman. Perlawanan menjadi bertambah sengit dan Semih Sentruk menjadikan keadaan bertambah dramatik apabila berjaya menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke-86 setelah kesilapan oleh pertahanan Jerman Philip Lahm membolehkan Sabri membuat hantaran.
Dalam pada perlawanan seakan-seakan berlarutan ke masa tambahan, Jerman terus mengasak dan menunjukkan keazaman tinggi untuk mencuri gol pada minit ke-90 menerusi jaringan cantik Philip Lahm untuk menjadikan kedudukan 3-2 berpihak kepada Jerman. Turki yang sebelum ini menunjukkan kesungguhan dan semangat perjuangan yang kental apabila menewaskan Switzerland, Republik Chech dan Crotia dengan kebangkitan pada minit-minit akhir permainan cuba mengasak untuk menyamakan kedudukan tetapi Jerman kukuh untuk mengekalkan kedudukan 3-2 sehingga masa permainan tamat.
P/S: Walau bagaimana pun rata-rata peminat bolasepak tanahair pastinya merasa terkilan kerana terdapat bebarapa gangguan siaran pada sepanjang perlawanan tersebut yang menyebabkan siaran terputus.

9 comments:

Anonymous said...

Bro letting... nasib baik Jerman menang... hampir-hampir sahaja terkena badi Turki...

Syabas pasukan Jerman...

mantra-indeeptots said...

LTT
It was a victorious fight for the Turks...

Tonite, the 2nd semi-final, ill go for the underdog - Russia

Hail Hitler!!

Danielle_Corleone said...

haha Turki pulak kena gol lewat!

RinG said...

mmg frust siaran x elok.. pekene eh? org astro sokong turki kot.. haha

SiR KinG TiGeR said...

LTTPMB

Final ? German VS Russia. Ich bin im Deutchland geblieben ! Alles gut da!
Ich habe noght so vielle freund im Deutchland.

Wunderbar !

DatOK ZeQ
Kelana Jaya, Selangor

Letting the time pass me by said...

lothar mathaus
Memang nasib... Jerman punya game agak slow sikit... tapi still effective

mantra
The turks display a very determine fighting spirit. Even without several key players. But the German hangs on to go through...

danielle_corleone
Yeah... the comeback king-Turki kena ubat buatan sendiri....

ring
Base on the report, satu dunia pun memang problem... Dengar kata cuma siaran Al-Jazeera dan Switzerland sahaja yang OK. Siaran di BBC pun terjejas jugak katanya disebabkan ribut yang melanda Austria (power balck-out)


Datok Zeq
Meine schwester lebend auf Deutsch, Köln. Ich bin ein deutscher unterstützer seit 1982 gewesen.

BTW: Ich spreche German nicht.guter Tag

Faisal Admar said...

Kinda upset my team Portugal did not make it to Final :(

Faisal Admar said...

Btw, ich spreche kein deutsch :P

Alles Gutte!

Skullsplitter said...

Ich liebe Deutchland! Yeah! My prediction German will win this cup when they see Spain on final. 2-0. Haha.